Ummi Walid bagi nama sebagai sukarelawan F5. Tugasnya menyantuni anak² F5 pada minggu² semua murid form lain pulang bermalam (PB). Kantin pun tutup. Anak2 F5 ni biasanya ada kelas back to back untuk persediaan SPM. Jadi pihak KSIB F5 ambil inisiatif sediakan makanan dan minuman untuk morning break depa. Isi tangki perut dan tangki emosi anak² yang kepenatan dan kelaparan :D Makanan di Dewan Makan tetap disediakan; breakfast, lunch, tea, dinner and supper. KSIB slot in minum pagi.
Sabtu lepas Ummi Walid ada kelapangan untuk ikut serta... Antara tugasannya agihkan makanan dan minuman untuk anak² ni sambil tanya² khabar mereka.
Ni menu mak², potluck sorang sikit. Sekolah tak benarkan bawa makanan luar untuk anak² kecuali roti, air dll yang ada expiry date. Nak elokkan keracunan dsbnya. Jadi makanan untuk anak² F5 kena tempah dengan kantin sahaja. Apa² berlalu, senang nak detect sumbernya/puncanya.
Sebelah petang ada program lagi. Tapi Ummi Walid tak joined. Nak jemput Kakak balik mukhayyam pula.
Petang tu pun ada makan² juga untuk anak² F5. Ada di antara sukarelawan yang stay sampai petang. Thanks so much guys 🫰🏻
Seronok join aktiviti gini, dapatlah berkenalan dan bertukar² fikiran dengan parents lain esp tentang pelajaran anak² ni la... Ummi pun dapat kawan baru juga.
Terima kasih daun keladi, lain kali kita jumpa lagi :)