Penuh jadual hujung minggu kami dengan program anak². Jumaat malam sampai rumah dari majlis graduasi Kakak tu pukul 12 t/mlm lebih. Sabtu program di sekolah Abang pula.
Untuk slot motivasi bersama parents ni kami belum sampai.
Yang mana parents belum sampai/tak datang kawan² yang parents-nya ada dalam dewan tu ajaklah duduk bersama. Sweet je... Abang diajak oleh Adam utk duduk bersama ibu ayahnya. Kiranya Abang jadi anak angkat Acik Dana la :)
Tq AD dan Ayah Adam sudi santuni Abang π€
Lepas Asar kami sampai, terus ke Dewan Makan (DM). Jamuan sebelum makan malam konsep potluck. Penuh meja dengan pelbagai jenis makanan. Satu kelas tu purata 10 menu , darab 5 kelas? Rezeki anak² Gexxin, alhamdulillah mak ayah semuanya pemurah berkongsi rezeki. Ada juga kambing golek seekor. Kami joined team air balang. Tq Cik Liza uruskan semuanya πΉ
Rugi Ummi tak ambil huhu... Tengok gambar MA share, adoi kecur...
Nasi Minyak kot, dengan Ayam Masak Merah. Satu keluarga dapat 2 bekas. Abang dapat makanan DM. Makanan untuk Adik Kakak kami dah beli siap² di luar. Walid tak makan nasi ni, beliau rindu nak makan nasi DM jadinya swap makanan dengan Abang.
Luth dan Ilham joined makan bersama kami. Sebelah meja kami ni meja Acik Dana dan family. Seronok makan bersama begini. Suasana meriah bila mak ayah makan bersama dengan anak² di DM. Attire malam jubah putih untuk putera.
Sebelum majlis berakhir ada sesi penyerahan air zam-zam untuk setiap kelas dan pemberian kismis untuk Gexxin.
Majlis berakhir sekitar jam 10.00 malam.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Mudah-mudahan berkat DOA dan restu ibu ayah, guru-guru dan usaha anak¹⁴² Gexxin Allah SWT rezekikan kejayaan yg cemerlang hendaknya untuk mereka semua π€²π» π€²π» π€²π»
Wah, bagusnya ada air zam zam!
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki diorang Kak Amie.
Deleteall the best utk smua calon SPM 2025..bila konsep potluck dlm majlis tu mcm2 nk rasa kan..wah siap ada pemberian air zam zam
ReplyDeleteTq MT...
DeleteRambang mata haha
alhamdulilah, dapat bekalan air zam zam tu.. semoga dapat jawab peperiksaan dengan lancar, diberikan kesihatan sepanjang minggu peperiksaan nie.. aamin
ReplyDeleteAamin aamin aamin tq Linda π€²π»
DeleteAlhamdulillah dapat sebotol besar tu utk setiap kelas.
Banyak program PH ya, sorang nak SPM sorang nak naik Form 1 tu. Semoga dipermudahkan segala urusan PH dan anak⁴.
ReplyDeleteAamin aamin aamin Tq SK... Tahun depan rehat jap, takde yg exam besar :)
Deletemoga dipermudah urusan menghadapi exam..
ReplyDeleteAamin aamin aamin TQ Ustaz π€²π»
Deletemeriah betul menu potluck tu
ReplyDeleteSangatttt MZ π
Deletesibuk PH dengan urusan anak-anak hujung tahun begini kan, nak nak lagi yang bakal menduduki peperiksaan, kak ana doakan semoga semuanya di dalam keberkatan Allah swt dan cemerlang dunia akhirat, aamiin
ReplyDeleteAamin aamin aamin tq doanya Kak Ana π€²π»
DeleteTahun ni 2 orang exam besar, itu yg busy sungguh jadual kami :)
Moga berjaya hendaknya anak2 semua ya...alamak nampak asam terus kecur airliur.
ReplyDeleteAamin π€²π»
DeleteKita ni rasa menyesal pulak tak ambik hari tu π€
bestnya buat makan potluck. all the best pada semua anak2!
ReplyDeleteItulah, macam nak repeat pulak π
DeleteTq Mazni π€²π»
Boleh ya walid rindu nasi dewan makan. Lauk apalah yang dirindukan tu.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan buat abang dan akwan- kawan yang ambil exam SPM...
ReplyDelete