Awal tahun hari tu Walid ada beli rice cooker jenama x ni dekat kedai letrik favorite-nya di Sri Gombak tu. Jenama x popular juga atas talian. Ada macam² produk/gajet masakan yang dijual atas namanya. Tapi kami tak pernah beli jenama ni. Cuma kali ni beli sebab sesuai dengan bajet masa tu dan saiz pun kena dengan kehendak kami. Plus, disertakan dengan tray kukus sekali. Ummi selalu kukus telur atau panaskan lauk sekali dengan masak nasi.
Kira² 2-3 bulan lepas guna, rice cooker ni mula buat hal. Ada bau hangit dekat kabel dan button on tu tak menyala. Hantar balik ke kedai sebab masih ada warranty. Lepas 2 minggu, Walid follow up dia suruh datang ambil. Diberi set baru yang masih berbalut plastik. Seronoklah kita pun...
Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Baru pakai dalam seminggu, terjadi lagi perkara yang sama :(
Nak kata soket/suis yang bermasalah, peralatan lain macam blender, pressure cooker, microwave semua okay bila guna. Hantar sekali lagi ke kedai.
Ummi dah mula fed up. Bayangkan elok kita nak masak nasi, tak nyala pulak butang on tu. Kena tukar periuk masak dalam pressure cooker pulak. Pressure cooker tu dah la kuat makan letrik huhu ... Kalau nak masak banyak okay la, ini 2-3 cawan tak berbaloi masak guna PC. Kadang tu Ummi masak atas dapur gas je. Tapi nasi tak sesedap masak guna rice cooker. Banyak songeh Ummi ni 🤭
Masa Ummi pergi Giant dengan Abang tu, Ummi nampak rice cooker jenama Elba ni. Harga dalam RM75, terus beli je la. Malas dah nak fikir pasal rice cooker jenama x yang dah dihantar semula ke kedai tu. Cuma saiz lebih besar dan takde tray kukuslah yang Elba ni. Takpelah janji boleh buat masak nasi dan Elba ni pun trusted brand. Dah sebulan lebih pakai alhamdulillah takde apa² masalah. Harapnya panjang usia macam rice cooker sebelum ni (sebelum jenama x). Beli masa arwah Tok ada lagi (Tok meninggal 2020) sampai awal 2026 masih berjasa. Beli rice cooker tu pun dengan Tok, di Giant Batu Caves.
Untuk kali ketiga ni, kedai minta RM50 kalau nak repair. Dia pun pelik kenapa asyik rosak je 😅
Ummi cakap dengan Walid, tak payah repair la, buang duit je nanti.
aik..kenapa minta duit..bukan under warranty ke..S pun baru beli periuk nasi baru...sebab periuk lama tu nasi cepat basi..sblom ni ok...ntah kenapa..masak malam, pagi dah basi..padahal guna beras mahal..
ReplyDeletesaya pernah dengar petua kalau nasi cepat basi, periuk tu panaskan sekejap atas api dapur.. dah sejuk sikit baru basuh beras dan masak nasi macam biasa..
DeletePernah juga jadi SA. PH Ingat cuaca panas (,masa tu negara kita cuaca panas). Masak thari pun petang nanti nasi jadi berair :(
DeleteMZ guna rice cooker brand panasonic...beli masa sblm fly gi UK tahun 2007...dh 19 tahun rupanya!! so far masih berfungsi dgn elok laaa...MZ beli kat Parkson dlm The Mall (now dh tukar nama jd Sunway Mall kan...) yg opposite PWTC tu...
ReplyDeleteWah lamanya!
DeleteBut my RC yg dapat as wedding gift dulu pun tahan belasan tahun MZ. Barang dulu² more lasting I guessed
Lin pun ada kisah periuk nasi juga.. periuk lama asal masak nasi cepat basi, last-last malas nak guna tips laa petua la, ku beli aja baru, settle masaalah hahahaha
ReplyDeletePernah juga jadi dgn RC sebelum ni. Ingatkan sebab cuaca (that time negara kita cuaca panas) rupanya RC tu yang problem
DeleteRice cooker Cie tu berumur sebaya anak sulung dah 14 tahun masih berfungsi dengan baik. Kecik je untuk 3cup beras muat la. Jenama Elba la.
ReplyDeleteAkk punya rice cooker dapat as wedding gift dulu pun tahan belasan tahun. Cuma bila yang tu rosak, belian selepas² tu tak panjang umur 😂
DeleteTolak yg lama dpt ygbbaru... ketepikan yg kecil dpt saiz besar sket hehe ok la dpt la masak nasi byk sket 🙈
ReplyDeleteBegitulah Ako :)
DeleteKat rumah ada 3 RC.. hahaha..
ReplyDelete1. memang suami pakai dari bujang, helok lagi sampai sekarang, tapi jenis yang penutup melekat je..
2. RC kecik dapat kat asrama Melaka., lelong yang rampasan student, beli dengan harga RM5, sesuai la kalau nak masak sikit je
3. RC dapat masa tahun pertama dekat Selayang. Cabutan bertuah dinner admin..sekarang pakai yang ni la. Sebab penutup boleh cabut terus.. hahaha.
Banyak tu hihi ...
DeleteAkk yg dapat hadiah kahwin dulu mmg tahan lama, belasan tahun la. Barang dulu² memang tahan.
75 - 50....25 jer tambah boleh dpt baru...Kita pulak tolong Kira...
ReplyDeleteTq² tolong kirakan hehe
DeleteMana ada dah repair2 lagi sekarang ni....
ReplyDeleteBaik boss 🫡😁
DeleteDulu periuk nasi nasional paling tahan lama. Sekarang alaaaaa baru berapa bulan dah rosak.
ReplyDeleteBetul Kak Notie. Barang dulu² memang tahan lama. Skrg ni kejap je dah rosak :(
Deletemcm sama pulak RC yg banyak songeh tu dengan ammi punya..beli di kedai Encik DIY. Selalu juga dah sekarang ni lampu tak menyala. kejap nyala kejap padam tapi nasi masak. Eh ko ni.
ReplyDeleteAdushhh..Mmg stress kalau mcm ni sis.Hopefully rice cooker baru brtahan lama.Amin =)
ReplyDeletekalau RM50 tu better beli baru je... kalau sy laa sbb harga pun lbh sikit krg je
ReplyDeleteKadang-kadang memang yang ada jenama juga yang molek ye. In sya Allah semoga rice cooker yang baru ini bisa bertahan lama
ReplyDeleteFrust jugak kan kalau beli tapi tak berfungsi.
ReplyDeleteTerkadang ya kak, beli produk yg brandnya dah terkenal, trusted, walaupun mahal memang lebih worth it.
ReplyDeleteSaya pernah sebelum pakai rice cooker Electrolux. Sampai 10ntahun tak rusak. Saya ganti, hanya karena button dia ada yg lepas, tp sebenarnya masih bisa tekan lagi, hanya saja estetika berkurang.
Saya kasih ke orang, saya beli baru, yg murah. Cuma bertahan 1 bulan 🤣🤣🤣. Dan nasi sering basi pakai brand murah itu. 😂😂
Memang lah, sejak itu, saya tak nak beli sembarangan. Dah lah yg trusted saja. Bisa tahan belasan tahun.
Ooo ada beza eh masak nasi guna rice cooker dengan atas dapur gas.
ReplyDelete