Thursday, 9 October 2025

Gigih ke Gagah?

Minggu lepas memang tak keluar morning walk langsung. Sibuk uruskan anak exam dan tak sihat. Isnin kelmarin Adik tak sekolah sebab kurang sihat, tak keluar juga. Selasa hujan pagi². Jadi semalam nak tak nak kena gagahkan dan gigihkan diri untuk keluar morning walk

Walaupun dah seminggu break, eh gagah dan gigih pulak panjat bukit 😅

Ikutkan hati nak ke bawah ni tapi masih rasional :D 
Nampak sunyi dan tak nampak kelibat sesiapa jadi kita pilih jalan selamat. Kalau ada geng bolehlah explore sini. 

Menyerlah sungguh warna bunga ni. 
Cantik menawan! 

Pokok peria dan petola pun dah berputik. Itu hari sedang berbunga. Pokok Peria Katak dalam pasu depan rumah pun dah berbunga, tapi bunga jantan. 

Gigih nak abadikan dalam blog, keluar rumah juga nak  ambil gambar walaupun dah nak masuk Maghrib. Bunganya pun dah layu 😌 

Oh, bunga jantan keluar dulu... 
Nanti² harap ada rezeki keluar bunga betina pula. Lama dah tak makan Peria Katak hasil tanam sendiri. 





33 comments:

  1. Bunga apa warna merah tu? Unik bentuknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu namanya tapi bunga ni selalu nampak orang tanam tepi pagar rumah sbb ianya tumbuhan memanjat.

      Delete
  2. Gigah = gigih + gagah
    Gagih = gagah + gigih

    ReplyDelete
  3. moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.. gigih!

    ReplyDelete
  4. Semoga pokok peria katak tu, keluarkan hasilnya.
    Baik-baik briskwalk sorang-sorang tu ya, PH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin 🤲🏻
      Ada orang dekat bukit ni, diorg berkebun. Anyway thanks for the reminder 😘

      Delete
  5. Peria katak comel-comel jer. Masa kecil dulu pokok tumbuh sendiri depan rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu² pokok senang tumbuh, maybe tanah pun tak tercemar macam skrg. Campak² benih pun hidup subur.

      Delete
  6. Memang gigih dan gagah. Sayapun petang ini nak paksa keluar jalan laju. Insya Allah.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah jalan2 sorang2. Suara je kuat + badan besar tapi penakut hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun berani dekat kawasan kejiranan ni je Kak 😁

      Delete
  8. Yelah, jalan ke bawah tu nampaknya memang tak sesuai untuk pergi sendiri. Bahaya.

    Kagum tengok PH boleh makan sayuran jenis pahit. Bagus untuk kesihatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu ada member barulah kita explore bawah tu PU.
      Skrg je pandai makan, kecik² dulu tak reti juga.

      Delete
  9. Ini namanya gigih PH heheehe...
    Semoga sihat-sihat selalu

    ReplyDelete
  10. Gigih tu....akak walk walk depan rumah aje. Kalau berteman baru rajin walk walk jauh sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah Kak... Sikit², dekat² beranilah :)

      Delete
  11. Wahhh.. ni kira hiking sekali la kan, PH.

    ReplyDelete
  12. Peria PZ x menjadi kali ni...mati dh SA tgok..maybe dia dh tanam yg baru...ada rezeki nanti bleh la sedekah kat sesiapa..kami dh muak makan peria

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? Cuaca panas sama kot... Jgn lupa kirim utk org Gombak ahaha 😂

      Delete
  13. Peria katak....camne la rupanya tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peria yg kecik² tu Ezna... Mesti pernah tengok rasanya

      Delete
  14. Pucuk boleh di makan kan, sejenis herba juga daun peria ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? Tak tau pulak saya. Kalau pucuk betik ye, boleh dan pernah makan.

      Delete
  15. Sedaap peria katak tuh. Saya suka makan mentah sebagai lalapan atau ulam. Makan dengan sambal belacan kak. Sedaap. Tak pahit, asalkan jangan makan bagian tengah

    ReplyDelete
  16. best je jalan sorang2 camni PH. dengar bunyi2 hutan gituu

    ReplyDelete
  17. saya tak pandai makan peria katak

    ReplyDelete
  18. MZ tak reti mkn peria, termasuklah peria katak

    ReplyDelete
  19. Sedap tu peria katak.. sekarang baru pandai rebus dulu baru makan. Dulu arwah nenek ajar makan mentah je.. hazab juga lah hehe

    ReplyDelete