Monday, 27 May 2024

Happy 8th Birthday Adik 🎈

8 tahun dah anak bongsu Ummi ni... 
Tempah brownies dgn Acik Solehah. 

Satu lagi kek dia nak bawa gi sekolah, makan dengan kawan² sekelas. 

Kek Mamasab yang ni... 
Birthday Adik ni sama dgn Akak Nuha (bff Kakak) dan Cg Ezza. Kembar 3 kata CE :D 

Selamat Hari Lahir Adik sayang ♥️ 
Ummi Walid doakan Adik sentiasa dalam lindungan-Nya, sihat selalu dan sentiasa jadi penyejuk mata keluarga 🤲




Bekal 20-24 Mei 2024

Isnin cuti KAMIL, Rabu cuti umum hari Wesak. Selasa tu Kakak bawak bekal... 

Lauk dinner ada baki seketul je, bolehlah kan... 

Beli lunch bag baru dekat Mr DIY. Tengok dekat TT ramai pakai beg macam ni sekarang. 

Bergaya hehe...

Untuk Walid. 

Untuk Ummi, buat cekodok je ...

Hari Khamis Kakak tak nak bawa bekal sebab nak celebrate bday Nuha dekat sekolah.

Untuk Nuha, lunch box sebab Nuha pun suka bawa bekal. Satu lagi hadiah utk Aufa, belikan dia earphones

Jumaat memang tak bawa bekal. Ni cuti sekolah, cuti jugalah projek bekal.

Sunday, 26 May 2024

Wedding @ Sugeh Resort Kuang

25.5.2024 I Sabtu

Alhamdulillah rezeki hari pertama cuti sekolah dapat undangan ke majlis perkahwinan anak lelaki Tn Hj Nik, rakan sekerja Walid. 

Majlis diadakan di Sugeh Resort Kuang. Tapi di signboard ni Sugeh Chalet Sg Buloh. Tempat yang sama je. 

Keluar rumah pukul 1 t/hari sebab sebelah paginya Walid ada appointment ni Pusrawi. Trafik menghala Tol Gombak dah mula sesak. 

Kami pun pukul 2.15 ptg baru sampai di tempat kenduri. Sejam lebih nak ke sini 🙆 

Dah makan separuh pinggan baru teringat nak ambil gambar. Lapaq 🤭
Lauk pauk yang disediakan semuanya sedap sangat. Dewan ni pun cantik dan selesa. Ada surau dan bilik air bersebelahan dewan. 

Kawasan sekitar ni penuh dengan kehijauan... 
Villa Terlajak Laris dan Villa Syukri. 

Laluan untuk ke chalet. Kata Rela belakang ni juga ada petting zoo.  

Buah tangan dari keluarga pengantin. 

Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai dan tahniah buat THN dan keluarga atas kehadiran ahli keluarga baru. 

Terima kasih atas jemputannya 🌹

Friday, 24 May 2024

#MTHQK2024


Sedang berlangsung sekarang Majlis Tilawah &  Hafazan Al Quran Kebangsaan. Tuan rumah kali ni negeri Pahang Darul Makmur. Tahun lepas tuan rumahnya negeri Pulau Pinang.

Baca sini: #MTHQK2023

Sebelah siang, majlis hafazan. Ada 3 kategori; Juzuk 1-10, 1-20 dan 1-30. 

Peserta dari Selangor rasanya dua² ni. Peserta Kelantan semalam, nama Nik Mohd Hazim b Nik Ab Aziz. Dengar nama Nik Ab Aziz tu auto teringat TGNA kan... Adik Hazim ni mantap hafazannya. 

Ust Tirmizi salah seorang hakim... Seronok dengar bacaan Ustaz... 

Sebelah malam Tilawah...

Malam first 2 orang je baca; Qari dari Johor dan Qariah dari Kedah. Awalnya ada ucapan dari MB Pahang dan perasmian dari TPM, YAB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof serta persembahan nasyid. 

Ada 2-3 hari lagi, jom sama² kita meriahkan majlis ni. Boleh tonton di TV Hijrah atau online platform lain Insha Allah. 


Thursday, 23 May 2024

Sesi Penerangan Biasiswa PETRONAS


Ummi joined sesi briefing ni walaupun Abang baru form 4. Saja cari² info dan intai peluang. Manalah tahu ada rezeki anak⁴. Ummi dulu ralat sangat rasanya sebab tak tahu pasal Biasiswa PETRONAS ni. Bila ada kawan² yang minta dan dapat rasa juga cemburu :) 

Jom Ummi share sikit tentang intipati briefing tempohari yang disampaikan oleh Pn Anisa Ahmad dari PETRONAS;

1. Application utk Biasiswa PETRONAS ni mula dibuka 23.5. Biasanya ditutup seminggu selepas result SPM keluar (tahun ni result SPM 2023 akan keluar 27.5 ni). Yang berminat boleh ushar dulu... 

Tips: Follow rapat socmed depa. Semua info dikemaskini di socmed

2. Pemilihan berdasarkan merit (outstanding academic achievement) bukan berdasarkan status sosio ekonomi (B40,M40 hatta T20 boleh mohon)

3. Selain akademik, nak tengok juga aktiviti luar. Masukkan sekali dalam application apa² saja aktiviti kemasyarakatan, kepimpinan dll sebab they are looking for a candidate yang ada leadership qualities, a team player etc 

4. Subjek Math lebih diutamakan  berbanding Add Math utk kebanyakan kursus yang ditawarkan. Sbg contoh; Engineering course utk ditempatkan di local uni depa akan tengok result Fizik, Kimia & Math.  

5. Biasiswa untuk pengajian dalam negara dan luar negara. Pemohon pilih course, PETRONAS akan match kan dengan U yang bersesuaian.

