Saturday, 26 September 2026

Kemas Bilik Girls

Khamis. 

Tiba-tiba rasa nak kemas bilik Adik Kakak. Parenting coach pesan kalau anak buat sepah biar mereka kemas. Kita as parents jangan kemas supaya diorang belajar bertanggungjawab atas tindakan mereka sendiri. Memang begitulah selalunya Ummi ajar depa, dari kecik lagi. Ada perkara yang depa ikut tapi ada juga yang tak buat. Contohnya kemas bilik. Kita mak-mak ni pantanglah bilik bersepah kan... Ayat Ummi yang depa takut "jangan sampai Ummi yang kemas".
Sebab satgi semua barang Ummi buang 🀭

Hari ni pula mood rajin Ummi mai, jadi bilik Adik Kakaklah sasaran Ummi mengemas hari ni. Di luar hujan dari Subuh lagi. Nak keluar belek tanaman tak boleh, jadi ambil peluang kemas bilik depa. 

Otak pun tengah serabut sebenarnya, angin meroyan kata Blogger Tot :)
Jadi nak alih perhatian tu baik mengemas. Kita lepas geram dengan cuci sawang di siling, alih perabot/katil, angkat kotak, sorting barang dsbnya.... 

Katil Adik penuh dengan bantal/kusyen. 
Buka semua cadar, sarung bantal dan selimut, basuh. 

Kalau mood rajin tu mai, tengah sakit pinggang pun boleh angkat ye kotak-kotak buku ni 🫣

Antara khazanah yang Ummi jumpa atas katil Adik. Banyak juga komik Lawak Kampus yang Adik dan Angah ada. Tak silap kawan Angah yang bagi. 

Ummi ubah posisi katil juga. Ada banyaklah ruang bila ubah tu. Kotak-kotak buku pindah sementara ke bilik Angah. Tunggu Abang balik cuti nanti nak kemas bilik tu pulak sebab ada few barang besar macam luggage bag nak diangkat dan mungkin pindahkan ke belakang. Tengok macamana nanti. 

Malam tu Adik ajak lepak bilik dia. Siap buat dan ajak Ummi makan ramen. Selalu minta Kakak buatkan, now dia dah pandai buat sendiri. Siap letak cheese slice dan microwave-kan sekejap bagi cheese cair. 

Layan je la kan... 









15 comments:

  1. Wow bila angin meroyan ummi udah datang habis kena kemas semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan takat kena kemas Kak, siap kena buang haha πŸ˜†

      Delete
  2. Kahkah... ayat tu jangan dibuat main🀣🀣

    ReplyDelete
  3. Luas umah PH boleh pindah sana sini barangnya....tapi ye lah banyak juga buku2 dania sekolah dulu dah recycle juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah luas mana pun Ezna. Bilik Angah tuannya di asrama, boleh la park situ dulu kotak² tu. Nak angkat turun ke tingkat bawah tak mampu Sy, berat sebab dlm tu buku-buku.

      Delete
  4. Senang kan ada storage box besar cam tu... Bila semua susun dalam tu , jadi kemas ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam box tu koleksi buku² dan pakaian yg masih elok utk disimpan/hand down Uncle. Box tu beroda, senang nak tarik sana sini.

      Delete
  5. bila mood mak2 datang memang akan ubah2 kedudukan perabot eh.. sejenis sama mak2 hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH kalau sampai tahap ubah perabot tu mmg tengah serabut betul la tu hehe... Bila ubah perabot tu rasa macam dapat vibe baru kan. Lebih seronok dan bersemangat. Rasa lega sikit di kepala walaupun yg dikemas tu bilik, bukan keserabutan dlm kepala :)

      Delete
  6. Saya kalau kemas bilik anak2 mesti badan sakit-sakit, sebab bnyk buku-buku lama. Nak dibuang nanti dicari, klu tak buang bilik dah macam stor jepun.. entahlah. Tunggu masanya, kita buang dan bakar semua.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Semua benda nak disimpan. Tapi selalunya bila dah habis sesi sekolah utk tahun tu, mmg kumpul dan bawa ke recycling center buku² yg dah tak digunakan. Kain baju pun sama, suruh diorg sorting mana yg nak pakai atau dah ketat/koyak.

      Delete
  7. reward lepas mengemas tu yg best.
    kita masuk bilik auni mmg dgn plastik hitam, seronok hendak membuang segala barang, kadang ambil somepart art letak kat my workplace, muahahaaa. jadi. auni takkan bagi kita masuk sesuka hati. kekeee~

    ReplyDelete
  8. Bila mood rajin mengemas tu habis la semua dikemas kan.

    ReplyDelete
  9. mak mak kalau dah start mengemas haaa siap laa
    hehehe
    sy dulu ckp tkt kalau mama kemas bilik
    sbb habis brg yg tak berkenan akan kena lempar ke tong sampah

    ReplyDelete