Thursday, 16 April 2026

Adik | KESUSRAI 2026

Manja Ummi terpilih untuk acara 4x100m bagi Kejohanan Sukan Sekolah SRAI (KESUSRAI). Tahun ni acara balapan dan olahraga. Tahun lepas acara sukan berpasukan (Kakak wakil BoJa). Lagi dua tahun 2028 Gombak akan jadi tuan rumah untuk acara balapan  dan olahraga ni. Ada rezeki Adik boleh join lagi In Sha Allah. 

Para atlet 💪🏻

Kali pertama melepaskan Adik tanpa pengawasan Kakak, berat juga perasaan Ummi. Bertolak lepas Jumaat, balik Ahad petang. Rasa berat dada macam melepaskan Abang pertama kali dulu, ke KESUSRAI di Salak Tinggi. Bila kena bermalam tu yang bercampur baur perasaan tu. Rindu pun bertandang juga ☺️
Sabtu tu wajiblah Ummi pergi jenguk.

Kejohanan diadakan di Kolej Matrikulasi Selangor, di Banting. Jauh yakmat huhu... 

Hampir 2 jam juga dari SG ke sini. 
Waktu balik lagi lama, sebab gerak dari sana dalam 12.30 t/hari. Sana sini sesak, salah simpang lagi, berhenti solat dan lunch, pukul 4 baru sampai rumah. 

Kami datang bagi sokongan dekat Adik walaupun acaranya hari Ahad. Nak datang Ahad tak boleh ada agenda lain.

Masa saringan quartet depa dapat no 3, dapat pergi final. Masa ni masing² lari laju. Masa final, nampak slow sikit Adik pun lari. Cikgu dan parents yang pergi Ahad tu share video. Adik pelari pertama. Mungkin penat dah kot, dari Jumaat lagi dah berkampung di SRA Seri Jugra (tempat penginapan) dan KMS ni. Trek pun basah, tengah bertanding hujan turun. 

Alhamdulillah ada beberapa kejayaan yang diraih oleh atlet sekolah Adik. Selain beberapa pingat emas, perak dan gangsa, ada yang berjaya pecah rekod kejohanan dan ada yang terpilih sebagai Olahragawan KESUSRAI edisi 2026. Alhamdulillah tahniah! Adik pula berjaya bawa balik pengalaman dan kenangan ☺️





14 comments:

  1. Tahniah Adik!
    Semoga terus cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.

    ReplyDelete
  2. Alahai penat itu dari Jumaat ke Ahad.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, tahniah adik! 🌸 bagus anak2 PH aktif bersukan. Badan sihat otak pun cerdas 👏🏻

    ReplyDelete
  4. dapat wakil sekolah tu dah cukup power. tahniah.

    ReplyDelete
  5. jauh lokasi kejohanan...tahniah adik

    ReplyDelete
  6. waaa hebat la dik...Tahniah adik!

    ReplyDelete
  7. Tahniah untuk adik. Dapat pengalaman baru. Jauh tempat kejohanan.

    ReplyDelete
  8. wahh adik set2 atlet larian ya. tahniah!

    ReplyDelete
  9. tahniahnyer., moga terus maju adik., aminn

    ReplyDelete
  10. Baru tahu matrikulasi Selangor dekat Banting .
    Tahniah adik sebab terpilih jadi salah seorang peserta..pengalaman tu

    ReplyDelete
  11. Dapatlah pengalaman untuk adik 👍👍😄. Yg penting mencoba dulu. Jam tebang semakin tinggi, insyaallah akan semakin baik hasilnya

    ReplyDelete
  12. Slowly ummi kena lepaskan...
    Prektis awal.. nanti adik pun nak masuk asrama.
    Tahniah adik & team.

    ReplyDelete
  13. Kita emak-emak ni kadang-kadang memang perlu ambil masa untuk berlapang dada melepaskan anak-anak kan? Semoga anak-anak kita semua sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah

    ReplyDelete