Kecoh la malam tadi di group WA sekolah anak³ pasal penutupan sekolah ni.
Mula-mula kenyataan YB Menteri KPM dikongsikan oleh ibu bapa yang nak tahu status penutupan sekolah ni. Ada yang menekan-nekan, ada yang chill-chill je. Iyelah yang bekerja tu nak kena fikir kebajikan (makan minum, babysitting dsbnya) anak-anak sekiranya sekolah tutup. Nak plan/ambil cuti pula bagi yang anaknya di asrama. Macam-macam la kena fikir dan atur agar semua urusan berjalan lancar.
Tapi SRAI kena tunggu pengesahan JAIS dulu.
Kenyataan media JPWKL.
Akhirnya sekitar jam 9 mlm JAIS sahkan semua sekolah di bawah pentadbirannya ditutup bermula 9 Oktober 2026.
Anak-anak asrama pun sekolah tutup juga.
Maka, hari ni bermulalah PDPR.
Tenang Ummi tenang π€



Memang elok pun sekolah ditutupkan sebab jerebu makin teruk. Moga cepatlah hilang jerebu semua ni
ReplyDeleteRimas kan tengok berhabuk je sana sini. Rindu nak tengok langit yang cerah
Deletemakin teruk musim jerebu skrg nih., huhu
ReplyDeleteStay safe Wak
DeleteMakin teruk.kan....dulu zaman anak anak sekolah rasanya 2015 pun pernah sekolah tutup juga...
ReplyDeleteYa, masa tu Sy tengah pregnant kat Adik. Morning sickness teruk masa tu, lega sangat sekolah tutup tak payah keluaq rumah amik Abang di sekolah.
DeleteNi Wafi balik asrama pagi ni tak tau cemana nanti. IPU di SP 157.. harap menurun.
ReplyDeleteAnak-anak asrama pun kena PdPR, memang berubah terus rutin sekeluarga. Semoga semuanya berjalan lancar dan jerebu cepat reda supaya anak-anak dapat kembali ke sekolah.
ReplyDeleteKinta selatan, dah cuti hari Jumaat semalam..tapi, Perak, tak semua daerah terjejas lebih 180
ReplyDeleteSaya sedih sangat baca ini sebenarnya.. pulau Jawa memang tidak terimbas asap, tapi Kalimantan yang parah. Dah tak tahu nak macam mana menghadapi government zalim yang sekarang ini πππ. Kemarin menangis lihat seorang guru di Kalimantan meninggal saat berangkat kerja. Akibat asap penyakit paru2 nya jadi parah
ReplyDelete