Sunday, 9 November 2025

Adik ~ Rombongan Darjah 3

Rabu lepas Adik ikut rombongan sekolah ke PD Ostrich Farm, Masjid Sri Sendayan, kilang Yakult dan Beryl's Chocolate. Yuran lawatan RM97. 

Jadual perjalanan. 

Di Ostrich Farm PD.
Bukan setakat ostriches dekat sini, ada pelbagai haiwan lain juga seperti biri², guinea pigs, rabbit, birds, ular dll... 

Telur Burung Unta.
Kata Adik mereka juga diberi sate burung unta tapi Adik tak makan. Kawan² dia kata sedap. 

Lumba lari dengan Kuntum si Burung Unta. 
Adik tak join, cikgu suruh siapa² yang suka lari sana sini lawan dengan si Kuntum ni haha ...

Sekeping kenangan ❤️

Lunch dulu sebelum bertolak ke destinasi seterusnya 👇🏻

Masjid Sri Sendayan.
Solat Jamak Zohor dan Asar di sini. Kemudian bertolak ke kilang Yakult. 

Last but not least, kilang cekelat. 

Hasil tangkapan Adik ☺️

Beli juga keychain dan seekor obor² berlampu :D 

Alhamdulillah Adik seronok dapat join lawatan ni. Mestilah seronok kan, jalan dengan kawan² dan cikgu². 

Catatan kenangan rombongan Adik sebelum ni;

1. Rombongan Darjah 1 pergi kilang coklat Ryverra dan Kidzania. 

2. Rombongan Darjah 2 pergi Balai Bomba dan Farm in the City. 

Adik la paling bertuah, setiap tahun dapat pergi rombongan. Abang² kakak dia ada kekangan, khususnya masa Covid dulu. Rezeki masing-masing :) 

31 comments:

  1. Seronoknya dapat pi rombongan. macam-macam dapat

    ReplyDelete
  2. Banyak tempat yang mereka lawat tu. Telur burung unta tu konon boleh tahan kalau berdiri atasnya sehingga beberapa kilogram. Bila suami naik atas telur burung unta tu dia pecah....rupanya telur tembelang.....habis seluar suami bau telur busuk burung unta. Citer pengalaman burung unta la PH....

    Kilang coklat Beryl's ni macam bukan kilang kat Serdang yang saya pegi tu tapi ni nampak macam kilang kat Bangi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh tak bestnya bau telur tembelang, nak² kena baju seluar 😬
      Masa kecik dulu Abang pernah berdiri atas telur Burung Unta juga. Kita ni risau takut pecah haha...

      Beryl's yang dekat Seri Kembangan ni Ezna. Ingatkan satu ni je Beryl's ni. Ada tempat lain juga ye

      Delete
    2. Kalau telur tembelang dia tak tahan berat. Kalau telur biasa dia tahan berat tu. Ohhh kat Seri Kembangan ya....bangunan mana pula ya....mungkin sebelah tu kot.

      Delete
  3. Anak saya darjah enam pun ikut rombongan sekolah minggu lepas. Seronok katanya dapat ke Beryls, Pusat Sains Negara, Planetarium Negara dan solat di Masjid Negara. Ostrich Farm dia dah pergi masa tadika, saya pun ikut sekali masa tu. Syok ikut rombongan budak-budak :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah seronok la anak² tu kan... PH ikut rombongan sekolah darjah 6 dulu sampai skrg dok ingat lagi kenangan tu 😁

      Terima kasih sudi singgah yr Ruggedmom. Selamat berkenalan 🌹

      Delete
  4. seronoknya... rasa mcm nak join sama hehe..
    first time dgr sate burung unta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pegi ostrich farm kadang ada diorg bagi sample @ jual. Dulu pernah pergi ostrich farm dekat Johor

      Delete
  5. seronoknya pergi rombongan sekolah..
    nieyl dlu kalau dengar rombongan sekolah, merengek-rengek nak pergi hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk dulu kena tunggu darjah 6, baru ada rombongan sekolah.

      Delete
  6. Ala.. Comelnya lumba lari dengan Burung Unta...
    Seronok adik dapat ikut rombongan ye..

    ReplyDelete
  7. seronok adik, tiap2 tahun ada rezeki pergi lawatan...

    ReplyDelete
  8. Acik tumpang seronok la, tengok gambar racing dengan si Kuntum tu. 😍

    ReplyDelete
  9. menarik juga tengok burung unta tu. Acik tak pernah lagi ke sana

    ReplyDelete
  10. Aiiih kenapa adik tak nak makan sate ostrich 😅. Penasaran pula saya rasanya macam apa yaa.

    Gelak lah bayangkan mereka lari bersama ostrich hahahaha. Cepat sangat larinya kan 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak nak cuba huhu...
      Yes, ostrich mmg lari laju

      Delete
  11. Kami dulu mak2 sama seronok kalau anak2 ada trip sekolah, rasa nak ikut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy kalau ada rombongan ke Cameron Highlands teringin juga nak ikut Kak 🤭

      Delete
  12. Wah..aunty SA pun x sampai algi PD Ostrich farm tu adik...adik dah sampai dah rupanya....seronok la anak- anak kan...dulu Dania seusia adik pun SA bagi je pergi rombongan sekolah..paling jauh Kelantan dan Terengganu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawalah opick ke sini SA, mesti suka dia hehe...
      Itulah, berjalan dgn kawan² ni lain... Seronok tu lain nak² naik bas ramai². Memori utk diorg la

      Delete
  13. memang best bila dpt ikut school trip gini!

    ReplyDelete
  14. besarnya telur burung unta tu. alaa nape adik tak makan sate burung unta, bolehlah buat ghaso2 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar dan kukuh. Org dewasa pun boleh naik, tapi ada limit berat la

      Delete
  15. Bestlah adik banyak tempat dia pergi. Seronok dapat pergi rombongan sekolah.

    ReplyDelete