Monday, 12 January 2026

Photodump Week 1, 2026

Siri bacaan Yasin Gexxin masih diteruskan walaupun selepas SPM. Bacaan Yasin kali pertama utk 2026 diketuai oleh Akief. 

Tuaian pertama 2026 :) 

Mr E jangan marah ye, kita cucun² kepok lekor style Kueh Cafe 🙂

New family member, Kecik

Baru nak kisahkan buku teks Adik. Ada few yang rosak. Setel yuran segala nanti nak pergi beli yang baru. Ganti siap², at least Adik boleh guna. Adik peminjam ke 7-8 dah, memang hancurlah bukunya. Cg suruh accept je hari tu, tak boleh tukar² :( 

Pergi buat penolakan tawaran feeder school Kakak. Pertama kali jejak kaki ke sekolah ni. 

Rezeki pertama dari surau. 
Pucuk pegaga Ummi buat ulam mentah dan selebihnya buat kerabu + daun selom + tauge. 



29 comments:

  1. Baguslah masih ada geng Gexxin buat bacaan Yasin lepas SPM.
    Aik kena ganti buku teks itu walaupun bukan kira yang rosakkan. Pelik sebab patut boleh tukar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plan-nya sesi bacaan Yasin ni akan diteruskan sampai result SPM keluar nanti.

      Delete
  2. Bacaan yassin diteruskan terbaik la...cili merah sulong ke tu PH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadangnya akan diteruskan sampai la result SPM keluar SA.
      Bukan buah sulong tapi buah lekat sebiji sebiji je :)

      Delete
  3. Seronoknya menuai hasil tanam sendiri. Bahagia rasa.
    Wah…ada ahli keluarga baru 👍🏽

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun sebiji, kita Rasa happy PU:)

      Tak tahulah, sejak akhir² ni banyak kucing berkeliaran di perumahan kami ni. Mana yg datang ke rumah kami, raikan je. Kesian 😌

      Delete
  4. cute jer PH main susun2 kepok lekor tu hahahhah

    ReplyDelete
  5. walaupun 1 hasilnya tetap mengembirakan org yg menanamnya...

    ReplyDelete
  6. comel cili PH, masih dengan aktiviti anak-anak ye untuk tahun 2026 ni.. semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua, aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni sekolah start semula in January. Padatlah cerita sekolah anak² awal tahun ni hihi...
      Aamiin utk doanya Kak Ana 🤲🏻

      Delete
  7. Alhamdulillah rezeki...Part si kecik tu alahai..Trigt ke Felix =(

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. sudah ada hasil tuaian 2026

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok cili di rumah masih kecil lagi..

      Delete
    2. Pokok ni campak² benih je Eyma. Bila tumbuh tu kita jaga je la.. alhamdulillah berhasil juga wpun sebiji dua :)

      Delete
  9. Kuah keropok lekor tu nampak sedap. Biasa kalau warna macam tu mesti sedap. Nak kena cari keropok lekor petang ni. Lama tak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ori dari Ganu Naniey. Jiran balik kampung, beli dengan jirannya pengusaha keropok lekor. Sosnya mmg sedap.

      Delete
  10. Kreatif kan susun keropok lekor macam tu. Wahh cili dah dapat dituai.

    ReplyDelete
  11. Mr. E tak marah tapi dia bangga PH. Ada orang ikut susunan keropok lekornya. Hehe.

    ReplyDelete
  12. Buku lunyai memang diguna sepenuhnya lah sebelum ni sampai takde dah ya ruang nak tulis nama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak.. tapi itulah sekolah pun bukan setiap tahun dapat stok buku baru dari kpm, terpaksa la murid pakai buku lama.

      Delete