Saturday, 11 May 2024

Bekal 6-9 Mei 2024

Lama betul bercuti dari bawa bekal anak² ni... Bukan apa, lepas buka sekolah bulan 3 hari tu puasakan, lepas tu raya... Minggu lepas baru mula balik projek bekal ni. Lama dok kumpul kekuatan haha ... Ini pun akhirnya terinspirasi dengan post Irene Nadia di TT; Bekal 4 Beradik. Sama dengan SRAI, sekolah anak⁴ beliau pun lunch provided tapi anak⁴ beliau still request bekal setiap hari. 

Kakak je yang rajin nak bawa bekal sekarang. Adik taknak sebab everyday nak beli nasi lemak telur rebus Acik tepi sekolah tu. Untuk lunch, makan nasi yang kantin sediakan. Bekal ni untuk makan waktu rehat pertama. 

Nasi Goreng & Ayam Goreng Crispy (dalam nasi goreng tu). 

Nasi Lemak, telur puyuh, telur dadar dan ayam bakar baki dinner. Buah Oren untuk Kakak. 

Sebab ada nasi lemak, Adik pun nak bawa bekal hari ni. 

Mi Segera Goreng w Nugget. 
Gambar gelap tak cukup cahaya :p

Egg Mayo Sandwich.
Buah Oren hari² selagi tak habis 😁

Jumaat tak bawa bekal, bagi peluang Kakak beli food di kantin. 

Moga² Ummi istiqomah πŸ’ͺ

9 comments:

  1. Selamat sediakan bekal.

    ReplyDelete
  2. Semoga istiqamah sediakan bekal anak2 πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
  3. rajen ummi...moga terus istiqamah ya...linda masak, tapi kids tak nak bawak bekal...kalau tiba-tiba nak bawak, diorg buat sendiri..hihihi

    ReplyDelete
  4. Meriah bekalnya tu. Cie simple je bekal anak. Sejak kakak darjah 1 tahun 2019 sampai la sekarang memang buat bekal. Senang waktu rehat terus makan je tak payah beratur kat kantin. Jimat masa.

    ReplyDelete
  5. Anak-anak pasti gembira bila ibu sediakan bekal :)

    ReplyDelete
  6. lepas anak masuk asrama ni, mak dia ni jarang-jarang nak buat bekal untuk diri sendiri.

    ReplyDelete
  7. Ni nak sediakan sarapan pagi sebelum Dania ke Uni. Boleh ambik idea kat sini ni.

    ReplyDelete
  8. bagusnya PH! mz beli kat cafe uia jer biasanya

    ReplyDelete