Long weekend ni Ummi buka katering :p
Masakan tidak, bukan saja 2 anak di asrama balik rumah, tapi sepupu depa di IPG, Haziq pun datang bermalam. Penuh rumah.
Nak raikan depa, Ummi asyik masuk dapur je la...
Dinner Jumaat ~ Buttermilk Chicken (favorite Adik) dan Kari Ikan Tenggiri (kari favorite Haziq). Sambal belacan dan ulam timun malu nak bergambar :p
Lunch Sabtu ~ Masak Lemak Pucuk Ubi (kegemaran Kakak), Ayam Sambal (favorite Angah) dan ikan rebus goreng.
Sarapan Ahad ~ Keropok goreng, mee goreng dan nasi goreng ikan tumbuk. Ikan rebus goreng tu ada baki sekerat bahagian ekor, Ummi tumbuk buat rencah nasi goreng.
Lunch Ahad ~ Sayur campur, paprik ayam + udang dan kari Ikan tongkol. Menu asal nak goreng telur dadar je untuk pelengkap hidangan. Tapi masa nak tenggek kuali goreng mee šš» Walid kata ada sedara nak datang.
Lepas breakfast masuk dapur semula, masak lauk tengahari. Dari nak goreng telur je, tambahlah satu menu lagi ie kari ikan tongkol. Tunggu punya tunggu, tak sampai². Nak datang petang pulak katanya. Kami pula nak keluar hantar anak² balik asrama dan hantar Haziq ke LRT. Ada rezeki jumpalah.
Penat memang penat, tapi hati puashati. Nak² bila tengok anak² makan bertambah². Itulah kepuasannya.
ummi jadi makcik kantin ye...
ReplyDeleteAnak ramai, terpaksalah haha š
Deleteagaknya naik berat haziq sepanjang duduk rumah makngah dia ni hahaha
ReplyDeleteHaha... Nanti suruh dia timbang š
Deletealahai ummi...3 hari bz ye..sesekali ye ummi....hehehe...
ReplyDeleteKitorang jenis suka makan di rumah SA... Lauk simple pun okay dah, janji kenyang :D
Deletewahhh.. rajin ni. puas family makan kan.
ReplyDeleteSekali sekala boleh la Kak Yan :D
DeleteSebut ikan rebus goreng tu, tiba-tiba teringin pula...ahaks!
ReplyDeleteCepat Kak Amie, pergi beli ikan selayang :D
DeleteKalau Steamboat yang tak manja macam mana pulak?
ReplyDeleteYang dekat kedai Uncle š
DeleteNi betul2 tender catering ni. Sedap betul semua menu pun. Untunglah anak2 dan sepupunya š©·
ReplyDeleteHaha...
DeleteSekali sekala boleh la SJ. Lutut dah longgar š
Mesti Haziq akan ingat ni..balik rumah mak ngah..mak ngah masak sedap...hihi..alhamdulillah .seronok tengok nya
ReplyDeleteSekali sekala kita raikan :)
DeleteLagipun kalau balik kampung, ibunya rajin masak utk anak² Akk. Kita balas la budi, gitewww :D
3 hari full force hehe, macam-macam ada.
ReplyDeleteHari biasa tinggal bertiga je.
Pandai kakak makan masak lemak pucuk ubi.
Sakit kaki Kak, banyak sangat bergerak š¤
DeleteFavorite dia, masak lemak pucuk ubi atau pucuk paku
terus rasa lapar tengok semua makanan. lama tak beli ayam bakers cottage.
ReplyDeleteKitorg baru berjinak² dgn ayam BC ni Cie...beli buat tambah lauk
DeleteKSarie yang sedang mengganti puasa hari ini terkesima tengok semua gambar makanan sedap-sedap di dalam post ini.
ReplyDeleteAllah, hamba minta maaf ye Ksarie š¤
DeleteBanyaknya lauk!
ReplyDeleteCuya duduk bertiga dekat rumah lauk sejenis jer š¤£
Alhamdulilah syukur, ramai lagi orang tak berkemampuan nak makan kat luar sana. Malaysia memang mewah dgn makanan
Akk jamu ikut style family belah suami Cuya. Depa jenis makan pelbagai lauk, jadi kita raikan :)
DeleteUishhh katering ummi ni menghidangkan makanan yang menyelerakan ni.....slurpppp
ReplyDeleteSeronok memasak bila ramai di rumah kan. Buttermilk tu sedapnya
ReplyDeleteMemasak dari hati pasti sedap tak terkata tu..
ReplyDeleteWalaupun penat tapi puas tengok anak-anak makan kan.. Seronok rasanya..
ReplyDeletePakej lengkap makan 3 kali sehari. terbaeeeeek
ReplyDeleteLihat makanannya memang pasti menggugah selera anak2 kak šš. Sedap2,menu berganti2 pula. Salut saya... Macam saya yg tak pandai masak, memang pesan semua yg ada š¤£
ReplyDeletemlm2 tengok makanan terus rs lapar hehehe
ReplyDeletebestnya PH rajin masak2
ReplyDelete