Monday, 28 September 2026

Hari Cuci Malaysia

Sabtu.  

Lepas makan di Nasi Lemak Ujang Corner di Greenwood, ke Pasar Sri Gombak untuk beli barang basah seperti biasa.


Hari ni ada program Hari Cuci Malaysia di Pasar Sri Gombak ni. Ada beberapa barang termasuk cadar dan comforter rosak yang nak dibuang. Katanya ada kutipan barang terpakai ni jadi bawalah sekali. 


Khemah-khemah urusetia dan para pempamer. Jalan depan DIY dan Koiman dah tutup jadi terpaksa jalan jauh. Ikutkan nak balik terus ke rumah tapi sebab dah order ayam (thru WA) dengan Cik Mas, terpaksalah singgah juga ambil ayam. Hasrat nak beli barang dapur di Giant juga terpaksa dibatalkan sebab parking di Giant tu penuh, ramai orang datang ke program ni. 

Tak nampak tong untuk pakaian terpakai.
Jadi tak dapatlah nak serah cadar dan comforter rosak tu. Program belum mula rasanya masa ni jadi Ummi ambil ayam, beli surat khabar, sayur sikit terus balik. Booth pameran pun macam belum ready. 

Balik rumah, cuci ayam terus simpan dalam freezer. Hari ni Ummi cutikan diri sendiri dari memasak haha... Malas betul nak masak sekarang ni 🫣  

Untuk lunch, Ummi panaskan baki kari ikan bawal putih. Seekor tu dipotong 4 bahagian; kepala, badan 2 keping dan ekor. Ummi dan Adik makan awal (Ummi berbuka, Adik nak tuition) manakala Walid pula sampai lambat sebab jammed teruk. Jumaat petang hingga ke malam hujan lebat di tempat kami. Sampai ada pokok tumbang atas jalan dekat jalan utama di kejiranan ni. Ada juga lauk ayam Walid beli. Jadi panaskan dua lauk ni je. 

Pagi makan Nasi Lemak Ujang tu, tengahari pun nasi. Cukuplah 2x nasi jadi untuk dinner Ummi goreng kue tiau. Goreng telur mata sorang sebiji dan buat cili kicap. Kue tiau ni jenis halus, Ummi suka. Produk bumiputera. Tak melekat dan takde bau tengik kue tiaunya. Rencah isi ayam je. Pergi kedai Muslim mart dulu, dah bertukar jadi kedai Pakistan. Dah takde jual fish balls atau fish cakes keluaran Muslim yang selalu Ummi beli. Kena ke MTM Mart la nampaknya. Situ memang jual produk Muslim belaka. 

Alhamdulillah.
Hoping for more leisure weekend In Sha Allah. 











9 comments:

  1. Seronok dapat 'cuti' memasak sekali-sekala kan Ummi! Walaupun tak sempat nak serah barang kat program Hari Cuci Malaysia tu sebab booth belum ready, janji urusan ambil ayam & barang dapor lain jalan. Moga dapat leisure weekend yang lebih tenang lepas ni, InshaAllah!

    ReplyDelete
  2. kueh tiow yg halus2 tu sedapnya kalau buat kuehtiow sup.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dapur masih berasap.

    ReplyDelete
  4. Alamak, kalau tau pasal Hari Cuci Malaysia ni nak jugak hantar barang2 terpakai kat rumah ni. Byk nak declutter sebelum hujung tahun 😅

    ReplyDelete
  5. Sayapun sarapan kueutiau halus. Aha kalau dah 2 kali makan nasi mesti hendak makanan lain pula.

    ReplyDelete
  6. Oh x dpt info tentang hari cuci malaysia kalu x nk je hantar jga
    Takpe next harap ada lg

    ReplyDelete
  7. kadang-kadang masak pun best..
    nieyl masak weekend je..

    ReplyDelete
  8. suka kuehtiaw halus...slalu kena guna 2 peket ..kalo kuehtiaw biasa 1 peket cukup dh

    ReplyDelete