Hari Jumaat biasanya Ummi beli je makanan tengahari. Waktu singkat, sebab anak² balik sekolah awal jadi malas nak terkejar² masak. Biasanya nasi kukus la pilihan anak². Ummi ikut je...
Tapi Jumaat lepas Ummi keluar ke SG atas satu urusan. Pukul 9 belum sarapan jadi selesai urusan terus ke Restoran Sri Ayu sebelah Petron SG tu. Tak perlu diperkenalkan dah restoran ni, memang famous. PMX datang SG dulu pun, lunch di restoran ni.
Ummi beli gulai kawah daging, keli bakar seekor dan kerabu perut. Gulai Kawah dan kerabu dekat sini memang tak pernah miss la Ummi beli kalau berkunjung ke sini. Kerabu ada pelbagai pilihan tapi Ummi pilih kerabu perut sebab Kakak suka makan. Semua ni RM28, macam murah pulak, alhamdulillah. Walid pernah beli, gulai kawah tu saja dah RM20. Rezeki Ummi hari Jumaat. Belum pukul 10 tali dah ada beberapa pelanggan sedang menjamu selera. Brunch la kot. Restoran ni selalu jadi tempat singgah orang nak balik ke Pantai Timur. Sebelum nak teruskan perjalanan jauh tu, elok isi perut dulu la kan...
Walid top up ayam goreng dari mamak. ½ day petang tu. Itu pun lepas solat jumaat baru balik.
Untuk breakfast Ummi, ambil telur dada dan sambal kentang. Tuang sikit kicap Mudim sebagai penambah rasa. Yang ini RM7. Mahal pulak Ummi rasa 😅
Begitulah kehidupan, penuh dengan kejutan dan ketidaktentuan. Nikmati saja :)

Kat sri ayu ni selalu crowded dan pyh nak cari parking
ReplyDeleteFood memang sgt byk variety
Betul MZ. Itu yg bila ada peluang kita singgah. Lunch time jangan kata kedainya aje crowded, habis jalan hala sini jammed kan
DeleteRamai cakp kedai ni sedap masakannya especially Gulai Kawah tu..SA dh la suka gulai kawah...sedapnyaaaaa....
ReplyDeleteYa SA, specialty diorg Gulai Kawah. Pilihan kerabu dan lauk² kampung ulam² pun banyak. Rambang mata la nak pilih lauk pun :)
DeleteMacam mahal jugak tu RM75, yang banyak lauk pulak murah. Dorang salah kira kot.
ReplyDeleteRM35 SK dua² tu...
DeleteRezeki la kot hehe
Saya hantu kerabu perut! Terliur tengok... ad gulai kawah lagi. Sedapnya.
ReplyDeleteBoleh geng dgn Kakak, peminat kerabu perut hehe...
DeleteDari hari tu nak tanya SG tu apa? 🤭
ReplyDeleteKerabu perut, ikan keli semua fav. Sedapnya.
Sri Gombak Cie :D
DeleteMalas nak tulis panjang² hihi...
mmg dkt sri ayu tu byk pilihan lauk..suka juga gulai kawah sini
ReplyDeleteAah ye MT... Kalau weekend sampai sesak jalan dekat sini, ramai serbu.
DeleteWah..seronok tengk sajian makanan..
ReplyDeleteLama tak makan nasi kukus ni....lauk dia ayam pasti letak kicap dah menyelerakan. Kadang harganya macam tak masuk akal tapi tu lah......
ReplyDeleteGulai kawah kalau betul sedap kena tekak.. mmg kena repeat sentiasa.. tak boring makan..
ReplyDeletePernah gugel tapi tak sempat nak ke Sri Ayu ni.
ReplyDeleteMacam asben akk suka tapau nasi kukus, senang katanya.
ReplyDeleteGulai kawah tu, saya selalu cari masa bulan puasa. Sedap kan, PH.
ReplyDeleteLama tak makan gulai kawah kat situ, sedapnya
ReplyDeleteAiiiih gulai kawah daging tuh kliatan enak pula kak 😍😍😍. Macam pekat kuahnya. Ayam goreng macam tuh saya belum ketemu selama di Ipoh dan Putrajaya ini. Kemarin makan di nasi kandar di Ipoh, ayam goreng habis hahahahah.
ReplyDelete