Tuesday, 22 July 2025

Kakak ~ Mukhayyam Kepimpinan Pengawas MITS & SRAI

Cerita Kakak lagi 😌
Back to back program dia...
Mula dengan Teknik Menjawab PSRA Sabtu 12/7, MSSD BoJa 16/7 dan yang terkini Jumaat dan Sabtu lepas dia ke Sabak Bernam pula untuk Mukhayyam Kepimpinan Pengawas MITS & SRAI. 

Kakak Penolong Ketua Pengawas, wajiblah hadir. Itu pun mujur BoJa tu tak ke peringkat seterusnya sebab Jumaat tu final MSSD BoJa. Kalau tak terpaksa juga pilih salah satu. 

Solat Subuh di sekolah, pesan cikgu. Makanya kami yang menurut perintah pun keluar rumah sebelum Subuh. Ummi tak ikutlah. Walid nak terus pergi kerja kan... Jangan lupa ambil gambar B, Ummi pesan awal². 

Nah ginilah hasilnya Walid ambil gambar depa 🤭 

Ramai je yang datang selepas Subuh. Takpelah janji tak kena tinggal dengan bas  :D 

Ummi buat breakfast pack sorang satu plus utk cikgu 3 orang. Masa Angah pergi Mukhayyam PRS dulu pun bagi bekal juga dekat anak². Biasalah mak² takut anak lapar 🤭 Jauh pulak tu, Sabak Bernam nun. 

10 orang saja yang terlibat. 

Bas kongsi dengan MITS dan SRAI satu lagi. JAIS sediakan tak silap. 

Sampai sana sebelum solat Jumaat. 
Kakak kumpulan merah. Itu yang pakai kain merah dekat kepala tu. 

Aturcara program. 

Seronok kata Kakak. 
Macam² aktiviti yang dijalankan. 

Acara penutup oleh Tuan Anas sendiri. Selalu nampak namanya dalam surat² dari JAIS ke SRAI. 

Bergambar kenangan bersama PK HEM dan guru² pengiring sebelum bertolak balik. 

Alhamdulillah pengalaman yang menarik dan berharga untuk Kakak. 

16 comments:

  1. Dapat pengalaman yang menyeronokkan.

    ReplyDelete
  2. Bagus nya kakak join dan aktif mcm2 program dan aktiviti

    ReplyDelete
  3. Seronoknya naik bas ramai2 macam tu

    ReplyDelete
  4. Bagus Kakak, bakal pemimpin cemerlang. Teruskan semua nya. Pengalaman yang sangat berharga.

    ReplyDelete
  5. Ala kita rindu nak pi aktiviti sekolah camni. hahahaha dah remaja purba le katakan. hahahaha

    ReplyDelete
  6. MITS dan SRAI sekali ya.....memang la mereka semua di bawah Jais kan....

    ReplyDelete
  7. Pemimpin masa depan...tahniah kakak...moga terus cemerlang 💕💕

    ReplyDelete
  8. Tahniah,menjadi kepercayaan sebagai pemimpin ya..teruskan usaha

    ReplyDelete
  9. Seronoknya kakak mengumpul pengalaman yang indah...nampak dia enjoy sangat tu

    ReplyDelete
  10. Banyak aktiviti kakak. Seronok dapat join trip, naik bas beramai-ramai.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..seronok nya kakak..aktif

    ReplyDelete
  12. seeronoknyaaaa diaaa.... teringat time sekolah dulu. sy pun pernah join program utk pengawas mcm ni.... ms tu buat kat pulau.... happy sungguh ms tu dpt naik bot peegi ke pulau...

    ReplyDelete
  13. Mesti kakak seronok join program.

    ReplyDelete
  14. Kakak aktif yaaa dalam acara2. Baguuus tuh. Sebab akan melatih cara pergaulan juga, dan dapat banyak pengalaman

    ReplyDelete
  15. Terima kasih semua atas DOA dan kata² semangat utk Kakak 🌹

    ReplyDelete