Kali ni puashati sangat dengan kejadian air asam yang Ummi buat.
Simpan sini bahan/cara yang Ummi guna untuk hasilkan air asam ni untuk rujukan.
1. Buat sambal belacan - kisar cili padi merah, hijau dan cili besar, tomato, garam, gula, jus limau kasturi 1 biji, belacan dgn sedikit air.
2. Hiris cili merah, cili besar, bawang besar dan tomato. Satukan dengan sambal belacan tadi. Tambah asam jawa, garam dan gula secukupnya. Kena ada rasa pedas, masam dan manis yang seimbang. Kalau tambah kerisek, jadilah air asam kerisek.
3. Sedia untuk dinikmati.
Semalam Ummi masak nasi ayam ala² nasi daging tu. Masak nasi dan ayam sekali dalam PC. Guna beras Faiza Ummi Basmati yang dapat dari kenduri. Tak ingat dah kenduri siapa, aduhai maaf ye tuan rumah.
Air asam ni dimakan bersama nasi ayam ni. Biasa nasi daging kan makan dengan air asam gini. Kali ni lauknya ayam, bukan daging. Kuah kari ayam lebih untuk mee kari tu lah kuahnya.
Masak sekali je, makan untuk 2x. Makan tengahari dan makan malam. Kakak siap tapau bawak balik asrama. Alhamdulillah.
Sedap ni ayaq asam.. akak belajar makan pun sebab kahwin dengan orang utara.
ReplyDeleteKadang makan dengan telur rebus, suka sebab ada rasa pedas, masam, manis.
Tetiba teringat pulak air asam kakak sulung saya. Alhamdulillah dia pandai masak. Nasi daging cicah air asam dia memang terbaik.
ReplyDeletesedapnya... nak buat jugalah nanti
ReplyDeletesedapnya air asam homemade
ReplyDeleteWow..Sedap ni sis =D
ReplyDeletebiasa nasi daging air asam..kalini nasi ayam air asam...beras ummi basmati faiza tk pernh tgk kt supermarket..produk baru ni...biasa kalo wedding slalu org bg beras faiza monghul basmati
ReplyDeleteUishhh terliur kita.. harini nak buatlah sebab harini nak bakar jantung pisang hehehehe
ReplyDeleteAir asam cicah dgn ikan bakar pun sedap jugak ni. TQ share resipi ye sis.
ReplyDeletelunch smlm nieyl pergi cafe, beli air asam je...
ReplyDeletenieyl bawa bekal..nieyl pun suka air asam..
Mekasih PH, share cara buat air asam sedap. Setakat ini saya buat, memang tak boleh lawan air asam arwah mak saya dulu. Lepas basuh tangan pun, cium tangan, masih bau belacan. 😁 Boleh cuba resepi PH lain kali.
ReplyDelete