Bukan dari kebun sendiri, tapi dari kebun jiran ☺️
Kemudian esoknya Bik hantar pula kacang botor dan limau kasturi. Segar² ye, buah baru dipetik. Juicy.
Kacang botor ni Ummi buat kerabu, campur bersama pucuk ulam raja. Tumbuk bawang merah, cili merah/padi, biji lada hitam dan isi ikan rebus hingga lumat. Masukkan kelapa sangai dan tumbuk lagi serta perasakan dengan garam. Masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas dan gaul bersama hirisan ulam raja dan kacang botor. Dah sebati semuanya, cukup rasanya perah limau kasturi dan gaul sebati. Seronok dapat manfaatkan pemberian jiran.
Hasil kebun Ummi pun ada ye...
Sebut pasal jiran ni, semalam kami ada mesyuarat jiran². Tahniah kepada Pengerusi dan AJK yang baru dilantik. Terima kasih kepada AJK lama yang telah berkhidmat dengan cemerlang.
Kami suami isteri tak dapat hadir, ada program lain di sekolah Abang. Apapun kami support mana yang perlu dan patut.

Cukup masak elok pisang tanduk untuk digoreng.
ReplyDeleteHasil campak-campak pun menjadi cili tu.
Pisang tanduk mmg sedap digorengkan.. .
DeleteBolehlah Kak, ada juga hasil hihi
Terus manfaatkan. Hehe alhamdulillah.
ReplyDeleteTak sabo nak makan ahaha
Deletesedapnya kacang botor.
ReplyDeleteBuah baru petik ni rangup, tu yg sedap tu
DeleteAlhamdulillah, rezeki .. pisang tanduk bikin pengat pun sedap
ReplyDeleteOh ye? Lain kali bole try.
DeleteSA pun Sabtu ari tu petik cili hasil dari campak2 biji cili kering..hehehe...seronok kan...la ni tengah merimbun pokok kunyit...
ReplyDeleteBest kan.. walaupun tak banyak tapi ada hasil tu yg seronok tu. Daun kunyit buat alas bakar ikan pun best
Deletebagus komuniti nie..linda balik Tronoh hari tu, rasa macam jiran semua tak mesra pun..kikiki...jiran sebelah kiri,kalau hari cuti memang takde kat rumah..jiran belah kanan, dah pindah keluar sebab tuan rumah kata nak jual rumah tu. jiran sebelah lagi, tiap2 petang menyiram pokok, tapi nak tegur pun takot..sebab macam garang je.. hahaha
ReplyDeleteTakpe Linda, pelan²... Senyum² je dulu tengok reaksi diorg macamana. Akk dulu setahun juga baru bertegur sapa dgn jiran India tu. Bukan sombong tapi segan ☺️
Deleteterliur kerabu tuuu
ReplyDeleteπ€
Deletesedapnya pisang tanduk goreng
ReplyDeleteKan...
DeletePisang tanduk tu goreng cicah cili kicap sedapnya...
ReplyDeleteSedap tak terkata... Style Johor tu kan
DeleteTerus terbayang pisang goreng π
ReplyDeleteSaya belum pernah cuba campak biji cili, kot campak tak tumbuh apa…mau kecik hati π
Belum cuba belum tau PU π
DeleteUrap atau kerabu di atas saya sukaaaa sangat. Mama sering buat. Ratah begitu saja pun dah sedap ππ. Baiknya Jiran kakak.... ππ.
ReplyDeleteYes betul, ratah² pun sedap. Dan sihat juga kan!
DeleteAlhamdulillah rezeki. Pisang tu paling menambat mata.
ReplyDeleteSy suka limau kasturi tu Kak, boleh buat air π
DeleteSelimnya cili tuuu
ReplyDeleteHahaha tak cukup kasih sayang kot π
DeleteRezeki berkebun..pasti tidak mengecewakan..
ReplyDeleteBetul Cikgu ππ»
DeleteHasil cili kebun (bukan campak2 tp pokok beli siap) ammi kontot2 je.
ReplyDeletePsssttt ammi tak kenal pun jiran2 selain nenek sebelah dan jiran India selang serumah.
Kontot² pun pedas kot Ammi...
DeleteAlhamdulillah tempat kami saling mengenali dan mesra.
Petik terus dari kebun ni best tauu ..satu terapi juga
ReplyDeleteTerapi dan rasa satu pencapaian jugak kot. Kepuasan tu lain kan
Delete