Thursday, 15 October 2026

Nasi Lemak Keropok Sayur

Jumaat minggu lepas Angah PB (Pulang Bermalam). Asal PB, mesti pergi pasar malam. Asal pergi pasar malam je, mesti PB. Eh 😂 

Ummi dah goreng bihun untuk dinner. Tapi alang-alang tu minta Angah tolong beli nasi lemak bungkus sorang satu, almaklumlah kami kan cinta mati dengan nasi :D 

Nasi lemaknya bungkus begini.

Bila buka bungkusannya, ada keropok sayur. 
Pertama kali Ummi jumpa nasi lemak ada keropok sayur. Kalau nasi goreng tu biasa jugalah jumpa nasi goreng yang dihidang bersama keropok sayur ni. Ikan bilis, kacang goreng dan timun pun ada. Kiranya keropok sayur ni tambahanlah, mungkin nak bagi kelainan. 

Nasi dan sambalnya sedap. Sambal pedas tapi sedap. Orang Kedah sukalah makan sambal pedas begini. Bukan nak kata orang negeri lain tak suka makan pedas, tapi pedas sambal ni pedas style Kedah. Maaf, tak reti nak describe 😅

Ni Angah beli nasi lemak paru depa, minggu sebelum tu. Sedap, itu yang Ummi suruh beli untuk kami semua juga. Tapi beli nasi lemak biasa je. Tapi nasi lemak paru ni takde keropok sayur. Mungkin untuk nasi lemak biasa je kot depa letak keropok sayur. 

Ni la bihun goreng Ummi masak tu. Dengan telur rebus sekali, macam nak sarapan je menunya :D 
Dah ada nasi lemak bungkus tu, bihun ni tak berusik sangat la. Jadinya bihun goreng ni kita simpan untuk sarapan esoknya. Begitulah.  




9 comments:

  1. Adakah ini nasi lemak indonesia? Selalu nampak kalau keropok mcm ini selalu indon yg letak. Ke saya salah.Hujung minggu ni nak masak bihun goreng jugalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni nasi lemak orang kita Shai. Ikut kata Angah, bunting tulis nasi lemak Kedah :)

      Sila²... Bihun goreng my all time favorite

      Delete
  2. sedap tu nasi lemak. buat sy terliur juga. yummy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kesukaan hampir seluruh rakyat Malaysia Cg kan...

      Delete
  3. Sayapun kalau ada nasi lemak, pilihan utama akan ke nasi lemak 🤭😄. Kecuali tak ada baru pilih bihun 😄

    ReplyDelete
  4. Tak lemau ke keropok sayur tu campur sekali nasi lemak?

    ReplyDelete
  5. Kelainan bubuh keropok sayur... menarik gak.

    ReplyDelete
  6. saya pun pestime tengok nasi lemak ada keropok sayur ni. sambal paru tu nampak sedap betuii

    ReplyDelete
  7. ahhaha cinta mati ye dengan nasi. Ammi kalau sambal memang kena pedaslah, kalau manis pun biarlah dari bawang bukan dari gula.

    benda boleh carry forwardkan, kadang2 kalau ammi bukan CF sehari je, 2-3 hari pun ada

    ReplyDelete