Wednesday, 14 October 2026

Yeay Abang Balik!

Abang selamat tiba di Terminal Bersepadu Gombak (TBG) awal pagi Isnin. Bas dari Ganu pukul 10.30 mlm. 

Kali ni naik bas Express Adik Beradik. 
Abang ambil single seat, harga tiket RM70++. 
Balik sebelum ni nak Sani Express. Antara dua ni Abang kata Express Adik Beradik legging lagi luas. Lagi selesa untuk Abang. 

Ini kali kedua Abang balik Gombak naik bas dengan kawan-kawan. Balik kali pertama dulu hampir tak tidur malam Umminya, risau 🤭 Macam-macam yang difikirkan :) 
Kali ni Abang bagitau dia dah naik bas, Ummi pun masuk tidur. DOA yang baik-baik aja untuk Abang dan kawan-kawannya. 

Abang singgah di Gambang ni Ummi tak sedar pun. Terjaga pukul 4.30 tu baru track location, dah nak sampai TBG dah. Kejutkan Walid, terus ke TBG. 

Buah tangan dari Abang.
Kerepek ubi tu Mak AF bagi. 


Nak dijadikan cerita, Maghrib tu Abang diziarahi tetamu. Siapa lagi, kakak blogger kesayangan kita la, Kak Faiza. KF ke Ganu sempena Convo Abg Imi. Sempat lagi tu singgah jenguk Abang. Allah sajalah mampu balas budi baik KF sekeluarga ❣️


No comments:

Post a Comment