Wednesday, 18 October 2023

Kurma Segar Barhi

Masuk bahagian groceries dekat Aeon Keramat tu sebenarnya nak cari kepala ikan salmon. Teringat asam pedas kepala ikan salmon airtangan Tok Tam, jadi teringin nak replicate the recipe. Hari tu nampak ada jual, tapi kelmarin tu takde pula. Bukan rezeki... 

Jengah dekat rak buah-buahan...

Fresh date
Wah, terus ingatan terbang ke Tanah Suci ☺️ Kenangan pun datang bertandang...

Kalau makan yang kuning ni keras dan kelat. Tapi tetap ada rasa manisnya tu. Tapi, bila dia dah berubah warna kecoklatan (ada sebiji bawah sekali tu) , sedap! Ummi di Mekah dulu sentiasa simpan stok kurma fresh ni dalam peti ais. Buat snacking. 

Baca sini antara coretan Ummi di Tanah Suci; Tok Yah, Ummi & Kurma Merah.



Bubur Nasi Ayam

Pagi Ahad lepas Ummi masak Bubur Nasi Ayam. Buburnya dari lebihan Nasi Ayam Bohari dari pekan Benut. Walid kalau ke Pontian, suka berhenti makan di kedai ni. Dan selalunya tapau juga sebagai buah tangan untuk kami di rumah. 

Ummi kisar nasi ayam dengan air hingga hancur kemudian panaskan atas api hingga pekat. Sesuaikan rasa dan tutup api. Siap! 

Regukan dengan kacang goreng, ikan bilis, bawang goreng dan daun sup, daun bawang. Sedap! 

Hidang sekali dengan keropok lekor Kemaman pemberian Cik Aida. 

Alhamdulillah, syukur seadanya. 

Tuesday, 17 October 2023

Kasut Bundle

Angah dan Kakak terpilih lagi sebagai wakil sekolah untuk acara bola baling dan bola jaring respectively. Kali ni untuk Kejohanan Sukan SRAI (Kesusrai) hujung bulan nanti. 
Sunburn balik la mula Kakak tu :p 

Kasut sukan dia sebelum ni dah barai.com (pinjam word Mama Rizqy). Tak silap kasut Bum Equipment tu pemberian Mel. Jadi, dia perlukan kasut baru. 

Memandangkan ada satu kedai kasut bundle baru buka dekat area rumah ni, kita cari dekat situ je la...

Pilihan dia. 

Sebelum ni Walid pernah ke sini dengan Abang. Jumpa kasut saiz 11, beli terus untuk Abang walaupun takde keperluan 🤭 Tapi, sebab saiz 11 tu susah dapat, itu yang rembat.com :p. Bolehlah buat pakai jalan-jalan. Abang pun selesa dengan kasut tu. 

Ni Angah pun dah bunyi² nak kasut baru gak 😅 



Monday, 16 October 2023

Angah ~ PKSK 2023

Alhamdulillah selesai sudah PKSK Angah
PSRA ✅
PKSK ✅

Barulah boleh bernafas Ummi ni 😁

Sharing Ummi untuk anak-anak & mommies lain. Sebab semalam first day, ramailah yang nak tau bentuk soalannya, topik dsbnya. Banjirlah WA & Telegram semalam 😁

Bahagian admin tu ikut pusat ujian juga. Ada yang hanya boleh drop off anak di gate utama, ada yang boleh parking di dalam sekolah dsbnya. Kertas untuk kira² pun ada sesetengah pusat ujian sediakan. Ummi stand by siap² letak dalam fail dia. 

Semangat Walid belikan Angah kalkulator baru :D. Boleh guna dalam ujian semalam alhamdulillah. Cepat sikitlah mengira. 

Alhamdulillah Angah dapat soalan karangan yang dia baru belajar dengan Cg Irsyad. Rezeki dia alhamdulillah. Sebab bab penulisan dia agak lemah. Dan syukur Ummi tergerak hati nak regi dia untuk kelas CI ni. 

Highly recommended cikgu berdua ni 👍

Satu sesi dengan ZM dan AH. AH dah balik, tak sempat nak ambil gambar bertiga. 

Sementara Angah exam tu Ummi pi Aeon ... Healing :p

Cuci mata tengok sofa :) 

Untuk semua anak2 yang ambil PKSK Ummi doakan semuanya dipermudahkan dan masing-masing berjaya ke sekolah impian 🤲

Good luck untuk Pia!
Dan untuk semua anak kawan-kawan semua,  yang Ummi mungkin terlepas pandang siapa lagi ambil PKSK. All the best semua! 

