Saturday, 1 November 2025

Gulai Kawah Sri Ayu

Hari Jumaat biasanya Ummi beli je makanan tengahari. Waktu singkat, sebab anak² balik sekolah awal jadi malas nak terkejar² masak. Biasanya nasi kukus la pilihan anak². Ummi ikut je... 

Tapi Jumaat lepas Ummi keluar ke SG atas satu urusan. Pukul 9 belum sarapan jadi selesai urusan terus ke Restoran Sri Ayu sebelah Petron SG tu. Tak perlu diperkenalkan dah restoran ni, memang famous. PMX datang SG dulu pun, lunch di restoran ni. 

Ummi beli gulai kawah daging, keli bakar seekor dan kerabu perut. Gulai Kawah dan kerabu dekat sini memang tak pernah miss la Ummi beli kalau berkunjung ke sini. Kerabu ada pelbagai pilihan tapi Ummi pilih kerabu perut sebab Kakak suka makan. Semua ni RM28, macam murah pulak, alhamdulillah. Walid pernah beli, gulai kawah tu saja dah RM20. Rezeki Ummi hari Jumaat. Belum pukul 10 tali dah ada beberapa pelanggan sedang menjamu selera. Brunch la kot. Restoran ni selalu jadi tempat singgah orang nak balik ke Pantai Timur. Sebelum nak teruskan perjalanan jauh tu, elok isi perut dulu la kan...

Walid top up ayam goreng dari mamak. ½ day petang tu. Itu pun lepas solat jumaat baru balik.

Untuk breakfast Ummi, ambil telur dada dan sambal kentang. Tuang sikit kicap Mudim sebagai penambah rasa. Yang ini RM7. Mahal pulak Ummi rasa 😅

Begitulah kehidupan, penuh dengan kejutan dan ketidaktentuan. Nikmati saja :) 

20 comments:

  1. Kat sri ayu ni selalu crowded dan pyh nak cari parking
    Food memang sgt byk variety

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul MZ. Itu yg bila ada peluang kita singgah. Lunch time jangan kata kedainya aje crowded, habis jalan hala sini jammed kan

      Delete
  2. Ramai cakp kedai ni sedap masakannya especially Gulai Kawah tu..SA dh la suka gulai kawah...sedapnyaaaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya SA, specialty diorg Gulai Kawah. Pilihan kerabu dan lauk² kampung ulam² pun banyak. Rambang mata la nak pilih lauk pun :)

      Delete
  3. Macam mahal jugak tu RM75, yang banyak lauk pulak murah. Dorang salah kira kot.

    ReplyDelete
  4. Saya hantu kerabu perut! Terliur tengok... ad gulai kawah lagi. Sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh geng dgn Kakak, peminat kerabu perut hehe...

      Delete
  5. Dari hari tu nak tanya SG tu apa? 🤭
    Kerabu perut, ikan keli semua fav. Sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sri Gombak Cie :D
      Malas nak tulis panjang² hihi...

      Delete
  6. mmg dkt sri ayu tu byk pilihan lauk..suka juga gulai kawah sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ye MT... Kalau weekend sampai sesak jalan dekat sini, ramai serbu.

      Delete
  7. Wah..seronok tengk sajian makanan..

    ReplyDelete
  8. Lama tak makan nasi kukus ni....lauk dia ayam pasti letak kicap dah menyelerakan. Kadang harganya macam tak masuk akal tapi tu lah......

    ReplyDelete
  9. Gulai kawah kalau betul sedap kena tekak.. mmg kena repeat sentiasa.. tak boring makan..

    ReplyDelete
  10. Pernah gugel tapi tak sempat nak ke Sri Ayu ni.

    ReplyDelete
  11. Macam asben akk suka tapau nasi kukus, senang katanya.

    ReplyDelete
  12. Gulai kawah tu, saya selalu cari masa bulan puasa. Sedap kan, PH.

    ReplyDelete
  13. Lama tak makan gulai kawah kat situ, sedapnya

    ReplyDelete
  14. Aiiiih gulai kawah daging tuh kliatan enak pula kak 😍😍😍. Macam pekat kuahnya. Ayam goreng macam tuh saya belum ketemu selama di Ipoh dan Putrajaya ini. Kemarin makan di nasi kandar di Ipoh, ayam goreng habis hahahahah.

    ReplyDelete