6. Sekiranya berjaya, ada 2 assessment;
i. P&TSA (online) - game style test, kena ada handphone dan Internet connection 
ii. SPA - pemohon yang berjaya akan dikumpulkan di satu tempat dan diberi tugasan utk presentation dsbnya. Penilaian lebih kpd keupayaan calon utk bekerja dlm pasukan. Antara lokasi Bangi, Sabah & Sarawak. 

7. Persediaan bagi calon yang terpilih untuk ditemuduga;
- tentang PETRONAS - rujuk website, socmed, annual report dll termasuk LinkedIn. Boleh tengok profile orang² penting/staff mereka so that you would get some idea about their work/organization 
- general knowledge - kena banyak membaca dan cakna isu² semasa 

8. Biasiswa PETRONAS ni biasanya bonded for 5 years. 

9.Tips penting;
i. Guna proper email. Better buat email atas nama sendiri instead of hensemboy, cutegirl etc
ii. Always follow their socmed for updated/ latest info
iii.  Selain academic achievement, kriteria lain dinilai ialah your passion and strength 

This 3-hour session ended with a lucky draw session. Ummi doalah kot² ada rezeki hihi ...  Depa sediakan 20 hadiah lucky draw ). Seperti biasa I'm not the lucky ones 😆

Selain PETRONAS, TNB, Khazanah dan BNM pun dah mula iklankan tajaan masing². Bolehlah tengok² dulu kan... 

All the best untuk anak² SPM 2023, semoga semuanya sukses ye 🤲 


Wednesday, 22 May 2024

Cuti Hari Wesak

22.5.2024 | Rabu

Cuti umum di tengah minggu, seronok! 
Anak² SRAI lagi best, Isnin cuti peristiwa sempena KAMIL Zon. Selasa sekolah، Rabu cuti Wesak pulak. Sekolah lagi 2 hari, cuti penggal pulak seminggu :) 

Mood rajin Walid bertandang 🤭
Vacuum rumah, cuci filter airconds, cuci toilet... 

Ummi ambil job balut buku nota UPKK Kakak. Buku nota baru sebab tahun ni format baru. Angah dulu pakai buku nota Abang je sebab sama formatnya. Antara yang berubah tahun ni subjek Adab ada 2 papers sementara subjek Imlak ditiadakan. 

Tengahari keluar pergi RISE@KL jual barang² terpakai. Sekarang minyak masak terpakai dibeli pada harga RM3.00/kg. Sebelum ni RM2.80. Permintaan meningkat agaknya untuk biodiesel sebab tu harga untuk minyak masak terpakai ni pun naik.

Alang² ada dekat area tu, kita singgahlah sekali Eco-Shop. Hujung² bulan ni ES je la mampu 🤭 Ummi jumpa gift card (12pcs/set) grabbed 1. Ini kalau beli dekat kedai biasa maunya RM1/pcs. Dalam pek ni ada 3 designs berbeza, beserta sampul. Beli pun bukan untuk diri sendiri, untuk gegirls ni la... birthday kawan, birthday cikgu semua hadap Ummi minta hadiah, minta kad 😇 

Sebelum balik singgah pulak Mamasab SG. Si bongsu tu nak bawa kek pulak ke sekolah sempena birthday dia. Beli la kek kosong je, tak tulis apa² sebab skrg ni kalau pre order baru depa tolong tulis HB ke apa ke. Tak menang tangan nak tulis agaknya. Order banyak sebab ramai dah tahu ada hub dekat sini. Sebelum ni hub terdekat dgn SG di Setapak rasanya. 

Adik pilih Extravaganza Melt Chocolate Cake. 

Petang Ummi dengan Cik Ana dan Mak Bee ziarah jiran selorong; Cik Wati & Uncle Azman yang nak berangkat ke tanah suci hari ni, sama tarikh dgn ex-boss Walid di dulu. Nanti 6.6 anak Mak Bee pula bakal menyusul ke tanah suci, dikuti dgn Uncle Paen 9.5. Alhamdulillah tumpang happy untuk semua. Dua pupu Walid dah selamat berangkat 20.5 alhamdulillah. Didoakan agar semuanya beroleh haji yg mabrur aamin 🤲 

Malamnya terjebak tengok final Piala Dunia ISTAF (Sepak Takraw) Malaysia vs Thailand, musuh tradisi. Bersorak sakan la kami bila Malaysia menang, juara berganda (regu & beregu) pulak tu. 

Dia terpaling support okeh 😆

Yang Ummi tahu dan selalu tengok masa Sukan SEA ke sepak takraw ni acara beregu/trio (3 org) je rupanya ada juga acara regu (double). Siap tanya Walid, single ada tak? Haha... Kot la macam badminton, ada single ada double 🤭 

Congrats! 


Giveaway Kotak Dari Ayu!


Jom kita join GA by SR ni sempena birthday princess-nya, Ayu. Syarat²-nya mudah sangat; 

1. Follow blog SR (https://syaznirahim.com) ✅

2. Buat 1 post di blog/media social tuan/puan bertajuk Giveaway Kotak Dari Ayu!

3. Copy banner di atas, dan letak sebagai gambar pertama di post pada syarat (2). ✅

4. Tinggalkan link post tuan/puan di post ini

5. Boleh join dari semua platform yang tuan/puan ada, tapi perlu ikut syarat (2), (3) dan (4).

6. Beralamat di Malaysia. ✅

Ramai kawan² blogger yang Ummi kenal dah join GA ni. Yang belum tu jom kita meriahkan GA ni 🤗 

Untuk Ayu, Happy Birthday🎈 
Semoga sentiasa jadi penyejuk mata keluarga, membesar dgn baik dan dalam lindungan-Nya selalu hendaknya 🤲