Sunday, 15 October 2023

Bau Misteri

Seminggu lebih kami; Ummi dan anak³ (Walid outstation, Abang di asrama) hidu bau seakan bangkai dalam bilik the boys tu. Stress betul Ummi, dengan Angah tengah PSRA-nya... 

Ummi suruh Angah selongkar bawah katil depa... Dalam fikiran mungkin tikus mati (walaupun rumah kami takde tikus, alhamdulillah), tak pun ada burung tersesat masuk then tak boleh keluar lalu mati dan paling takut Ummi terfikir gak 🪱 mati. Manalah tahukan, walaupun hakikatnya tingkap bilik depa sentiasa bertutup. Ada juga terfikir kot² Mem Besaq beranak dan anak² dia mati ke... Padahal kawan tu tak pregnant pun, perut besaq sebab makan banyak 😂

Bila bau tu muncul tiba² of course kita fikir macam-macam kan... Tambahan pulak, tak jumpa puncanya. Angah cari tak jumpa, Ummi pun sama ... Last sekali, Jumaat lepas Ummi minta Abang alih katil semua cari sampai jumpa punca bau busuk tu. Pun tak jumpa! 

" Nanti Abang tanya Ustaz la Ummi..."

Bila bakal Imam Besar Masjid Negara (aamin 🤲) cakap gitu Ummi senyap je la.  Sebenarnya Ummi ada gak syak hal gini tapi Ummi diamkan je. Alhamdulillah sepanjang berbelas tahun tinggal di rumah ni semuanya berjalan lancar, takde yang pelik² berlaku. Nauzubillahi min zaalik ..

Nak dijadikan cerita, petang tu Abang dgn Angah nak ke pasar malam. Macam biasalah, keluar rumah mesti nak pakai jaket si Abang ni. Style budak² sekarang kot, panas berdenting pun pakai jaket 🤭 Jaket tu sangkut dalam bilik depa la.

 Seluk-seluk poket jaket tu....

Nah, ada sebungkus sandwich telur yang dah 2 minggu terperam dalam poket tu! 
( Last dia pakai jaket tu 1/10, sebelum balik ke asrama. Balik pulak ke rumah kelmarin 13/10).

Rupanya itulah punca bau busuk tu! Tahu sajalah bau telur busuk  macamana ... Kita ni punyalah fikir macam-macam, sekali itu je puncanya 🙆

Bertuah punya anak! 
 



Saturday, 14 October 2023

Bekal PSRA

Setiap hari Ummi bekalkan lunch untuk Angah sepanjang minggu PSRA. Sama juga masa Abang ambil UPKK dulu. Masa Angah UPKK  tahun lepas, Ummi tak sediakanbekal. Jadi, kita bayar hutang masa PSRA :D 

Isnin. 
Simple je tapi inilah lauk kegemaran dia. Nasi pun dia nak nasi Ummi masak, tak nak nasi kantin. Layannnn. Pisang Cavendish tu untuk dia share dengan kawan-kawan. Pesan dekat dia awal², apa yang boleh dikongsi tu kongsi je dengan kawan-kawan. Menu kantin pun asyik repeat je, jadi anak-anak jemu. 

Lunch by kantin that day. Sekali pandang, Ummi ingat ayam rupanya filet ikan. Murid-murid darjah 1-5 balik tengahari sepanjang PSRA. Lunch yang disediakan bawa balik makan di rumah. 

Selasa. 
Rabu.
Ummi repeat lauk ayam goreng, kantin pun repeat menu fish fillet 🤭

Khamis.

Ayam Masak Lemak...

Kantin bagi nasi lemak ayam goreng daaa... Angah tetap makan bekal Ummi. Nasi kantin dia bagi kawan. 

Jumaat.

Ayam Goreng dan Telur Rebus Sambal Belado. Licin alhamdulillah :) 

خلص



Coretan PSRA 2023

Coretan kenangan buat tatapan Angah suatu masa nanti...

Alhamdulillah, berakhir sudah minggu yang penuh tekanan. Syukur semua urusan dipermudahkan oleh-Nya dan Angah juga sihat sepanjang minggu. Hikmah demam sebelum exam, dapatlah top up antibodi :D Ummi tak berapa sihat sebenarnya 3-4 hari lepas, selsema dan sakit tekak serta demam on off. Syukur, tak berjangkit dengan Angah. 

Mudah-mudahan Allah rezekikan Angah dan kawan-kawan beroleh MUMTAZ dalam PSRA ni 🤲 

Alhamdulillah, one chapter closed. Kita fokus pada PKSK 16/10, Isnin ni. Apa boleh buat, dalam ramai² calon, Angah antara yang terpilih untuk 'rasmikan' PKSK F1 ni :D 

Sudi-sudilah doakan buah hati Ummi ni ye 🤗