Sunday, 3 May 2026

Makngah Catering šŸ§‘šŸ»‍šŸ³

Long weekend ni Ummi buka katering :p 
Masakan tidak, bukan saja 2 anak di asrama balik rumah, tapi sepupu depa di IPG, Haziq pun datang bermalam. Penuh rumah. 

Nak raikan depa, Ummi asyik masuk dapur je la... 

Lunch Jumaat ~ Nasi Ayam 

Dinner Jumaat ~ Buttermilk Chicken (favorite Adik) dan Kari Ikan Tenggiri (kari favorite Haziq). Sambal belacan dan ulam timun malu nak bergambar :p

Walid beli ayam Baker's Cottage otw balik dari ambil Haziq di Terminal Putra. Banyak lauk šŸ‘šŸ»

Sarapan Sabtu ~ Bihun Goreng, Sambal Kicap dan Sandwich Sardin by Kakak 

Lunch Sabtu ~ Masak Lemak Pucuk Ubi (kegemaran Kakak), Ayam Sambal (favorite Angah) dan ikan rebus goreng. 

Dinner Sabtu ~ Steamboat manja² gitewww 

Sarapan Ahad ~ Keropok goreng, mee goreng dan nasi goreng ikan tumbuk. Ikan rebus goreng tu ada baki sekerat bahagian ekor, Ummi tumbuk buat rencah nasi goreng. 

Lunch Ahad ~ Sayur campur, paprik ayam + udang dan kari Ikan tongkol. Menu asal nak goreng telur dadar je untuk pelengkap hidangan. Tapi masa nak tenggek kuali goreng mee šŸ‘†šŸ» Walid kata ada sedara nak datang. 
Lepas breakfast masuk dapur semula, masak lauk tengahari. Dari nak goreng telur je, tambahlah satu menu lagi ie kari ikan tongkol. Tunggu punya tunggu, tak sampai². Nak datang petang pulak katanya. Kami pula nak keluar hantar anak² balik asrama dan hantar Haziq ke LRT. Ada rezeki jumpalah. 

Penat memang penat, tapi hati puashati. Nak² bila tengok anak² makan bertambah². Itulah kepuasannya. 







32 comments:

  1. ummi jadi makcik kantin ye...

    ReplyDelete
  2. agaknya naik berat haziq sepanjang duduk rumah makngah dia ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Nanti suruh dia timbang šŸ˜†

      Delete
  3. alahai ummi...3 hari bz ye..sesekali ye ummi....hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitorang jenis suka makan di rumah SA... Lauk simple pun okay dah, janji kenyang :D

      Delete
  4. wahhh.. rajin ni. puas family makan kan.

    ReplyDelete
  5. Sebut ikan rebus goreng tu, tiba-tiba teringin pula...ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat Kak Amie, pergi beli ikan selayang :D

      Delete
  6. Kalau Steamboat yang tak manja macam mana pulak?

    ReplyDelete
  7. Ni betul2 tender catering ni. Sedap betul semua menu pun. Untunglah anak2 dan sepupunya 🩷

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...
      Sekali sekala boleh la SJ. Lutut dah longgar šŸ˜†

      Delete
  8. Mesti Haziq akan ingat ni..balik rumah mak ngah..mak ngah masak sedap...hihi..alhamdulillah .seronok tengok nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala kita raikan :)
      Lagipun kalau balik kampung, ibunya rajin masak utk anak² Akk. Kita balas la budi, gitewww :D

      Delete
  9. 3 hari full force hehe, macam-macam ada.
    Hari biasa tinggal bertiga je.
    Pandai kakak makan masak lemak pucuk ubi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit kaki Kak, banyak sangat bergerak 🤭
      Favorite dia, masak lemak pucuk ubi atau pucuk paku

      Delete
  10. terus rasa lapar tengok semua makanan. lama tak beli ayam bakers cottage.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitorg baru berjinak² dgn ayam BC ni Cie...beli buat tambah lauk

      Delete
  11. KSarie yang sedang mengganti puasa hari ini terkesima tengok semua gambar makanan sedap-sedap di dalam post ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah, hamba minta maaf ye Ksarie 🤭

      Delete
  12. Banyaknya lauk!
    Cuya duduk bertiga dekat rumah lauk sejenis jer 🤣
    Alhamdulilah syukur, ramai lagi orang tak berkemampuan nak makan kat luar sana. Malaysia memang mewah dgn makanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk jamu ikut style family belah suami Cuya. Depa jenis makan pelbagai lauk, jadi kita raikan :)

      Delete
  13. Uishhh katering ummi ni menghidangkan makanan yang menyelerakan ni.....slurpppp

    ReplyDelete
  14. Seronok memasak bila ramai di rumah kan. Buttermilk tu sedapnya

    ReplyDelete
  15. Memasak dari hati pasti sedap tak terkata tu..

    ReplyDelete
  16. Walaupun penat tapi puas tengok anak-anak makan kan.. Seronok rasanya..

    ReplyDelete
  17. Pakej lengkap makan 3 kali sehari. terbaeeeeek

    ReplyDelete
  18. Lihat makanannya memang pasti menggugah selera anak2 kak šŸ˜šŸ˜. Sedap2,menu berganti2 pula. Salut saya... Macam saya yg tak pandai masak, memang pesan semua yg ada 🤣

    ReplyDelete
  19. mlm2 tengok makanan terus rs lapar hehehe

    ReplyDelete