Awalnya macam tak berapa setuju juga kem ni dibuat dicelah² kesibukan mengejar masa yang berbaki tak sampai 2 bulan pun untuk SPM. Abang pun mula tu tak nak pergi, malas katanya. Tapi alhamdulillah dia balik kem dengan penuh kegembiraan π
Nampak unik binaan surau dalam kem ni. Surau lama...Tapi fasiliti lain banyak dah dinaik taraf. Dorm diorang pun ada aircond.
Selain tu boleh mandi sungai juga. Lupa pulak nak snap gambar sungai. Ada chalet dan wakaf di tepi sungai. Hari tu semua fully booked.
Simpan dulu beg dalam dewan, kemudian tolong Pakcik AJK gantung banner :) Program ni dianjurkan oleh KSIB F5, jadi AJK terdiri dari AJK KSIB F5 sendiri.
Bila dah nak mula program, kami pun beransur.
Ada juga bday treat dari Haseena π
Lepas Maghrib Abang diberi tugasan untuk bagi tazkirah/pengisian. Yang berjubah tu Tn Pengetua Cemerlang.
Lepas dinner (BBQ dinner) depa ada persembahan. Halaqah Abang bergabung dengan halaqah Ustaz Ruzaini buat persembahan Dikir Barat lagu Cek Cek Cek bunyi cicok π Tapi lirik ubah bagi Islamik dan ada kata² motivasi.
Selain tu dapat juga hamper utk setiap halaqah. Hari balik asrama usunglah hamper ni naik ke bilik pulak :)
Alhamdulillah tahniah dan terima kasih kpd semua asatizah, pentadbir, PIBG dan KSIB F5 yang terlibat. Anak² semua happy alhamdulillah. Release tension sekejap dapat beraktiviti bersama, mandi sungai, makan² dll.
Kembali ke asrama dengan penuh semangat In Sha Allah.
Bagus jugak kem macam ni dapat menambakan semangat sikit.
ReplyDeleteBagi diorang happy sikit, asyik mengadap buku je kan
DeleteSeronok tu ada aktiviti mandi sungai dll. Hilanglah stress sedikit dan pasti lebih bersemangat untuk kembali ke kelas.
ReplyDeleteIye Kak... Enjoy dengan kawan², lainlah vibe -nya tu
DeleteBagus pogram macam ni buat rilis tensen
ReplyDeleteYe Wak, rilis tensen π
DeleteHahahah.. kita baru nak Komen yg sama macam wak WP. Tapi tak menahan baca spelling wak, hihi.
ReplyDelete2-3x baca baru paham WP tulis tu hikhik
Deletekem ni kira mcm take a break jap lah lps ni sambung pulun revision
ReplyDeleteItulah objektifnya MZ.
Deletecayok abg..enjoy ye...
ReplyDeleteProgram begini semua pulun la SA hihi...
DeleteBila kem macam ni macam recharge juga kan....
ReplyDeleteBetul Ezna. Penat juga hari² ngadap buku dari awal pagi hingga malam. Bagilah diorg rehat kejap :)
DeleteAlhamndulillah.. Usaha untuk menaikkan semangat sebelum menempuh cabaran SPM.. Chayook!! Chayook!! Buat semua calon SPM 2025..
ReplyDeleteBagus ada kem pendek macam ni sebelum SPM, bagi anak2 release stress dan take five sekejap dari mengulangkaji pelajaran dengan aktiviti2 berfaedah
ReplyDeleteSyukurlah ternyata memang menarik dan buat anak2 happy ya kak. Bagus juga utk refresh mereka sebelum menghadapi ujian nanti
ReplyDeleteGive them some space. Kyra balij cuti Deepavali haritu pun ammi macam “u do what u need to do Kakak”. So takdelah ammi book apa2 online classes for her mcm selalu
ReplyDelete