Thursday, 8 October 2026

Sekolah Tutup Dek Jerebu

Kecoh la malam tadi di group WA sekolah anak³ pasal penutupan sekolah ni. 

Mula-mula kenyataan YB Menteri KPM dikongsikan oleh ibu bapa yang nak tahu status penutupan sekolah ni. Ada yang menekan-nekan, ada yang chill-chill je. Iyelah yang bekerja tu nak kena fikir kebajikan (makan minum, babysitting dsbnya) anak-anak sekiranya sekolah tutup. Nak plan/ambil cuti pula bagi yang anaknya di asrama. Macam-macam la kena fikir dan atur agar semua urusan berjalan lancar.

Kenyataan dari JPNS. 
Tapi SRAI kena tunggu pengesahan JAIS dulu. 


Kenyataan media JPWKL. 

Akhirnya sekitar jam 9 mlm JAIS sahkan semua sekolah di bawah pentadbirannya ditutup bermula 9 Oktober 2026. 

Anak-anak asrama pun sekolah tutup juga.
Maka, hari ni bermulalah PDPR. 


Tenang Ummi tenang 🀭 





10 comments:

  1. Memang elok pun sekolah ditutupkan sebab jerebu makin teruk. Moga cepatlah hilang jerebu semua ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rimas kan tengok berhabuk je sana sini. Rindu nak tengok langit yang cerah

      Delete
  2. makin teruk musim jerebu skrg nih., huhu

    ReplyDelete
  3. Makin teruk.kan....dulu zaman anak anak sekolah rasanya 2015 pun pernah sekolah tutup juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, masa tu Sy tengah pregnant kat Adik. Morning sickness teruk masa tu, lega sangat sekolah tutup tak payah keluaq rumah amik Abang di sekolah.

      Delete
  4. Ni Wafi balik asrama pagi ni tak tau cemana nanti. IPU di SP 157.. harap menurun.

    ReplyDelete
  5. Anak-anak asrama pun kena PdPR, memang berubah terus rutin sekeluarga. Semoga semuanya berjalan lancar dan jerebu cepat reda supaya anak-anak dapat kembali ke sekolah.

    ReplyDelete
  6. Kinta selatan, dah cuti hari Jumaat semalam..tapi, Perak, tak semua daerah terjejas lebih 180

    ReplyDelete
  7. Saya sedih sangat baca ini sebenarnya.. pulau Jawa memang tidak terimbas asap, tapi Kalimantan yang parah. Dah tak tahu nak macam mana menghadapi government zalim yang sekarang ini 😭😭😭. Kemarin menangis lihat seorang guru di Kalimantan meninggal saat berangkat kerja. Akibat asap penyakit paru2 nya jadi parah

    ReplyDelete