Wednesday, 15 October 2025

Sukan Piala YDP PIBG 2025

Banyak betul acara Sabtu & Ahad lepas, sempena Hari Sukan Negara. 

Buat julung kalinya, Sukan Piala YDP ni dianjurkan. Sukan ni adalah pertandingan antara KSIB (F1-F5) dan KGKT (Kelab Guru dan Kakitangan). Anak² tak terlibat dalam pertandingan, sekadar penonton. Selalu mak ayah support anak², hari ni anak² support mak ayah. Gitewww...


Berkumpul dulu di dewan untuk acara perasmian dan senamrobik. 
Setiap KSIB ada baju sukan masing². 
Ummi Walid pun beli, sebagai tanda sokongan utk KSIB F5. Tahun akhir Abang di sini, adalah kenangan berupa T-shirt utk Ummi Walid. 

Geng QM (Quarter Masters) led the senamrobik. Depa acah² ajak mak ayah lompat bintang, terus kena marah dengan PK Koko haha ... Cikgu risau mak ayah sakit lutut, nak kena melompat 😂

Bendera Batch Gexxin 💪🏻
Meriah sungguh acara ni... Parents memang supportive sangat 👏🏻👏🏻👏🏻

Gimik perasmian. Tuan Pengetua dan YDP PIBG pakat smashed bulu tangkis. 

Bergambar dulu sebelum masing² berpecah ke venue acara masing². Acara bermula sekitar jam 9.30. Sejam jugalah delay

Ada acara untuk ibu² sahaja, ada acara untuk ayah² saja. Walid joined futsal dan sepak takraw. Mana yang tak cukup peserta tu, masuk je la...main suka² je. 

Congkak untuk kaum ibu... Tahniah Cik Aiza, menang #3. CA kawan sekolah menengah Ummi. Anak dia F4. 

Batu Seremban pun untuk ibu² je ...

Dam Haji untuk ayah² la kan ...

Ayah² hebat tengah beraksi... 

Buah hati turun bagi sokongan ❤️
Tapi mostly anak² F5 ni depa ada kelas, tak pun buat ulangkaji di kelas. Jadi tak ramai yang turun support. Tergerak hati nak bawa tikar, memang berguna nak hampar tepi padang. Dewan ni awalnya dah dimop tapi lepas game badminton kotor semula. Itu yang bentang tikar tu. 

Anak² F4 paling happening la...depalah senior of the juniors :

Menunggu acara penutup. Lepas Zohor baru mula, dah awalnya delay sejam dah kan...

Tahniah KSIB F4 Juara Sulong Piala YDP PIBG 🏆

Dekat sini pun sampai dekat pukul 3 ptg. Memang takde harapanlah nak ke satu lagi event 👇🏻

Ini anjuran SRAI. 
Sebab dapat jemputan event sekolah Abang dulu, kami dahulukan yang itu. 

Satu lagi urusan yang terpaksa dilepaskan ialah jemputan kenduri kahwin anak bongsu Tn Amir di Putrajaya. 

Dua kenduri anak TA sebelum ni kami pergi tapi yang bongsu ni tak dapat pergi pulak. Bukan rezeki  kali ni... 
Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹 
Tahniah TA sekeluarga, bertambah ahli keluarga alhamdulillah. 





27 comments:

  1. Cantik baju sukan.
    Banyak pula jemputan tapi tidak dapat pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah clash tu, kita tengok mana yg paling utama diraikan.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Bagus la team pibg ni... sangat aktif! Ada team work

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni AJK PIBG orang lain, KSIB lain pula orangnya. Sekarang AJK PIBG automatik jadi Pengerusi KSIB, senang nak sync gerak kerja dan pengurusannya.

      Delete
  4. Seronok juga tu macam2 acara sukan ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok Cie... Boleh kenal dgn parents lain bila ada acara begini

      Delete
  5. Padat aktiviti PH sekeluarga hujung minggu tu ye. Best jugak aktiviti2 mcm ni dpt mengeratkan hubungan cikgu dan ibubapa 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita Sabtu belum up sis 😅
      Yes, sesama ibu bapa pun ada yg baru nak kenal mesra. Memang best la

      Delete
  6. Wah....seronok tengok team depa aktif...

    ReplyDelete
  7. Batu Serimban pun suka main waktu rehat sekolah dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ye... Dulu main guna batu betul, dari bersegi² batu tu sampai jadi bulat sbb asyik dilambung² :)

      Delete
  8. betul..last week kan hari sukan negara, sukan sana sini la kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la MA... Tapi best, boleh la keluarkan peluh

      Delete
  9. baguslah inisiatif sekolah, bagi ibu bapa join sukan2 camni. dapat berkenalan dgn parents lain jugak. anak2 pun semangat tengok mak ayah dia bersukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tercapai la objektifnya tu. Yang terlibat pun ramai, memang best sangat

      Delete
  10. Waaah seru juga, ibu bapaknya yg ikut acara yaaaa, anak2 support 😄😍😍. Jarang2 ada yg begini. Saya tak yakin kalau diadakan di sekolah anak2 saya, bakal banyak ikut orangtuanya 🤣.

    ReplyDelete
  11. Dahulukan yang utama ya.. lagipun abang dah final form.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak. Memang priority utk program sekolah Abang :)

      Delete