Tuesday, 28 May 2024

2H1M @ Colmar Tropicale, Berjaya Hills

Sempena cuti sekolah dan hadiah untuk birthday Adik juga, kami ke Colmar Tropicale, Berjaya Hills di Bukit Tinggi tu... Walaupun jaraknya +-40km dari Gombak, inilah baru kali pertama kami sampai ke sini. 

Asal usul Colmar Tropical. Rupanya Tun M suka pekan Colmar di Perancis sana... 

Dari kenduri di Sugeh Resort Kuang kami terus bergerak ke Berjaya Hills (BH). Merasalah 'makan jem' nak ke Pantai Timur, sebab time ni dah pukul 3 lebih. Kenderaan makin banyak sebelum masuk Tol Gombak lagi. 

Pukul 5 lebih baru sampai exit ke BH. Alhamdulillah walaupun 'jem melekat' tapi cuaca elok petang tu. Kalau hujan mungkin lebih teruk kesesakan lalu lintasnya. 

Keluar dari exit ni ada satu checkpoint. Guard akan tanya tujuan dan minta info tempahan hotel dan ambil gambar kereta. 

Then mulalah pendakian berliku-liku macam naik ke Genting Highland ataupun ke Cameron Highlands ikut Tapah. 

Dah nampak dari kejauhan tempat tujuan kami... 

Dalam 15 minit dari 1st checkpoint tadi, ada satu lagi checkpoint. Kena bayar entrance fee untuk ke atas sana. Tapi mungkin kerana kami dah book hotel, tak dikenakan sebarang bayaran. Ummi ada baca dari blog² lain katanya kalau hotel guest pun kena bayar tapi refundable. Mungkin ada perubahan.

Akhirnya kami masuk ke dunia lain:p 
Terpesona tengok bangunan ni... 

Mula² kita nampak ni (3 gambar 👆) The Chateau Spa & Wellness Resort. Memang cantik sangat rekaan bangunannya. 

Berhadapan dengan The Chateau ni Colmar Tropicale. 

Soooo cantik! 
Terus feeling berada di overseas gitewww :D 

Dekat bangunan² ni lah bilik hotel dan kedai². 
Untung yang dapat bilik menghadap bukit atau 'pekan Colmar'. 
Bilik kami hadap bangunan sebelah. 

Tapi still ada vibe perkampungan Perancis :) 


Luar bilik...

Kena sidai di luar bilik sebab access card tak berfungsi. It happened to other guests also, sebab tengok masing² tak boleh masuk bilik 🤭 Ada staff datang reset baru boleh masuk bilik.

Here's the room...

Deluxe double RM259/night, with breakfast for 2. 

Spacious bathroom
Some facilities looked dated, tapi berfungsi dengan baik. Itu yang penting.

First time kot check in hotel and found this kind of reminder. Tingkap bilik memang boleh dibuka that's why depa bagi peringatan supaya berhati². Dan kami terserempak dengan monkeys ni, besaq dan tembun² 😅

Stay tune ye...






13 comments:

  1. ikin pernah ke colmar dlu, ada team building mmg cntik btl tmpt nya..happy besday adek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok jalan² kat sini kan... Bangunan cantik² dan cuaca pun sejuk

      Delete
  2. Cantik Colmar tu. Pernah gi masa Dania kecik tapi cuma jalan2 dalam tu dan pergi taman jepun. Monyet ni bahaya. Sekali masuk habis la bilik.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat ni kecik je kan... Tapi PH suka suasana di situ. Sejuk and relaxed

      Delete
  3. I byk kali daytrip ke sini utk ootd dan photoshoot, dan pernah jugak stay ovetnite kat sini zmn my zharfan kecik...anyway, deluxe room tu utk 2 pax kan..err muat ker ur whole family? If my family, kena amik family room ie those rooms yg ada 2 double bed laaa

    ReplyDelete
  4. Mmg unik kat sini... feel ala di negara lain dah kan? dgn sejuk lg

    ReplyDelete
  5. Mmg best pi sini mcm kt overseas..Tk pernh check in sini slalunya daytrip je

    ReplyDelete
  6. Wahhh... bestnya. Teringin juga nak overnight kat situ. Fefeeling tourist😁. Pernah sampai tapi daytrip je.

    ReplyDelete
  7. Pergi sini boleh feeling2 oversea...ramai kawan2 honeymoon pi sini dulu

    ReplyDelete
  8. best nya...linda tak pernah pergi lagi...memang masuk list nie

    ReplyDelete
  9. Pernah terserempak dgn Tun M dgn Tun Hasmah masa pergi ke Colmar Tropicale ni dulu. Sempat bersalam dgn Tun Hasmah, suka tgk depa sbb rajin melayan org yg nak bergambar & bersalam dgn depa.

    ReplyDelete
  10. Trakhir kesini 2013. Masih cantiiiik sangat yaaa skr pun 😍😍👍. Dulu saya sempat teringin nak stay di chateau resort nya. Tapi 2013 itu mereka tak bisa terima anak2'. JD hanya dewasa yg boleh menginap. Krn konsepnya utk honeymoon. Saya tak tahu skr. Apa sudah berubah, atau msh belum 😄

    ReplyDelete