Friday, 22 May 2026

Hari Guru 2026


Untuk anak² asrama, Ummi order dengan KSIB je. Depa buat jualan untuk isi tabung SPM. Bagus sungguh inisiatif begini. Elok sangat support sebab dana kecemerlangan SPM ni perlukan jumlah yang besar, berdasarkan pengalaman Abang ambil SPM tahun lepas. 
Masa hari sambutan, Angah bagitau hadiah² Ummi tempah dah diserahkan kepada guru² terlibat. 

Ini pula inisiatif pihak PSS, jualan direct kepada pelajar. Kalau dibuka untuk tempahan awal macam KSIB buat tu alangkah bagusnya. Parents terus bank in je duit. Jualan direct gini mungkin pelajar tak cukup duit nak beli wpun hadiahnya serendah RM5. 

Hadiah Kakak untuk Ustazah halaqah. Alhamdulillah selamat tiba di tangan Ustazah. 

Adik pula ikutkan sambutan Hari Guru pada 23/5, sehari selepas selesai UPSA dan hari last sekolah sebelum mula cuti penggal. 

Tapi, ketetapan pihak JAIS, tak benarkan sambutan diadakan di peringkat sekolah. 

Tapi, Adik dah beli awal hadiah untuk cikgu² dia. Dia beli pen. Ummi tambah kopi 3-in-1 dan tasbih. 


Di pihak KSIB, kami collect duit untuk beli hadiah untuk cikgu², selain jamu makan dan beli kek. Tanda terima kasih atas jasa cikgu² yang tak pernah jemu mendidik anak² kami, sanggup korbankan masa dan tenaga untuk pastikan setiap program/pertandingan di semua peringkat dapat dijayakan dan macam² lagi pengorbanan guru, tak terhitung Jadi, kita raikan sebaiknya bila tiba hari istimewa untuk guru ni. 

Terima kasih cikgu! 

17 comments:

  1. Selamat hari guru, dapat banyak hadiah , happy dapat hadiah ni tau..

    ReplyDelete
  2. Teringat..zaman sekolah dulu pun ada mcm sek angah tu..senang nk buat pilihan .

    Selamat hari guru buat guru² semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus buat gini, parents tak yah susah² fikir nak bagi hadiah apa kan...

      Delete
  3. kat sek razeen pun semlm la sambutan hari guru tapi nama lain lah..hari apresiasi ker apa ntah..razeen tak leh attend sbb bersunat...so dia frust sbb nak bg hadiah utk guru kelas dia...so dia kata nak bwk hadiah tu bila bukak sek nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah tahniah Razeen!
      Takpe, lepas cuti nanti boleh bagi hadiahnya tu kan

      Delete
  4. Senang camni takdela pening kepala fikir nak bagi apa.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, tentu berpuas hati bila dapat meraikan guru² yg banyak berjasa pd anak².

    ReplyDelete
  6. Anak² seronok meraikan cikgu².

    ReplyDelete
  7. Seronok cikgu² dapat hadiah. Senang juga kalau pihak sekolah sendiri yang open order, parents boleh support.

    ReplyDelete
  8. Bagusnya idea jualan Hari Guru tu sebab dapat memenuhi 2 tujuan dalam 1 - meraikan guru2 dan kumpul tabung SPM 😃

    ReplyDelete
  9. Hadiah2nya bisa jadi referensi saya pas hari guru di Indonesia. Di sini 24 nov. Msh ada waktu utk prepare hadiah utk guru ❤️

    ReplyDelete
  10. cikgu mesti rasa dihargai bila anak2 murid dan ibu bapa ingat kat jasa diorang

    ReplyDelete
  11. Sekali setahun ja sambutannya.. Tanda penghargaan buat guru-guru..

    ReplyDelete
  12. bagus sambutan macam ni..mengingatkan anak- anak betap besarnya jasa seorang guru kan...

    ReplyDelete