Pagi tadi breakfast di Restoran Tuu Dok Ko untuk ke sekian kalinya. Suka makan di sini. Selain makanan sedap dan service pantas, ada pelbagai pilihan makanan. Ada goreng² (masakan panas), masakan bersup (bihun, kue tiew, mee etc), laksam, nasi ayam dan semestinya nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu dan roti canai Melayu. Awal² pagi semua makanan ni dah ada, itu yang best tu.
Roti lembut, kuah pun sedap.
Saiz rotinya tidaklah besar jadi masih ada ruang untuk makanan Iebih berat seperti nasi lemak 👇🏻
Ummi yang kecur tengok mee goreng panas² ni. Memang sedap, mewah dengan sayur dan rencah; udang, fish balls, fish cake. Adik makan sikit je sebab banyak sayur. Rezeki Ummi Walid le hehe ... Dia nak roti canai pulak. Layan...
Suasana dalam restoran agak padat, penuh dengan pelanggan. Tapi order makanan semua sampai cepat. Memang cekap para pekerja restoran ni.
Walid sila bayar 😁
Bapakk, sebukit mee goreng dia. Roti canai dengan kuahnya pun nampak sedap. Patut ramai pelanggan.
ReplyDeleteTerkejut saya Nur sebut bapak tu haha... Roti canainya memang sedap 👍🏻
DeleteUnik nama kedainya tu.
ReplyDeleteSampai sekarang Akk tak tahu apa maksudnya Cie 😊
Deletemaksud nama kedai tu dlm loghat klate ..."itu dia"(apa-apa yang kita nak tunjuk pada orang)...cth ayat ...tuu dok ko....maksudnya itu ke dia tmptnya ....gitu la lebihkurang maksudnya
DeleteRoti canai lembut memang sedap. Saya selalu jumpa yang liat hihihi.
ReplyDeleteSelalu dekat kedai mamak liat sikit versinya, sbb tu Sy suka cari roti canai Melayu Kak Amie
Deletehaha tergelak baca caption gambar last tu!
ReplyDeleteSiapa lagi nak bayo hihi
DeleteKesian insan jadi walid
ReplyDeleteMenteri kewangan keluarga tu Wak 😁
Deletekami pun makan roti canai juga hari ini.. tapi tulah senasib insan yang bergelar walid..
ReplyDeleteHaha... Nasib la jadi menteri kewangan keluarga 😁
DeleteKalau Linda, roti canai tu 2 keping..sedap tu
ReplyDeleteYa, 2 keping baru puas makan & kenyang Linda .
DeleteMZ dh lama tak dine in kat situ..tp ada jer singgah tapau bf menu pagi2🤩
ReplyDeleteDapat roti canai lembut tak cukup 1 lepas tu kuah banjir memang Kenyang sampai tengahari
ReplyDelete