Thursday, 20 November 2025

Abang ~ Majlis Graduasi F5 & Khatam Hafazan Al Quran


Alhamdulillah telah berlangsung dengan sempurna dan dalam suasana penuh menyentuh hati Majlis Graduasi F5 & Khatam Hafazan Al Quran pada Sabtu lepas. Hanya tarikh ni available maka terpaksalah dibuat juga, sebelum dewan ditutup untuk persediaan dan kegunaan SPM. Nak buat selepas SPM, ramai yang tak available. Nak pergi murah dsbnya. 

Pakaian anak² putera, jubah putih dan kopiah serta selempang yang bertulis nama mereka sendiri. Anak² puteri pula jubah warna pink, tudung warna peach serta bertiara dan berselempang juga. 

Tak rancang nak bawa/ gubah sendiri bunga, sampai di dewan nampak ada bunga segar, belilah satu. RM25 asalnya, + bear sekor RM10. 

Pulut Kuning untuk para tetamu selain air mineral dan roti. 


Segmen pertama Khatam Hafazan Al Quran.

Bercampur baur perasan bila tengok anak² ni sekarang... Sebak bila mengenangkan perjalanan penuh liku setiap dari mereka berjihad menuntut ilmu dan menghafaz Al Quran, yang bukan mudah sebenarnya. Bangga, gembira dan syukur tak terucap bila hampir semua Batch Gexxin ni dah bergelar hafiz/hafizah alhamdulillah. Bila dikenang, masih terasa getar di jiwa saat menghantar Abang ke asrama buat kali pertama, hampir 5 tahun lalu. Masuk asrama tatkala PKP bukan perkara mudah; takde lawatan, takde balik bermalam dan pelbagai lagi kekangan yang perlu dihadapi. 


Terima kasih asatizah bagi peluang kpd Abang untuk turut mengalunkan bacaan pada majlis ni. Asalnya dia tak terpilih, nak bagi peluang sama rata utk setiap halaqah hantar 2 orang wakil. Halaqah Abang ramai yang hebat², peluang Abang agak tipis bila mana dalam halaqahnya ada juara qiraat kebangsaan utk sekolah² dari F1 kot, ada ahli kumpulan nasyid yang pernah menang peringkat ASEAN, yang khatam awal dari Abang dsbnya .... Tapi alhamdulillah rezeki Abang, Ustaz buat rombakan dan Abang terpilih untuk baca Surah Al Qadr. 

Persembahan Qiraat, acara selingan waktu rehat. 
Inilah antara mereka yang Ummi sebut 👆🏻
Ketiga² ni kawan satu halaqah dengan Abang. Banggalah kami pun sebab semuanya anak³ Halaqah Warsh. 

Persembahan Qasidah dari F2. Sedap belaka suara anak² F2 ni pun subhanallah. Seronok bila berada dalam majlis gini, dipenuhi bacaan Al Quran, alunan selawat, zikir semuanya mendamaikan dan memberi energi positif kpd jiwa. 

Paling menyentuh hati nurani seisi dewan bila mana Ustaz Suhaimi, salah seorang guru halaqah F5 membaca DOA. Setiap bait DOA Ustaz sangat mendalam dan menyentuh kalbu. Boleh rasa tulus dan ikhlas doanya tu hingga menusuk kalbu, terutamanya bila Ustaz recalled balik saat awal anak² ni melangkah masuk ke sekolah ni. Kita mak ayah sedih anak² berjauhan di asrama, Ustaz/Ustazah pula terpaksa berhadapan dan menangani anak² yang homesick, yang baru nak adapt dgn kehidupan di asrama, struggle nak menghafal dsbnya... Ustaz/Ustazahlah bahu untuk mereka bersandar 🥹
Jazakumullahu khairal jazak. 

Selesai majlis khatam, diadakan pula majlis graduasi iaitu penyampaian sijil dan Al Quran Tahriri masing². 

Buku Tahriri dari F1 hingga tamat hafazan masing² dijilidkan. 

Al Quran Tahriri ni pada Ummi hadiah paling istimewa untuk Abang sendiri. Semoga setiap huruf, baris yang ditulis mengalir pahala yang besar dari Allah SWT. Paling utama teruslah bersahabat dengan Al Quran dan mengikuti segala ajarannya. 

Tahniah Abang! 



17 comments:

  1. Tahniah. Semoga terus maju jaya.

    ReplyDelete
  2. Tahniah abang dan semua pelajar yang terlibat.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, congrats abang. well done. moga terus cemerlang!

    ReplyDelete
  4. Comel pulak pulut kuning bungkus macam tu...

    ReplyDelete
  5. Sedih la pulak... abang dh habis sekolah dah... lepas ni nak melangkah ke alam kampus pulak... tahniah abang.. semoga terus cemerlang dunia dan akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih kakmim... Habis SPM ni habis sekolah la... Masuk alam baru

      Delete
  6. Alhamdulillah, tahniah semua..baarakallahu lakum jami`an.. lawa pulak tengok pulut kuning tu.

    ReplyDelete
  7. Wahhh abang dah tamatkan bacaan 30 juzuk ya PH? Tahniah ya. Ada anak kawan saya sekolah Imtiyaz masa habis sekolah masih belum tamat lagi hafalannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Abang dah habis hafal 30 juzuk masa F4 🤲🏻 Majlis ni meraikan semua batch diorg yg alhamdulillah naik F5 ni hampir semua dah khatam hafazan 30 juzuk. Ni kiranya majlis official dari pihak sekolah, sblm tamat belajar di sekolah ni.

      Delete
    2. Tahniah buat ummi dan ayahnya. Sejuk perut PH mengandung ya....

      Delete
  8. alhamdulillah tahniah abg! bulan puasa nanti dah boleh jd imam solat tarawih kan? ;-)

    ReplyDelete
  9. TAHNIAH BUAT ABANG DAN RAKAN2 SEPERJUANGAN YANG LAIN...TAHNIAH JUGA BUAT KEDUA IBUBAPANYA

    ReplyDelete
  10. Semoga Alquran selalu melekat dalam hati dan pikiran Abang yaaa 🤗☺️

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah... hampir ke penghujung F5. Semoga terus sukses abang.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..x lama je lagi nak habis SPM kan...aunty SA doakan Abang berjaya dan terus success..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah Al-Hafiz sudah kamu. Semoga cemerlang dunia akhirat kamu nak.

    ReplyDelete