Sunday, 27 September 2026

Sarapan @ Nasi Lemak Ujang Corner, Greenwood

Akhirnya tercapai juga hajat nak sarapan di Nasi Lemak Ujang Corner di Greenwood ni. Ada sekali tu kami sampai, kedainya belum buka. Rupanya waktu operasi mereka bermula jam 8.00 pg hingga 12 mlm pada hari Selasa - Sabtu. Hari Isnin buka jam 3 ptg hingga 12 mlm dan Ahad pula buka jam 8.00 pg hingga 1 t/hari saja. Kalau datang Ahad susah nak parking sebab ada pasar pagi belakang Medan Selera Greenwood. Kami datang ni Sabtu. 

Boleh klik pada gambar untuk lihat lebih jelas waktu operasinya. 

Kedai ni lebih besar dan selesa berbanding di Bandar Baru Selayang yang kami pernah makan sebelum ni. Tak rasa crowded sangat walaupun time kami datang ni almost full house juga. 

Dari luar nampak penuh tapi bila masuk ke dalam kedai, ada je meja kosong. Konsepnya layan diri. Beratur depan kaunter nasi lemak tu, pilih lauk dan depa kira siap-siap harganya. Senang begitu. 

Pilihan kami. 
Walid pilih nasi lemak ayam goreng + telur mata, Adik nasi lemak paru + telur mata dan Ummi nasi lemak rendang ayam. Harga nasi lemak Walid dan Adik RM10 each manakala nasi lemak Ummi RM 9. 

Nasi lemaknya lengkap dengan telur rebus, timun yang rangup, ikan bilis dan kacang, pun rangup dan tak lemau. Sambal tumis tak pedas. Nasi lemaknya relai sebiji sebiji, Ummi suka. Bukan beras biasa, tapi bukan juga beras basmati. Tak pasti jenis beras yang digunakan. Sedap, both Ummi & Walid suka nasinya. 

Geram tengok telur mata ni... Telur kuningnya gedik-gedik. Sedap 😋

Untuk air kami order teh ais, sirap, nescafe panas dan air kosong. 


Keseluruhannya makanan sedap, service cepat, tempat pun okay dan harga pun berpatutan. Portion nasi memang mengenyangkan. Akan datang lagi, In Sha Allah. 

Kalau tak nak makan nasi lemak, ada juga jual makanan lain seperti lontong, roti canai (kedai sebelah tapi boleh order dan makan di Ujang Corner) dan pelbagai jenis mee.  

Jemput singgah. 


22 comments:

  1. sejak die pindah lokasi ni tk smp2 lg...time dkt medan selera greenwood dlu kerap juga la pi mkn..suka nasi lemak lauk paru...ingat bos blanja kami dlu siap bole pilih lauk byk tp agak2 la kn bos blanje ..kami pilih 2 je lauk...tp ada yg pilih 3 lauk hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pindah pun bangunan sebelah tu je MT, nx to the bus station tu. PH tak pernah singgah masa dekat food court tu. Lauk paru dia sedap, tak liat.

      Delete
  2. Memang tak pernah ke sini la PH sebab jauh pun ya jugak tapi nasi lemak nampak menyelerakan ni.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya harga pun ok sebab tu laris

    ReplyDelete
  4. dah la nampak saedap, harganya pula sangat berbaloi tu

    ReplyDelete
  5. Wah dah renovate tmpt tu nmpk lagi bersih dan luas.. dulu slalu bkfs situ hari kerja hehe... b4 renovate la. Pastu gigih order grab je kalau teringin

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH tak pernah beli/makan masa dekat food court tu. Pernah makan yg di BBS. Sekarang dah ada proper kedai gini baru kita terjah hehe

      Delete
  6. Kalu Ph cakap sedapp kena cuba oneday ni
    Selalu jga lalu situbila g rumah adikipar dekat gombak
    Dia ni hantu nasi lemak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara keseluruhannya sedap bagi PH. Wpun ikut tekak tu lagi sedap kalau sambalnya pedas sikit.
      Entah² adik ipar Cik Nur dah sampai sini hehe

      Delete
  7. wah nampak menarik lauk ayam tu. kalau dapat sambal sedap memang syok kan PH. dapat pula nasi basmathi nyumss. macam makan nasi lemak rumah sendiri jek(kami makan basmathi kalau nasi lemak ke nasi apa semua hantam beras sama malas nak tukar simpan beras lain jenis)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal ni kurang pedas LM. Tapi sedap je. Cuma yg suka pedas tu rasa hambar sikitlah sambalnya.
      Tak sure ni beras basmati ke beras apa. Tapi sedap nasi lerai begini.

      Delete
  8. OK boleh masuk dalam list food hunting lepas ni 😋 saya suka telur mata gedik macam tu, makan dgn nasi lemak. Yumm~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau PH part gedik tu simpan last sekali haha

      Delete
  9. nampak sedap sungguh nasi lemaknya! Paling geram tengok telur mata gedik tu, memang pekena dengan nasi lemak panas-panas. Harga pun sangat berbaloi untuk saiz porsi macam tu. Boleh masuk list tempat sarapan wajib singgah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma sambalnya kurang pedas la bagi kita yg suka pedas ni SA. Tapi bila dah campur dgn lauk lain tu jadi sedap je nasi lemaknya

      Delete
  10. pernah singgah mkn kat sini sekali jer..last few months or last year..ok jer rasa dia..famous jugak NL ujang ni

    ReplyDelete
  11. Sambal yang pedas tak ada ya kak? 😅😅. Tak sabaaaar nak ke KL lah. Memang nak coba beberapa nasi lemak yang lumayan terkenal. Tapi saya nih Krn suka pedas, jadi selalunya mencari nasi lemak yg sambalnya pedas 😂.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde. Satu versi itu saja. Kalau kita yg suka pedas ni rasa sambalnya agak hambar . Tapi bila dimakan sama lauk lain bisa hadir rasa sedapnya .

      Kakak pun suka sambal nasi lemak yg sedikit pedas.

      Delete