Tuesday, 11 November 2025

Kakak Buat IC

Ahad 9/11 Kakak dan Walid ke UTC Sentul untuk buat IC Kakak. She turned 12 y/o last month. 

Lambat juga depa pi, jadinya kena tunggu jugalah dalam 30 orang sebelum turn Kakak. Tapi JPN efficient, takdelah lama sangat menunggu giliran. Cuma nak collect IC tu, kena tunggu sejam. Tapi okay sangat sebab siap on the same day. Masa Angah buat IC 2 tahun lepas, keesokan harinya baru IC siap dan boleh collect. Alhamdulillah ada significant improvement. Tak perlu datang 2 kali. Terbaik JPN 👍🏻

Elok je selesai, tengahari tu Ummi post la dekat status. Kakak dah buat IC, terus Mama Nurin texted Ummi tanya waktu operasi UTC Sentul ni. 

Tup² dia up status WA 👇🏻

Tahniah, dua² dah ada IC 👍🏻

35 comments:

  1. Wahhh.. kakak dah ada IC. Sebelum ni kakak pakai mykid kan PH. Kalau zaman Iman, mykid tu belum wujud lagi. Untung budak² skrg dah boleh pakai tudung ambil gambar IC kan. Mesti comel kakak dalam gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, diorg pakai Mykid sebelum buat IC. Mykid lawa, warna pink haha...

      Delete
  2. Dah besar, ada IC. Teringat tahun lepas anak sulung buat IC. Tahun depan anak kedua pulak buat IC.

    ReplyDelete
  3. Cepat siap ye.
    Firdaus buat hari tu mahu dua bulan baru dapat. Buat bulan Mac, bulan Mei baru siap. Entah dibuat apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish lamanya 😳
      Sini kalau UTC cepat, kalau cawangan JPN kena tunggu 1-2 minggu Kak Amie.

      Delete
  4. Tahniah kakak
    Tahun depan dah masuk sekolah menengahlah erk

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Alhamdulillah 12 tahun dah :)

      Selamat berkenalan SY. Terima kasih singgah sini 🌹

      Delete
  6. selesai ic utk 12 thn..nextyear dh sekolah menengah

    ReplyDelete
  7. wahh..tahniah dah ada ic dah kakak...
    dlu ingat lagi zaman2 nieyl nak buat Ic pertama..
    masa tu tahun 2000, masa tu belum lagi IC yg biru ni..
    IC lama tu..2021 baru tukar ke IC biru ada cip ni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita kan sebaya nieyl...JPN linda p kat Sg Besar memang terkenal dengan kelambatan nya, jadi setahun linda pakai IC sementara yang macam kertas tu, IC jenis lama pun dia tak bagi.. tunggu IC baru kabonya.. hahaha

      Delete
    2. Oh ada ye zaman korang kens tukar IC? Yang Akk ingat arwah parents Akk dulu pakai IC saiz besar sikit. No KP start dgn huruf, bukan mcm sekarang ikut tahun lahir.

      Delete
  8. tahniah kakak..dah ada IC..ok lah tu walaupun tunggu sejam, takde lah nak ngulang amik..buat IC abang Muaz dekat Batu Caves tahun lepas, kena collect hari lain.. nasib baik dia bantu print kan bil elektrik, sebab nak guna alamat Selayang..sebab IC suami alamat rumah Tronoh, IC linda pula masih alamat Melaka.. hahaha.. tunggu pindah Tronoh kang baru tukar IC pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin Linda tukar IC ahaha...
      Dekat JPN BC tu mmg kena tunggu. Itu yang pelik, dekat UTC bole pulak siap on the same day. Kalau semua sama kan senang kita nak berurusan.

      Delete
  9. yuhuuuu dah ada IC
    dah x boleh nakal2 lg
    🤣🤣🤣
    gurau je

    ReplyDelete
  10. wahh dah dapat ic tu kakak..

    ReplyDelete
  11. wahh best tu terus dpt ICnya! rasa2nya if buat kat JPN batu caves tu, tak dpt terus, kena dtg collect after some time (dh tak ingat how many days..seminggu kot)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul MZ. Dekat JPN hanya JPN Negeri je boleh siap on the same day. Kalau branch macam BC tu kena tunggu seminggu ke dua minggu gitu

      Delete
  12. mudah kalau siap hari yang sama. okey la tunggu sejam. anak haritu buat dua tahun lepas di utc tunggu sejam juga kalau tak silap. kami ambil keputusan join sama tukar ic baru

    ReplyDelete
  13. Besar dah kakak. Tahun depan dah masuk sekolah menengah. IC baru sejam boleh siap. Kalau orang tua nak buat IC baru sebab tukar alamat, lambat nak siap, dua minggu ke, dua bulan, JPN cakap aritu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tukar alamat mmg ambil masa sikit Nur. Tak silap di JPN 2 minggu, di UTC tak pasti. Tapi selalunya UTC lebih cepat.

      Delete
  14. Yayy dah ada IC! Rasa mcm dewasa sikit hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde la dewasa sangat Maz, remaja je ahak 😆

      Delete
  15. Big girl dah kakak bila dah ada IC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain pulak rasanya Kak... Sebak pun ada sbb dia dah masuk fasa remaja huhu..

      Delete
  16. Dulu buat ic Dania kat JPN Seri Petaling dalam mall Endah Parade tapi tingkat 5 kot JPN ni dan sunyi je sana....lepas tu sekali lagi kena tukar umur 18 tahun (sebelum umur 25 tahun).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang pun bgtau umur 18 nx year dia nak tukar IC. Gambar darjah 6 tak hensem haha

      Delete
  17. Yay...kakak dah ada ic dah...dah big girl...

    ReplyDelete
  18. Ye sis, UTC Sentul mmg efficient sgt. Sama la masa buat utk anak sulung dulu kena ambik IC esoknya, tapi masa buat utk anak no 2 sejam je dah boleh ambik IC tu.

    ReplyDelete