Sunday, 15 November 2026

Lunch @ Nizam Celup Tepung, KT

Sambung cerita Ganu Kite.

Dari Mayang Mall kami hala ke Batu Rakit, Abang nak tunjuk pantai yang dia selalu lepak dengan KZ dan AF masa awal-awal berkelana di negeri Darul Iman ni. Abang, KZ dan AF satu sekolah. Tapi masa di SMKA dulu geng lain-lain. Sampai Ganu, berkepitlah 3 orang ni sampailah jumpa geng baru :D 

Disebabkan Abang belum solat Zohor, kami singgah dulu di Masjid Mengabang Telipot. Usai solat teruskan perjalanan ke tempat tujuan. 

Tiba-tiba nampak ada restoran jual celup tepung. Teruslah kami berhenti. Sedang elok perut mula bersiul. Bersiul baru, belum bernyanyi lagi ahak! 


Ikut alamat Nizam Celup Tepung ni letaknya di Kg Banggul Tok Lib, tak jauh dari masjid Mengabang Telipot. Tepi jalan saja restorannya. 

Masjid Abang solat Zohor tadi... 

Sedia maklumlah cuti umum ni ramailah pengunjung di mana-mana pun. Terengganu memang destinasi percutian yang menarik kan. Pantai, makanan, budaya semuanya ada tarikan tersendiri. 

Senarai harga 

Sotong sedang digoreng.
Lambatnya tunggu sotong goreng ni la sebab sotong goreng ni favorite ramai kan. Sotong goreng tepung depa letak dalam bekas (macam pan kecil) siap-siap dan diberi bila pelanggan minta, bukan pelanggan ambil sendiri seperti udang dan ikan. 

Lama jugalah kena beratur, lebih kurang ½ jam juga. Tapi kami ramai ahli pasukan, jadi kita agihkan tugasan. Adik Kakak tunggu meja, Walid ambil nasi goreng dan Abang Angah beratur beli air. Ummi pula beratur ambil celup tepung. 

Ummi ambil udang 10 ekor (5 ekor RM12), sotong 1 bekas (sotong ni staff cedukkan, RM25/bekas) dan ikan 3 ekor. 
Semuanya sedap, rangup dan fresh alhamdulillah. Puashati sungguhlah kata orang. 

Selain nasi goreng ada juga nasi putih. Tapi kena order rasanya. Nasi goreng dah siap hidang dalam tray ni, ceduk aje. Walid ambil nasi goreng untuk kami. Eloklah sebab belum lunch. Selain tu ada juga mee, bihun dan kue tiau goreng. 

Kami ni pernah beberapa kali dah makan celup tepung tapi baru kali ni baru tahu celup tepung ni boleh dimakan bersama nasi 🤭
Ingatkan celup tepung ni untuk ratah-ratah aje... 

Nasi goreng RM6 sepinggan. 

Adik nak megi goreng. 
Semua ni dah ready, kita ceduk je dalam tray 👆🏻

Sedap yakmat! 
Kerang segar, takde bau itu yang best tu. 

Hero-hero beratur untuk order air. 

Order air nenas dan coconut shake. 
Air nenas tu soothing betul di waktu panas begini. 

Sata wajiblah kan... 
Sedap, berasa isi ikannya 


Lebah! 
Ingatkan lalat mulanya. Tapi tak mengganggu pun cuma Abang la cuak. Dia sensitive bab-bab serangga ni. 

Jumlah keseluruhan kami makan RM131.00. Berpatutan dan berpadanan dengan apa yang kami makan. Rasa macam murah sebenarnya. 

Konsep makan dekat sini, kita sendiri tulis makanan/minuman yang kita ambil. Percaya betul mereka pada pelanggan. Manakala kita sebagai pelanggan perlulah jujur. Jadi darah daging, tak baik tipu-tipu 🤗

Nizam Celup Tepung ni besar tempatnya. Ada buaian, ada bangku, ada meja kerusi juga berhampiran pantai jadi seronoklah nak ambil angin laut dan bergambar-gambar dulu. 

 Tempat parkir pun luas. 
Satu lagi yang menarik hati, staff semua baik dan friendly. Paling penting depa tenang dan in control walaupun pelanggan tengah ramai. Barulah kita yang tengah beratur ni pun tenang dan behaved belaka :D 
 
Alhamdulillah kenyang perut, sukahati 😁



25 comments:

  1. Nieyl kalau ikutkan weekend pergi terengganu, hantar anak buah balik unisza tapi nieyl x jadi follow sbb benda last minit ni susah sikit nieyl nak ikut..dah ada perancangan lain..teringin nak makan celup tepung ori dari sana...next time laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh anak buah Nieyl ada sana juga. Adalah alasan kuat nak ke sana Nieyl hehe...nx time make sure makan celup tepung sini :)

      Delete
  2. Best juga celup tepung ni. Nasib baik dah makan sotong celup tepung kat Kemaman.

    ReplyDelete
  3. Setuju sgttt trengganu destinasi menarikk
    Seronok berkunjung sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat-ingatkan makanan depa yang sedap² tu Cik Nur kan

      Delete
  4. Masa SA pi KT hari tu..nak makan ICT kat Pok Nong..tapi macam jauh..lepas tu dah nampak macam- macam tempat makan..makanya takde la kisahkan celup tepung tu..nak pi KT ni x leh la pi takat 3 hari..5 hari sekurang- kurangnya untuk cover banyak tempat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pok Nong buka lewat sikit, tak silap. Itu yg singgah je mana² kedai yg nampak menarik. Setakat ni alhamdulillah jumpa kedai celup tepung yang sedap belaka.

      Delete
  5. menu celop tepung sedap tu...kerang berempah menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sedap belaka. Tambahan pula semua segar

      Delete
  6. Pernah makan celup tepung kat area Kuala Terengganu Town. Tapi tak memenuhi citarasa anak tekak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pi belah² pantai Shai, banyak pilihan

      Delete
    2. Masa tu ingat kalau kat area Bandar akan sedap. Rupanya. 'Indah khabar dari rupa'. Erm....

      Delete
  7. Kelebihan ada ahli team yang ramai, boleh agih tugasan 😀
    Celup tepung tu walau boleh makan dengan nasi, tapi saya lebih suka makan gitu je. Lebih rasa nikmatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang ramai, semua kena ambil bahagian hehe...

      Betul, ratah gitu la lebih nikmat kan

      Delete
  8. Air nenas mengoda sungguh time panas. Celup tepung ni ratah lagi sedap. Kerang sambal lagi ohsem

    ReplyDelete
  9. moga ada rezeki dapat ke pantai timur lepas ni. tengok menarik makanan sana

    ReplyDelete
  10. Terliur la tengok celup tepung dgn kerang tu!

    ReplyDelete