Friday, 21 November 2025

Abang ~ Ujian Amali Sains & Ujian Mendengar BM/BI SPM 2025

Alhamdulillah selesai satu lagi fasa SPM 2025. Banyak betul peringkat exam diorang, lepas satu, satu. Zaman Ummi dulu rasanya trial dan SPM sebenar je kot. Ujian Bertutur BM/BI takde rasanya, apatah lagi Ujian Mendengar. 

Untuk UMBI berhimpun dan baca doa dalam surau, sebab hujan. 

Alhamdulillah selesai satu bab. 
In Sha Allah 25/11 ni bermulalah peperiksaan bertulis untuk SPM 2025. 

Bittaufiq wannajah Batch 08! 


19 comments:

  1. Rasanya zaman saya dah ada ujian lisan & mendengar tu. Saya ingat lagi kena dengar perbualan dalam bahasa Inggeris lepas tu kena jawab soalan berdasarkan perbualan tu 😄 apapun alhamdulillah semuanya dah selamat utk abg. Semoga kejayaan yang menanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ye? Kita dah hilang ingatan haha...
      Anyway thanks for the doa 🤲🏻

      Delete
  2. Zaman kita dulu ada ujian lisan & bacaan sahaja. ujian mendengar takde. Tapi ujian amali fizik kimia dah ada zaman tu. Batch 08 ni keras sikit, takde UPSR takde PT3, tempoh belajar dipendekkan... Selamat berjaya anak-anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf la PH tak ingat dah ujian² lisan semua tu. Faktor umur ni haha...
      Betul batch 08 special, terus ambik SPM. In Sha Allah adalah tu hikmahnya 🤲🏻

      Delete
  3. Replies
    1. Terima kasih MZ, tak putus² doa utk Abang ❤️

      Delete
  4. Saya tak tahulah untuk anak2 skr ada ujian listening juga atau tidak, sebab zaman saya memang tak ada. JD hanya tertulis. Anak saya masih lama untuk ikut final Exam di sini 😅. All the best untuk anak2 yg tengah ujian sekarang ini 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk pun sudah confused sekarang haha... Sama ada ujian lisan itu ada atau tidak zaman Akk dulu 😆
      School term sampai bulan brp Fanny? Di sini mid Dec nanti cuti akhir tahun. Mid Jan nx year start new school term.

      Delete
  5. SPM akak tahun 1990... lagilah tak ingat ada ke tidak ujian lisan tu😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpelah Kak, benda yg lepas usaha dikenang haha 😂😂😂

      Delete
  6. Zaman saya ada ujian bertutur dan mendengar sebab ingat berdebar-debar nak kena masuk jumpa pemeriksa tu. Seram.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya adalah ye utk saya pun kot... Lupa sungguh hihi

      Delete
  7. Tajuk bertutur Dania : Pertanian Pintar, kawan Dania ada yang kena tema majlis perkahwinan anda, ada juga yang kena kalau kaya nak melaburkan duit di mana?.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat la you, bole ingat tajuk Dania kena tu 👍🏻
      Abang baru ni kena tajuk Cara Hargai Jasa Tokoh Negara dan satu lagi pasal Taman Tema.

      Delete
  8. Alhamdulillah selesai satu hal. Menanti peperiksaan sebenar nanti. Dup dap dup berdedar rasa nak SPM tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya Fiza... Berdebar sungguh la. Doakan ye 🤗

      Delete
  9. Zaman SA SPM sama ngan PH...xde la yg baru2 ni diorang hadap...apapun semoga abang terus bersemangat...sikit je lagi...

    ReplyDelete
  10. Kita ada oral BM. Tp BI ammi tak boleh recall. Listening test tu semua mmg takdelah

    ReplyDelete