Thursday, 13 November 2025

Sarapan Mee Goreng

Hari ni Adik tak ke sekolah, sakit tekak katanya.

Ummi tau kenapa tekak Adik sakit? 
"Adik (Pengawas) kena jaga kawan², diorang asyik main je dalam kelas"

Ialah Adik ☺️

Selalu Ummi sarapan telur rebus je. Tapi sebab ada Adik, Ummi gorenglah mee. 

Tak nampakkan comot² tepi pinggan ni :p
Telur rebus kalau untuk makan sendiri, Ummi suka belah dengan tangan (picit) je, habit dari zaman kanak². Dulu kalau dapat bunga telur; kopek dan belah dgn tangan gini pastu tuang kicap terus masuk mulut. Nikmat! 

Telur mata untuk Adik

Masa makan sembang² dengan Adik. Dia tunjuk gambar² dia dulu. Masa Pasti , masa darjah 2 ...

Lepas tu dia cakap, "Macam orang tua la pulak, tengok² gambar ni" 

Hahaha..
Adik yang cakap, bukan Ummi πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

10 comments:

  1. Telur rebus dan telur mata tu dua dua suka.....

    ReplyDelete
  2. Terhibur betul dengan ayat adik. Ingatkan sakit tekak sebab batuk ke apa, rupanya dok menjerit. Berat tugas adik kat dalam kelas. hihi...Ohh baru first time nampak habit picit telur belah macam tu kak. Mujur dia cakap sendiri. Kalau kita cakap, mahu merajuk muncung sedepa.

    ReplyDelete
  3. Ooo..tgk2 gambar macammorang tua ye adik...hahahaha...sedap nampak mee goreng PH

    ReplyDelete
  4. Bunga telur kenduri kahwin sedap dia lain macam kan PH. Semuanya tinggal kenangan sebab sekarang jarang dapat bunga telur.

    ReplyDelete
  5. mee gorengnya nampak basah2 gitu... kita plak yg terliur..padahal baru lepas makan ni..hehe

    ReplyDelete
  6. Adikpun dah mengenang zaman muda. Hehe.

    ReplyDelete
  7. hehe cute plak adik ckp gaya dia mcm org2 tua yer dlm gmbr tadika tu

    ReplyDelete
  8. Halah... halah.. adik.. apa² aja kamu ni😁

    ReplyDelete
  9. telur rebus belah dgn tangan je eh ummi, hhehe
    saya mesti kena belah cantik2 :p

    ReplyDelete