Wednesday, 8 October 2025

Abang ~ Seminar MAQ

Hari tu kan Abang balik ke rumah, sebab dia ada gejala influenza; demam dan selsema. Rabu petang Ummi ambil dia di asrama. Khamis & Jumaat dia MC jadi banyak jugalah missed kelas. Dia dah resah gelisah banyak tertinggal kelas. Bagi Ummi pula, inilah peluang untuk Abang berehat dan recharge. Biar badan dan mental kembali sihat menun8u ke garisan penamat ie SPM sebenar. 

Syukur alhamdulillahlah Sabtu pagi Abang kembali sihat. Dapatlah hantar semula ke asrama sebelah petangnya. 


Ada Seminar MAQ dari guru pakar MAQ. Guru kelas Abang pun dari awal ingatkan Abang dah sihat balik ke sekolah, sayang jika terlepas seminar ni. Rezeki Abanglah, sihat on time utk sama² join seminar ni. 

Dah sihat betul agaknya anak soleh kami ni. Balik ke asrama Sabtu lepas sampai hari ni tak call Ummi langsung. Bertuah betul 🤭


13 comments:

  1. SPM awal dah kan tahun ni? Musim ni ramai orang kurang sihat. Semoga sihat2 jela masa nak exam nanti.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, abang kembali sihat dan dapat join seminar Maharat Al-Quran. Semoga abang sihat sehingga ke garisan penamat dan seterusnya, Amiiinnn YRA.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah sihat. Sekarang ni ramai anak2 yang jangkit influenza ni.

    ReplyDelete
  4. kalau dah sihat betul Alhamdulillah, dia busy pun ye juga tu Ummi. Khilfi ni pun last call ammi hari Ahad haritu (dpt cakap less than a minute) je pun.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Semoga abang diberikan kesihatan yang baik..

    ReplyDelete
  6. semoga banag sihat2 selalu...anak buah linda pun ada sorang nak SPM juga tahun nie.

    ReplyDelete
  7. Dia sibuk kot, PH. Semoga abang terus sihat sejahtera sampai SPM.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah abang dah kembali sihat.
    Jaga kesihatan nak amek SPM ni.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah dah sembuh, memang banyak kes influenza sekarang ni.

    ReplyDelete
  10. Teruskan berusaha hingga berjaya ya

    ReplyDelete
  11. Abang serius mengejar ketertinggalan selama tak masuk agaknya kak 😁😊

    ReplyDelete