Wednesday, 5 November 2025

Abang ~ Motivasi & Solat Hajat SPM 2025

Penuh jadual hujung minggu kami dengan program anak². Jumaat malam sampai rumah dari majlis graduasi Kakak tu pukul 12 t/mlm lebih. Sabtu program di sekolah Abang pula.


Putera Gexxin 

Puteri Gexxin 

Untuk slot motivasi bersama parents ni kami belum sampai. 
Yang mana parents belum sampai/tak datang kawan² yang parents-nya ada dalam dewan tu ajaklah duduk bersama. Sweet je...  Abang diajak oleh Adam utk duduk bersama ibu ayahnya. Kiranya Abang jadi anak angkat Acik Dana la :) 
Tq AD dan Ayah Adam sudi santuni Abang πŸ€—

Lepas Asar kami sampai, terus ke Dewan Makan (DM). Jamuan sebelum makan malam konsep potluck. Penuh meja dengan pelbagai jenis makanan. Satu kelas tu purata 10 menu , darab 5 kelas? Rezeki anak² Gexxin, alhamdulillah mak ayah semuanya pemurah berkongsi rezeki. Ada juga kambing golek seekor. Kami joined team air balang. Tq Cik Liza uruskan semuanya 🌹

Semuanya sedap² belaka... 

Mangga Asam Boi by Mama Adli. 
Rugi Ummi tak ambil huhu... Tengok gambar MA share, adoi kecur...

Nasi Minyak kot, dengan Ayam Masak Merah. Satu keluarga dapat 2 bekas. Abang dapat makanan DM. Makanan untuk Adik Kakak kami dah beli siap² di luar. Walid tak makan nasi ni, beliau rindu nak makan nasi DM jadinya swap makanan dengan Abang. 

Luth dan Ilham joined makan bersama kami.  Sebelah meja kami ni meja Acik Dana dan family. Seronok makan bersama begini. Suasana meriah bila mak ayah makan bersama dengan anak² di DM. Attire malam jubah putih untuk putera. 

Lepas solat Maghrib diadakan solat Hajat, dipimpin oleh Ustaz Mohd Rozie Rejab. 

Diikuti dengan bacaan Yasin...

Sebelum majlis berakhir ada sesi penyerahan air zam-zam untuk setiap kelas dan pemberian kismis untuk Gexxin. 

Majlis berakhir sekitar jam 10.00 malam.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Mudah-mudahan berkat DOA dan restu ibu ayah, guru-guru dan usaha anak¹⁴² Gexxin Allah SWT rezekikan kejayaan yg cemerlang hendaknya untuk mereka semua 🀲🏻 🀲🏻 🀲🏻 
 

20 comments:

  1. Wah, bagusnya ada air zam zam!

    ReplyDelete
  2. all the best utk smua calon SPM 2025..bila konsep potluck dlm majlis tu mcm2 nk rasa kan..wah siap ada pemberian air zam zam

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah, dapat bekalan air zam zam tu.. semoga dapat jawab peperiksaan dengan lancar, diberikan kesihatan sepanjang minggu peperiksaan nie.. aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin aamin aamin tq Linda 🀲🏻
      Alhamdulillah dapat sebotol besar tu utk setiap kelas.

      Delete
  4. Banyak program PH ya, sorang nak SPM sorang nak naik Form 1 tu. Semoga dipermudahkan segala urusan PH dan anak⁴.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin aamin aamin Tq SK... Tahun depan rehat jap, takde yg exam besar :)

      Delete
  5. moga dipermudah urusan menghadapi exam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin aamin aamin TQ Ustaz 🀲🏻

      Delete
  6. sibuk PH dengan urusan anak-anak hujung tahun begini kan, nak nak lagi yang bakal menduduki peperiksaan, kak ana doakan semoga semuanya di dalam keberkatan Allah swt dan cemerlang dunia akhirat, aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin aamin aamin tq doanya Kak Ana 🀲🏻
      Tahun ni 2 orang exam besar, itu yg busy sungguh jadual kami :)

      Delete
  7. Moga berjaya hendaknya anak2 semua ya...alamak nampak asam terus kecur airliur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin 🀲🏻
      Kita ni rasa menyesal pulak tak ambik hari tu 🀭

      Delete
  8. bestnya buat makan potluck. all the best pada semua anak2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, macam nak repeat pulak πŸ˜…
      Tq Mazni 🀲🏻

      Delete
  9. Boleh ya walid rindu nasi dewan makan. Lauk apalah yang dirindukan tu.

    ReplyDelete
  10. Semoga dipermudahkan buat abang dan akwan- kawan yang ambil exam SPM...

    ReplyDelete