Ada yang panggil tudung labuh kan?
Kami panggil tudung bulat sebab potongan tudungnya membulat. Tudung yang biasa dipakai anak² sekolah tu tudung 4 segi (berjahit) kami panggil.
Kakak kan nak masuk SMKA, jadi kenalah pakai tudung labuh begini. Semalam pergi Butik i-Nur belikan Kakak tudung ni untuk pakai waktu prep. Pelajar digalakkan pakai tudung labuh berwarna waktu prep, tidak terhad kepada tudung hitam sahaja. Zaman Ummi dulu waktu prep kami hanya dibenarkan pakai tudung hitam atau putih saja. Harganya tu buat Ummi pusing-pusing, pening-pening π«£
Ummi ingat lagi dulu buat sendiri je tudung bulat ni. Ummi belajar dengan Makngah Fizah cara buat tudung ni. MF sekolah di Pondok Lanai masa tu. Dia beli kain bidang 60", 1 ½ meter kemudian potong kain ikut ukuran tudung sedia ada (sample). Kemudian bawa ke kedai untuk 'jahit tepi'. Balik rumah jahit bahagian tengah tu dengan tangan je. Untuk jahit sembat bahagian tengah ni bagi cantik, Ummi belajar dengan Cik Atun, bff sekolah menengah Ummi. Jimat banyaklah sebab zaman tu tak banyak orang jual tudung labuh begini. Kalau ada pun di Pekan Rabu, Alor Star which is jauhlah dengan kampung Ummi di Baling tu.
Cantik jubah ni, berkenan pulak. Jadi belikan untuk Kakak buat pergi prep. Harga RM80, rasa sepadan dengan material dan detailing-nya. Cukuplah dulu 2 helai jubah dan sepasang kurung pesak buat masa ni. Pelan² kita tambah/beli lagi.
Pernah pakai tudung labuh selama 3 tahun. F.1-F.3 sebab bersekolah di SMKA Tun Rahah, Sg. Besar (Nama dulu SMKA Simpang Lima). Dulu tudung macam ni macam susah nak cari kat kedai jadi tempah dengan mak kepada kawan. Bila F.4-F.5 dah pakai tudung 3 segi ke sekolah.
ReplyDeleteSy ada kawan dari SMKA Simpang Lima tu, senior di matrik π
DeleteMasa kerja dgn NGO, ada junior juga dari sana. Dan sy baru tahu SMKA Tun Rahah tu SMKA Simpang Lima. Pernah apply utk Abang dulu.
Ye tudung 3 segi, silap pulak. Tudung 4 segi refers to tudung bawal kan.
Tudung 3 segi tu tapi jahit kat tengah. Macam tudung biasa je PH yang pakai sekolah. Saya panggil 3 segi. Masa F.4-F.5 tu saya masuk sekolah harian biasa. Tak mau duduk asrama dan nak dekat je dengan rumah.....
DeletePH...boleh tak email saya kat roseqisteena@yahoo.com. Nak alamat email PH. Lagi senang no telefon PH. Senang nak whatsapp. TQ PH.
ReplyDeleteAlamak, segan la pulak π
DeleteSaya tunggu ni PH....
DeleteSy panggil tudung labuh. Zaman kita sekolah dulu kalau ada yg warna selain hitam dan putih, rasanya biru dan merah jambu.
ReplyDeleteSy panggil tudung labuh. Zaman kita sekolah dulu kalau ada yg warna selain hitam dan putih, rasanya biru dan merah jambu.
ReplyDeleteSatu lagi warna krim yg saya ingat. Ini pun Cie ingatkan kat komen bawah ni. Lupa, dah puluhan tahun duduk asrama π
DeleteCuya pon panggil tudung labuh ala2 ustazah gitu. Ustazah ramai la pakai gini. Dengan budak skola agama la kan
ReplyDeleteTudung ustazah ye Cuya π
DeleteTapi betullah, ustazah biasa pakai tudung gini. Budak sekolah agama pula wajib la tudung labuh sampai siku
Saya pakai 5 tahun, lepas tu entah ke mana tudung ni. Hihihi..
ReplyDeleteDulu kat asrama biasanya memang kami buat sendiri tudung labuh ni. Beli kain di Seremban, balik dorm buat sama-sama dengan adik kakak. Ada yang tukang potong, tukang jahit tengah, tukar bakar tepi guna lilin. Siap!
Bab warna, lupa pulak boleh ke tak pakai warna lain masa tu. Seingatnya tudung prep saya memang warna hitam tu je.
Sy tak berani dan tak reti guna lilin tu. Kakak sepupu pandai la, kita tengok je dia buat :) Nostalgia kan...
DeleteNaniey panggil tudung labuh je. Tak pernah pakai tudung labuh betul betul tapi masa sekolah dulu wajib tutup/lepas bahu. Tak terserempak la kita semalam. Naniey pergi semalam dan nak Zohor.
ReplyDeleteUtk SMKA ni kena bbrp inci bawah siku, depan belakang pun ada ukurannya.
DeleteAkk pergi awal, dalam pukul 10 gitu. Awai tak kalut hehe
Cie dulu pandai buat sendiri tudung sekolah. Beli kain & buat. Jahit pun sendiri. Sekarang banyak dah jual. Masa sekolah Cie duk asrama boleh 3 warna je putih, hitam dan krim.
ReplyDeleteDulu kebanyakannya kita buat sendiri je kan sbb tak banyak yg jual pun. Ye² Akk pun boleh pakai tudung krim ππ»
Deletesaya panggil tudung bulat! saya pakai tudung ni sepanjang2 di bangku sekolah menengah
ReplyDeletesy pggl tudung labuh. ms sek dulu sempat laa belajar potong dan jahit tangan tudung ni dgn warden. since nk jimat tepi tudung tu kami bakar dgn lilin jeπ tp fokus kena 100% slh fokus mmg kena 'mkn' laa tudung tu dgn apiπ€£
ReplyDelete