Saturday, 25 July 2026

Breakfast @ Restoran Tuu Dok Ko, Batu Caves

Pagi tadi breakfast di Restoran Tuu Dok Ko untuk ke sekian kalinya. Suka makan di sini. Selain makanan sedap dan service pantas, ada pelbagai pilihan makanan. Ada goreng² (masakan panas), masakan bersup (bihun, kue tiew, mee etc), laksam, nasi ayam dan semestinya nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu dan roti canai Melayu. Awal² pagi semua makanan ni dah ada, itu yang best tu. 

Kami order roti canai sorang satu. 
Roti lembut, kuah pun sedap.
Saiz rotinya tidaklah besar jadi masih ada ruang untuk makanan Iebih berat seperti nasi lemak 👇🏻

Ummi makan nasi lemak telur mata, Walid nasi lemak gulai ayam. 

Mee goreng pilihan Adik. 
Ummi yang kecur tengok mee goreng panas² ni. Memang sedap, mewah dengan sayur dan rencah; udang, fish balls, fish cake. Adik makan sikit je sebab banyak sayur. Rezeki Ummi Walid le hehe ... Dia nak roti canai pulak. Layan... 

Suasana dalam restoran agak padat, penuh dengan pelanggan. Tapi order makanan semua sampai cepat. Memang cekap para pekerja restoran ni. 

Walid sila bayar 😁




17 comments:

  1. Bapakk, sebukit mee goreng dia. Roti canai dengan kuahnya pun nampak sedap. Patut ramai pelanggan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terkejut saya Nur sebut bapak tu haha... Roti canainya memang sedap 👍🏻

      Delete
  2. Replies
    1. Sampai sekarang Akk tak tahu apa maksudnya Cie 😊

      Delete
    2. maksud nama kedai tu dlm loghat klate ..."itu dia"(apa-apa yang kita nak tunjuk pada orang)...cth ayat ...tuu dok ko....maksudnya itu ke dia tmptnya ....gitu la lebihkurang maksudnya

      Delete
  3. Roti canai lembut memang sedap. Saya selalu jumpa yang liat hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu dekat kedai mamak liat sikit versinya, sbb tu Sy suka cari roti canai Melayu Kak Amie

      Delete
  4. haha tergelak baca caption gambar last tu!

    ReplyDelete
  5. kami pun makan roti canai juga hari ini.. tapi tulah senasib insan yang bergelar walid..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Nasib la jadi menteri kewangan keluarga 😁

      Delete
  6. Kalau Linda, roti canai tu 2 keping..sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, 2 keping baru puas makan & kenyang Linda .

      Delete
  7. MZ dh lama tak dine in kat situ..tp ada jer singgah tapau bf menu pagi2🤩

    ReplyDelete
  8. Dapat roti canai lembut tak cukup 1 lepas tu kuah banjir memang Kenyang sampai tengahari

    ReplyDelete