Tuesday, 28 May 2024

2H1M @ Colmar Tropicale, Berjaya Hills (II)

Colmar Tropicale Part 1

Memandangkan trip ni ke tempat sejuk dan kawasannya dikira exclusive dan limited tempat makannya maka Ummi dah siap bekal untuk dinner 🫣 Takdelah bekal apa sangat pun, Ummi bawa sambal bilis, serunding dan nasi serta kek birthday Adik serta creampuffs. Dan rezeki kami juga, pagi tu En Rizal Caterer hantar Nasi Lemak Pandan. Angkut sekalilah sebab tengahari tu kan makan kenduri. 

Makan malam kami beserta majlis sambutan bday Adik πŸ˜†

Lepas Isyak kami turun jalan² di sekitar tempat ni... 

Setiap block tu nama lain² tapi semuanya bersebelahan dan bertentangan lalu membentuk common area di tengah² ni. Malam tu ada 2 cafe yang dibuka, 1 kedai kopi terkenal milik BFood (owned by TS Vincent Tan juga), 7E ( juga milik TS) dan 3 kedai cenderamata. Ada satu lagi kedai; French bakery tapi tutup. Semua kafe ni memang penuh dengan pengunjung. Dan harganya juga tidak murah ye. Faham² sajalah tempat sebegini, food are pricey due to the location and its exclusivity

Tapi ada choice i.e 7E yang jual ready to eat menu.

Ada juga pilihan sandwiches, onigiri, oden dll. Harga affordable. Harga keropok, roti, mi segera dll pun tak lah terlalu tinggi berbanding di tempat² biasa. 

Buka hingga jam 11 mlm. 

Harga souvenirs pun mampu beli, bukan harga cekik darah. T-shirt yang Walid beli cuma RM25, standard price Ummi rasa. 

Ramai pengunjung tapi tidaklah terlalu sesak. Kawasan ni juga selamat untuk kanak² sebab takde kenderaan lalu lalang kecuali mini double decker bus dan mini train. 


Adik, Kakak dan Angah naik double decker bus ni. Tiket RM10/seorang. Dia bawa pusing dari water fountain πŸ‘† tu hingga depan The Chateau πŸ‘‡

Dekat je, tapi budak² sukalah kan... 
Aktiviti malam ni sekadar menikmati keindahan kawasan ni yang berlampu² dan ambil gambar. 

Puas meronda, naik ke bilik tarik selimut 😁
Suhu 26°C, lepas tu hujan pulak. Nikmat! 

20 comments:

  1. Mknn memang pricey tp selalunya full ie pyh nak dpt seats sbb tak byk pun pilihan cafe(if daytime la)..kami memang dining in kat sini if dtg utk special celebration..pilihan food pun western menu jer...anyway, byk tak u ootd hehe anyway dh lama jugak i tak dtg sini, last sekali dtg pun few yrs back, sblm pkp rasanya..tgk entry u ni then windu plak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, malam tu pun tengok cafe semua full house. Rasa syukur pulak bawa bekal sbb tak perlu bersesak² nak makan...
      Kena repeat la MZ :D

      Delete
  2. Sini sy x pernah lg pegi... best kan bergambar kt sini... view mcm kt oversea... mak-mak ramai anak ni biasala mmg nk kena bawak bekal heavy mcm ni... apatah lg budak² yg jenis suka makan... budak enjoy je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh masuk list Bukit Tinggi ni Kakmim..
      Aah tambah² anak⁴ PH pula jenis makan nasi belaka. Selagi tak makan nasi kira belum makan la πŸ˜‚

      Delete
  3. lama betul saya tak ke sini last datang umur Pia 2tahun..selamat bercuti anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama sangat dah tu Mama Pia... Ada rezeki boleh dtg lagi

      Delete
  4. Tak pernah ke sini, teringin nak ke sini, tapi sampai ke sudah tak ada siapa nak bawa. Best lah PH dapat pi sini anak-beranak pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ajak PI la SK.
      PH pun Cik Abg proposed dtg sini terus setuju haha...

      Delete
  5. Cantik view mlm kt air pancut tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. View mmg cantik. Malam meriah dgn lampu², siang pula tgk keindahan alam. Best!

      Delete
  6. SA suka kat sini..tenang je..sejuk pun boleh la...nanti la nak pi sini..lama x pi

    ReplyDelete
  7. Yelah, harga t shirt RM25 tu kira harga biasa. Bagus jual harga gitu, lebih ramai yang akan membeli.

    Mengimbau kenangan tengok gambar-gambar PH ni. Memang syok jalan-jalan malam kat sini. Boleh berangan kat luar negara tempat sejuk 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Sy rasa reasonable harga t-shirt tu...

      Delete
  8. Hujan pulak kat tempat tinggi. Memang sejuk la PH.....Alhamdulilah. Lena tidur tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la nak² pulak tgh bercuti gini, memang seronok golek² atas katil je πŸ˜†

      Delete
  9. seronok nya tak ramai orang..bukan selalu sesak ke kat situ?

    ReplyDelete
  10. Cantik view nya ditambah suhu sejuk + hujan.. bab gambar usah ceritalah kan.. selagi ada bateri.. hehehe..

    ReplyDelete
  11. Isssh baguuuus. Sayang dulu saya tak stay di sana. Jadi cuma pergi pagi, pulang jelang sore. Hanya main di Colmar dan Japanese village di bagian atas lagi. Teringin nak kesana , apalagi june ini saya ke KL , tapi rasanya tak sempat kalo nak ke Colmar

    ReplyDelete
  12. cantiknya scenery malam-malam.

    ReplyDelete