Friday, 26 June 2026

Angah | Gotong Royong Asrama

Cuti Awal Muharram tempohari Angah ada gotong royong asrama. Parents pun dijemput tapi Ummi Walid tak dapat hadir. Alhamdulillah parents lain ramai yang hadir. Jadi, berjalanlah gerak kerja mencantikkan dorm Angah ni. Ummi pun pesan berkali², tolong pakcik makcik tu semua, jangan mengelat. 

Setiap dorm ni ada 'warden angkat'. Segala perbincangan, kutipan dana, tugasan dsbnya dibincang bersama 'warden angkat' ni. Sesama parents ramai yang belum kenal jadi elok sangat warden jadi perantara. 

Dos and don'ts 

Pakat tong-tong duit untuk beli barang dan peralatan. Alhamdulillah semua parents pun bagi kerjasama yang baik. 


Ada yang sumbangkan jam 

Yang sumbangkan makanan dan minuman pun ada 👍🏻

Alhamdulillah terima kasih banyak anak² dorm dan parents yang terlibat. Juga kepada Ustaz K selaku 'warden angkat' dorm Angah. Good job semua 👍🏻👍🏻👍🏻

27 comments:

  1. Alhamdulillah ada aktiviti macam ni, bilik anak2 lebih segar dan selesa

    ReplyDelete
  2. ammi pun selalu jarang dapat join program gotong-royong di sekolah Khilfi sebab buatnya masa hari bekerja. Camna kita ni nak lari dari KL ke Melaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat sekolah Angah ni mmg buat weekend atau public holiday (jarang la) supaya ibu bapa boleh hadir.

      Delete
  3. Alhamdulillah parents kebanyakannya sporting. Yang tak dapat datang agaknya bagi sumbangan kewangan utk beli peralatan gotong-royong, ye tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sis. Buka tabung untuk parents menyumbang. Segan kalau tak sumbang sama ada tenaga, masa atau fulus sbb anak kita pun ada dalam dorm tu.

      Delete
  4. Bagus program cam ni... ini peluang untuk kenal mengenali juga

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...baru terasa ceria sikit bila balik dorm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Linda. Tambah² dorm boys kan, asal boleh je diorg hias. Bila mak ayah bantu tu lebih ceria la

      Delete
  6. Best laa ada sesi gotong royong asrama camni. Skul Wafi ada juga tapi akak tak dapat pergi sebab buat hari yang kerja kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya sejak tahun lepas kot buat gotong royong mega ni di sekolah Angah. Sebab masa F1 takde pihak sekolah war²kan.
      Jauh Kak, sekolah pun faham Akk tak dapat datang tu :)

      Delete
  7. Alhamdulillah semuanya bekerjasama untuk keselesaan anak-anak belajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Ada yang lead, lagilah lancar kerjanya.

      Delete
  8. Baguuus kan kalau semua ikut terlibat. Murid dan orangtuanya. Sayapun walau kdg tak bisa ikut terlibat langsung, tp at least saya support dlm hal uang untuk membeli apa2 yg diperlukan. Apa yg kita mampu, itulah yg dikerjakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar Fanny. Yang tak dapat bantu dari segi tenaga dan masa, boleh bantu dari segi kewangan. Untuk anak² sendiri juga

      Delete
  9. seronok gotong royong asrama ni sbb nnt dah penat x yah buat waktu prep 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betulllllll!
      Malam tu takde prep katanya 😂

      Delete
  10. bagus semua rajin menyumbang tenaga dan sponsor brg2/food jugak

    ReplyDelete
  11. Bagus betul gotong royong bukan hanya anak tapi ibu dan ayah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, semua sepakat dan saling membanting tulang.

      Delete
  12. Bagus betul program gotong-royong macam ni. Yang penting anak-anak selesa nak duduk dan study kat dorm. Lepas ni mesti Angah makin bersemangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah harapnya SA. Bila ada program begini, semua lebih seronok dan semangat nak jaga kebersihan dan kekemasan bilik juga.

      Delete
  13. Bagus program gotong royong camni. Anak2 selesa, ibu bapa pun dpt berkenalan sesama lain

    ReplyDelete