Monday, 24 February 2025

Makan Kenduri @ Pusat Komuniti Setiawangsa


Atok Man sekali lagi menjemput kami sekeluarga ke majlis perkahwinan anakandanya. Kali ni giliran yang bongsu. Rasanya ini kali ketiga kami makan kenduri Atok Man. 

Selesai majlis Aku Janji Abang, kami ke sini. 

Lawa dewannnya, berhawa dingin. Memang sesuai nak buat majlis dan kenduri kendara. 

Tempat ni baru, serba serbi cantiklah kan...
Lokasinya sebelah Aeon Keramat (AU2). Kami pun kali pertama ke sini.

Kami sampai waktu puncak dalam pukul 1 t/hari, tetamu tengah ramai. Keluar masuk keluar masuk dewan cari tempat duduk, last² duduk je di luar dewan ni. 

Semua sedap; nasi minyak, ayam masak merah, daging masak hitam, masak lemak ikan masin dan sambal sotong kembang. 

Aneka kuih muih yang disediakan. Jambu batu asam boi dan apam balik antara yang jadi rebutan. Dua² Ummi tak ambil, malas nak beratur. 

Usai makan, kami minta diri. 
Asalnya nak ke Aeon sebelah tu tapi cuaca panas betul, plus dah azan Zohor malaslah nak menyinggah. Balik rumah terus. 

Buah tangan dari tuan rumah. 
Terima kasih atas jemputannya. 
Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹 

Gotong Royong Asrama

Hari dan masa yang sama dengan majlis Aku Janji Abang, Angah ada program Gotong Royong Asrama. Semua parents dijemput sekali. 

Terpaksalah kami skipped sebab bertindih jadualnya. 

Syukur, parents yang datang tu komited sungguh buat kerja, khususnya parents anak² F1 dekat dorm Angah tu. Terima kasih banyak En Joe suami isteri dan Pn Leen. Parents lain Ummi pun tak pasti hadir ke tidak. 

Angah bagitau ada Acik tolong balut loker dia dgn wallpaper. Tqsm Puan 🌹

Belah pagi ada parents belanja nasi lemak,  petang En Joe bawa pizza pula untuk anak² dorm Angah ni. Terima kasih banyak orang² baik. 

Jaga elok² dorm tu ye, saling berukhuwah dan bertolak ansur. Rasanya sampai F5 nanti memang stay bilik sama. 

Sunday, 23 February 2025

Aku Janji SPM 2025

Bila sekolah dah dibuka, mulalah pelbagai program dan aktiviti sekolah anak⁴ nak kena join

Sabtu pagi...

1. Majlis Aku Janji SPM Abang 
 

Ada sarapan disediakan untuk parents tapi kami dah bersarapan di rumah. 

Terus menuju ke dewan.

Alhamdulillah program berjalan lancar dan ikut schedule

Ikrar pelajar. 

Mak ayah pun baca ikrar juga.
Nak anak² berjaya, mak ayah pun kena berkorban juga. Kena sentiasa bagi sokongan dan galakan, kena sediakan ongkos, DOA dsbnya. Takpe Abang, kita sama² lalui dan hadapi  perjalanan dan perjuangan ni πŸ’ͺ🏻

Seronok dan sebak pulak tengok masing² dah besar, matang... Habis SPM hujung tahun nanti dah berpisah bawa haluan masing-masing. Ummi doakan SEMUA berjaya dengan cemerlang dan dapat banggakan dan bahagiakan ibu ayah masing². 

2. Perjumpaan Halaqah Warsh 

Ustaz Halaqah Abang ajak buat sesi temu mata katanya. Pertama kali mak ayah Halaqah Warsh ni berjumpa ramai² gini. Berkopiah putih tu Al Fadhil Ustaz Mohammad Rozie Rejab, penceramah yang selalu muncul di TV. Anakandanya pun sama halaqah dengan Abang dan Ustaz pun guru pembimbing haji kami dulu. Rezeki kami la dapat juga tumpang berkat Ustaz. Doa dan kata² motivasi dari Al Fadhil Ustaz mudah-mudahan dimakbulkan Allah SWT dan jadi perangsang untuk anak² khususnya Halaqah Warsh ni. 

Hebat² anak² ni...
Ada yang juara bertahan tarannum peringkat kebangsaan utk sekolah², ada yang team nasyid juara ASEAN, ada yang naib Johan MQSS (hafazan), sukan dsbnya. Alhamdulillah kata UR setiap tahun ada sumbangan dari anak² HW untuk sekolah. Abang kali ni nak cuba nasib dlm MQSS. Mudah-mudahan ada rezeki Abang menang nanti 🀲🏻

Semoga cemerlang semuanya dalam apa jua bidang, khususnya utk SPM 2025 ye Gexxin πŸ’ͺ🏻

Watikah Pelantikan Pengawas 25/26

Sebelum cuti sekolah hari tu, dah dapat surat pelantikan pengawas ni. Buka sekolah ni barulah berkuatkuasa. 

