Thursday, 8 October 2026

Sekolah Tutup Dek Jerebu

Kecoh la malam tadi di group WA sekolah anak³ pasal penutupan sekolah ni. 

Mula-mula kenyataan YB Menteri KPM dikongsikan oleh ibu bapa yang nak tahu status penutupan sekolah ni. Ada yang menekan-nekan, ada yang chill-chill je. Iyelah yang bekerja tu nak kena fikir kebajikan (makan minum, babysitting dsbnya) anak-anak sekiranya sekolah tutup. Nak plan/ambil cuti pula bagi yang anaknya di asrama. Macam-macam la kena fikir dan atur agar semua urusan berjalan lancar.

Kenyataan dari JPNS. 
Tapi SRAI kena tunggu pengesahan JAIS dulu. 


Kenyataan media JPWKL. 

Akhirnya sekitar jam 9 mlm JAIS sahkan semua sekolah di bawah pentadbirannya ditutup bermula 9 Oktober 2026. 

Anak-anak asrama pun sekolah tutup juga.
Maka, hari ni bermulalah PDPR. 


Tenang Ummi tenang 🤭 





1 comment:

  1. Memang elok pun sekolah ditutupkan sebab jerebu makin teruk. Moga cepatlah hilang jerebu semua ni

    ReplyDelete