Sempena England menang dengan Perancis, Ummi masak ala² Western la untuk sarapan pagi ni :D
Ummi bangun, tapi mamun lagi. Tup² gol, minit ketiga. Tapi malas nak on TV. Tengok dekat phone je. Lepas gol kedua tu, Angah call.
Ummi tengok tak bola?
England dah 2 (gol)
Dia tengok dekat asrama, warden set big screen untuk depa tengok. Sekali sekala, hujung minggu pulak. Final tak dapatlah tengok kot sebab Isnin sekolah.
Telur ikan jenis ni kurang meletup bila digoreng, berbanding telur ikan bulat² macam telur ikan mayong tu. Yang tu meletup sampai berkecah lantai, walaupun tutup kuali. Arwah Tok dulu suka buat pais telur ikan. Ummi tak pandai. Goreng aje lah.
Beli ayam goreng dekat kantin, berebut-rebut makan walaupun katanya dah makan nasi DM :)
Dekat status WA sendiri kalau orang like keluar ๐ macam biasa...
Sempena World Cup yang dah hujung-hujung ni agaknya. Pernah juga keluar icon ๐.
Faham kan maksudnya?
Manja dan pandai mengendeng.
Dapatlah habuan ayam goreng Adik bagi.
Petang hujan lebat, macam semalam juga. Ummi harap hari sekolah tak hujan lebat la, nanti traffic jam teruk. DOA yang baik-baik je kan, nanti yang baik-baiklah datang In Sha Allah.


Belalah si pendatang sesat tu
ReplyDeleteMudah2an pembawa rejeki.
Tak boleh Wak, ini kucing tuan kantin hehe...
DeleteWah jarang asrama bagi tenguk game bola. Piala dunia kut tu yang dapat tenguk
ReplyDeleteYe Kak. Sekali sekala warden kasi can hehe
DeleteSporting pula warden bagi tengok bola.
ReplyDeleteWarden pun minat bola kot ahaha
Deletewah telur ikan goreng...kt umh ni kalo ada telur ikan..kita je mkn
ReplyDeleteSedapkan telur ikan goreng
DeleteSy suka pais telur ikan. Susah nak cari telur ikan yg sesuai utk masak pais..=(
ReplyDeleteSedapnya telur ikan tu...pais ikan pun sedap...
ReplyDeleteSaya tak follow sangat WC tapi gembira Spain menang lawan Argentina hihi
ReplyDeleteWah begitu mengikut tema ye. Meraikan kemenangan. hihi...
ReplyDeleteSedapnya telur ikan, dah lama tak makan telur ikan. Kalau bungkus dengan daun kunyit dan daun pisang letak garam sikit pun dah sedap ni. Bergoreng ada cili dan bawang macam ni pun sodap. tapi telur ikan mayong saya tak makan. Macam pelik besar-besar.
kat sini pagi tadi hujan lebat. Syok betul kalau dapat tidur waktu hujan sejuk-sejuk ni. Kucing ni memang suka bermanja-manja. Dia tahu kita akan layan dia. Dapatlah rezeki dia ayam goreng.
Rumah Cie ni takde orang layan bola.
ReplyDelete