Alhamdulillah rezeki diberi peluang menghadiri ceramah Ustaz Kazim (DUKE) di masjid Al Khairiyyah pada Sabtu malam.
Ustaz datang sempena pelancaran Kempen Waqaf Infaq Naik Taraf Pembangunan Zon Baru Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Gombak (Bukit Permata). Kubur sedia ada ni dah hampir penuh, sampai hujung dah. Setiap kali ziarah kubur Tok, nampaklah makin padat kawasan kubur di BP ni. Tanah JAIS luas disini, masih dalam keadaan hutan/bukit jadi banyak kerja perlu dilakukan untuk pembesaran tanah perkuburan ni. Kalau kawan² nak berinfaq pun boleh, ada no akaun masjid pada poster di atas.
Kenangan dari tanah suci... Beg dari Cik Dora dan sejadah pula Ummi beli di depan hotel penginapan kami, Abraj Janadriyah di kota Mekah beberapa hari sebelum berangkat pulang ke tanah air. 10 riyal je masa tu. Beli 2 helai; satu untuk Ummi satu untuk Walid.
Antara intipati ceramah yang sempat Ummi tulis. Ummi lebih banyak dengar dari mencatit. Sebab pendekatan Ustaz lebih kepada ceramah santai, sentiasa disulami lawak jenaka tapi ada makna tersirat.
Adik jumpa kawan SRAI. Jauh juga datang, dari Kg Simpang Tiga Greenwood semata² nak dengar ceramah DUKE 👍🏻
Mudah-mudahan ada lagi kesempatan untuk sertai lagi majlis² ilmu begini.
best dpt attend event gini. barakallah fiik
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki juga MZ...
DeleteSuka dengar ceramah Ustaz Kazim ni. Dia dah sihat ke agaknya ye.
ReplyDeleteNampak sihat dah skrg ni sis... Alhamdulillah.
DeleteAlhamdulillah, moga diberkati kepada semua pencinta majlis ilmu
ReplyDeleteAlhamdulillah berpeluang hadir majlis ilmu begini. Suasana lebih seronok dan kita lebih bersemangat berbanding cuma buka dan dengar di YouTube.
ReplyDeleteDia antara Ustaz yang saya gemari
ReplyDeleteSemakin penuh tanah kuburan sekarang ya kak. Di sini bahkan ada kuburan premium , yg biaya utk booking petak nya saja bisa puluhan juta rupiah. Belum maintenance yaaa. Memang tak habis pikir lah.
ReplyDeleteKeluarga suami saya, macam papaa mama mertua dan adik ipar saya, dikubur 1 liang. Utk memudahkan ziarah, juga Krn terbatasnya tanah kubur skr.
Suka dengar ceramah DUKE ni. Sekarang jarang dah nampak dia ceramah kat TV.
ReplyDeleteSuka dengar ceramah DUKE. Santai tapi ada makna
ReplyDeleteSA suka dengar ceramah ustaz kazim...sejak dia sakit tu memang dh jarang dia ceramah di TV kan...tahniha PH berpeluang ke majlis ilmu
ReplyDeleteCeramah santai ya sambil mengumpul dana. Semoga projek berjalan lancar.
ReplyDelete