21/2 majlis rasmi pelantikan tersebut. Alhamdulillah Adik pun dapat jadi pengawas juga. Hari² dia minta Ummi Walid doakan dia dapat jadi pengawas. 

Happy for for you Adik 🫢🏻 

Besar amanah ni bukan untuk seronok² ye, ada tanggungjawab perlu dilaksanakan.

Selamat bertugas untuk Adik dan Kakak.


Saturday, 22 February 2025

Tak Jadi Malas :)

Hujan mencurah² di pagi Ahad ni. 
Walid ke Pasar, Ummi siapkan sarapan; Fettuccine Goreng je. 
Kedai² dekat rumah ni lama dah tak jumpa fettuccine, pergi TMG baru jumpa. 
Tapau sikit untuk anak soleh di asrama.

Lepas sarapan plan-nya nak masak untuk lunch terus. Tapi perut kenyang jadi malas pulak 🀭

Syok betul tengok Tot tidoq 😁
Alangkah best-nya kalau dapat tarik selimut juga... 

Tapi apa daya, dah janji nak hantar barang  di asrama, kenalah masuk ofis dapur tu... Kalau Ummi nak datang, confirm lah dia tak pergi dewan makan. Jadi kenalah masak. Layan je la kan selagi ada ruang dan kesempatan. 

Lauk malas²; sayur kobis goreng telur, lala belado, ayam masak lemak dan kek. 

Rasmikan juga Tupperware pemberian Kak Mulan. Besar saiznya, nasi seperiuk pun muat :) Set yang letak lauk tu pun Tupperware juga, hadiah kami dapat masa sesi gift exchange Family Gathering Gopeng 2023. Dulu masa kerja suka juga beli Tupperware tapi sekarang ni dah insoffff haha... Insaf beli ja,  tapi kalau orang bagi kita depa tangan :p 

Tupperware ni ada orang suka simpan, sayang nak guna. Ummi pula jenis sayang nak simpan, baik guna. Takut nanti simpan² tak terguna, rugi pulak. 
Cara masing² la kan... 
Takde salah, takde betul :) 



 

Al Fatihah ~ Opah RELA

Malam tadi ada jiran kongsikan berita pemergian Opah RELA ni. 

Benrlah, mati itu pasti dan sangat dekat sebenarnya kita dengan mati. 

Ummi kenal arwah sebab selalu nampak arwah bertugas di Masjid Al Khairiyyah setiap kali hantar anak² solat Jumaat. Sejak Abang darjah 1 (2015) lagi dah nampak arwah bertugas di sini. Abang dan Angah pun kenal arwah. Baik orangnya wpun kami tak kenal rapat. 

Gambar kecil tu gambar arwah. 
Rata² jemaah masjid kenal arwah. 
Dan katanya anak² sekolah SK sini pun kenal arwah dan arwah mesra dipanggil Opah RELA. 

Al Fatihah utk Opah RELA. 


Takziah buat keluarga arwah. 

Buah Timun Tikus

Ada sekali tu, Ummi bersihkan kawasan depan rumah tu, cabut rumput dan pokok² kecil. Tiba² arwah Tok tunjukkan satu pokok, katanya ni pokok Timun Tikus. Boleh makan buah ni. Ummi sekadar angguk sebab rasanya ni baru pertama kali Tok perkenalkan pokok ni. Pokok ni tumbuh sendiri, macam pokok letup-letup. 

Semalam balik dari beli 'nasi biru' tu Ummi nampak buah Timun Tikus ni bergayut dekat pokok mangga di bengkel En Zul. 

Mudah nampak sebab warna merahnya tu sangat terang. Lawa tau warnanya.

Buah Timun Tikus ni ada khasiatnya dalam perubatan tradisional. Dan tak silap juga ada yang jenis hijau saja even dah matang. Yang ni jenis besar (sebesar ibu jari), pahit rasanya  dan satu lagi lebih kecil. Yang Tok tunjukkan dekat Ummi tu saiznya sebesar jari kaki kelingking je kot. Kecik sangat tapi katanya yang kecik ni lagi manis dan sedap. Yang dalam gambar ni pahit. 

Pokoknya jenis menjalar macam pokok letup-letup juga. 

Sebenarnyakan bila tengok dekat TT atau group WhatsApp sedara mara, banyak rupanya tumbuhan² yang Ummi rasa macam takde khasiat rupanya berguna dalam perubatan tradisional khususnya. Ada tumbuhan Ummi ingatkan jenis rumput² je rupanya boleh jadi ubat πŸ˜… 

Ialah, kecik² dulu manalah nak ambil tahu sangat kan...