Jumaat.
Buka, tutup, buka, tutup operasi sekolah minggu lepas di Selangor ni. Apa boleh buat, jerebu ni kita tak boleh kawal tinggi rendahnya. Risau anak tak sekolah, tapi lagi risau kalau terdedah dengan bahaya jerebu.
Isnin PDPR, Selasa Adik balik awal sebab asyik bersin je di sekolah. Rabu dan Khamis sekolah seperti biasa. Jumaat sekolah tutup. Sampai adalah orang buat joke, jerebu ni pandai asal Jumaat je IPU -nya tinggi, dapatlah budak-budak sekolah cuti 3 hari 😁
Dah 2x Jumaat PDPR bagi sekolah bawah PPD Gombak. Penutupan sekolah ni ikut daerah pendidikan (PPD).
Bila ke sekolah tu dapatlah buat aktiviti bersama kan, berbanding PDPR.
Patung Stoking, aktiviti sempena minggu Panitia Sejarah & RBT Khamis lepas. Patung ni sekali pandang comel, tenung lama-lama seram la pulak 😅
Cepat-cepatlah pergi ye jerebu.
Kali ni rasanya yang paling lama dah teruk jerebu berlaku.
Kat area saya pun putih je pemandangan luar rumah tapi tetaplah sekolah bukak mcm biasa 😅 cuma UASA ditangguhkan minggu ni sbb ada terbaca minggu ni jerebu akan lebih teruk dari minggu lepas sbb ada hutan baru terbakar di Kalimantan.
ReplyDeleteSelangor sekolah cuti, KL sekolah bukak. Macam jauh je KL & Selangor ni hikhik...
Deletebertabahla ank2 ..kejap sek nk buka..kejap tutup..tp skarang ptg2 ujan lebat..smoga cpt la jerebu berlalu
ReplyDeleteYe hujan makin kerap sekarang, alhamdulillah. Mudah-mudahan clear balik udara kita
DeleteNegeri Sembilan x tau la masih sekolah atau cuti...anak2 buah pun x balik dah 2 minggu dah...semau sibuk study nak exam
ReplyDeleteN9 sekolah tutup juga last week tak silap. Ye, musim UASA skrg, susah juga kalau sekolah tutup.
DeletePdPR stands for Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (Home-based Teaching and Learning), an educational approach introduced in Malaysia by the Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).. moga negara akan tetap aman damai sentosa sejahtera senantiasa.. aminn
ReplyDeleteAamin begitulah harapnya Wak kan... Lama sangat bernafas asap ni :(
DeleteAcik ni penakut. Tiba-tiba berdebar tengok patung itu. Kalau malam-malam mau mimpi ngeri ni
ReplyDeleteAlamak, sorry Acik Anjali 😁
DeleteTapi kat area Petaling Utama ini. 2 minggu berturut2 tutup hari Jumaat. Minggu ni tak tahulah macam mana.
ReplyDeleteSama la dah 2x Jumaat sekolah tutup, PDPR.
Delete2-3 hari ni kan hujan
ReplyDeletetp yg peliknya lps hujan tu makin tebal pulak jerebunya
haihhh
Biasa lepas hujan ada pelangi, skrg lepas hujan jerebu pulak muncul kembali hikhik
Deletejerebu masih lom pulih ni..cute la doll dari socks tu hahaha
ReplyDeleteCute ke? I rasa seram sikit haha 😂
DeleteJohor pun teruk sampai tak nampak jalan. Cuti seminggu depa bagi
ReplyDeleteYe Kak. Tapi bagus, diorang announce terus sekolah tutup utk seminggu.. di sini day by day
Delete