Nampak sedap Laksa Siam yang dimasak oleh Tiktoker Lolli. Ummi pun cubalah resepinya. Cuma Ummi tak guna laksa Siam yang halus² tu, pakai laksa beras yang biasa tu, tapi beli yang dah siap rebus (laksa basah).
Cara Masak Kuah Laksa Siam
1. Rebus ikan sardin/selayang atau ikan pilihan bersama asam keping dan garam hingga mendidih.
2. Asingkan tulang dan isi ikan.
3. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, serai, lengkuas, cili hijau kecik, cili merah, cili api merah, udang kering, lada hitam biji dan sedikit belacan. Kisar halus.
4. Masukkan bahan kisar halus dalam periuk. Buka api perlahan dan biarkan.
5. Sementara tu, kisar isi ikan bersama air rebusan ikan. Masukkan ke dalam periuk tadi (#4).
6. Kisar pula tulang ikan bersama air rebusan ikan dan tapis masuk ke dalam periuk kuah (#5).
7. Masukkan daun limau purut, asam keping, bunga kantan dan akar ketumbar dalam periuk kuah. Kacau sampai kuah mendidih.
8. Masukkan santan, fish balls & fish cakes (Ummi tak letak sebab takde), daun selasih dan perisakan dengan garam, gula Thai (Ummi guna brown sugar je) dan serbuk perasa.
Seperiuk jugalah dapat hasilnya...
Laksa Siam ni dimakan bersama pelbagai jenis ulam-ulaman. Lolli makan bersama terung rebus. Ummi pernah makan Laksa Siam tapi ini pertama kali nampak terung rebus sebagai salah satu condiment untuk laksa.
Terung Ummi ganti dengan kacang botor. Bolehlah kot ☺️
Kita buat dia :p
Ambil laksa dan susun ulam² serta telur rebus kemudian tuang kuah diatasnya. Limau kasturi tu jangan lupa perah jusnya atas laksa. Padu baq hang!
Beda (buat) rasa ja pun licin sepinggan 🫣
Selamat mencuba!
Aduh....lapar plak SA dibuatnya..SA dah la x pernah makan laksa Siam..rasa nak tau apa rasanya
ReplyDeleteKuah tu ada rasa lemak² juga sebab letak santan. Aroma pun ada la bau/ rasa daun limau purut dan daun selasih tu... Unik juga rasanya SA
DeleteSedapnya terliur pulak. Nak try buat la.
ReplyDeleteSilakan Cie. Mudah je cuma buat laksa ni renyah sikit. Itu yg Akk pun jarang buat laksa.
DeleteSpecial hidangan makanan ni..hebat pandai mengaturnya
ReplyDeleteSekali sekala bila datang rajin tu, terhasillah menu special gini Cg :)
Deletesedappppppppppnya
ReplyDeleteAlhamdulillah puashati la dapat buat sendiri Kak Mieja :)
DeleteBegini rupanya laksa Siam.
ReplyDeleteSepatutnya laksa halus NA. Ini tak original hehe
DeleteLAksa siam macam banyak ulam-ulamnya dan kuah lain sikit
ReplyDeleteBetul, makan dgn pelbagai jenis ulam. Kuahnya tu ada pelbagai rasa dan aroma dari daun limau purut dan daun selasih dll
DeleteSedapnya nampak hasil masakan PH ni. Sy teringin betul LS tapi kat Johor ni tak nampak lagi orang jual. Boleh tiru resipi yang PH share ni la nanti.
ReplyDeleteSilakan SK... PH pulak dah lama tak makan LJ.
DeleteMemang sedap kak ana 1st time makan kat rumah mak saudara raya tahun ni. Dari sehari ke sehari nak buat belum lagi tercapai hehe :)
ReplyDeleteKalau guna laksa halus tu lagi best kan Kak Ana... Buat la Kak Ana, puashati makan, boleh ulang² makan.
Deletebelum pernah lagi makan laksa siam.. nampak sedap.. saya jika menu yang banyak ulaman ni memang feveret
ReplyDeleteYe, Ustaz Sy pun suka menu banyak ulam² gini.
DeleteBelum pernah makan lagi ni PH. Mi Siam pernah la.....
ReplyDeleteMi Siam yang mana ye Ezna? Lupa dah banyak sangat jenis mi/mihun/laksa ni 😅
Deletepernh mkn laksa siam sedap..wah ni buat sdiri puas makan tu
ReplyDeleteKalau guna laksa halus tu lagi best MT. Tapi takde. Kuah ni pun banyak, frozen la dulu.
DeleteMZ is a laksa lover! esp laksa kelantan, laksa siam ni mcm jrg mkn laaa
ReplyDeleteLaksa Kelantan kuah lemak juga kan MZ? I can't eat all version of laksa hehe
DeleteNampak sedap la pulak laksa siam ni..
ReplyDeleteBanyak ulam, tu yang best tu 😋
DeleteThanks for sharing PH, nak try lah buat.
ReplyDeleteAkak suka makan laksa siam ni.. tapi beli je lah.
ReplyDeletetak pernah makan laksa siam lagi. warna kuahnya mcm masak lemak pulak. banyak ulam ye laksa ni
ReplyDeleteNasib baik rumah PH jauh kat SG kalau tak mesti saya dah muncul depan rumah bawak tupperware sekali hihi
ReplyDelete