Sunday, 5 October 2025

Recap ~ Week 39, 2025

Week 38 ✅
Week 39: 24/9-30/9/2025

RABU Kakak bawa balik borang feeder school Sekolah Menengah & borang KAA untuk diisi. Dia punya peram borang ni sampai a day before deadline baru hantar. Reason-nya tak pergi minta surat pengesahan sekolah utk Adik (sbg sokongan utk mohon ke sekolah feeder pilihan pertama). 

KHAMIS Balik brisk walking, petik pucuk ubi depan rumah. Rebus cicah dengan sambal belacan, + ikan goreng setel menu lunch Ummi. 

JUMAAT Nampak kelibat seseorang sewaktu perasmian LTdL di kaca TV. Cepat² ambik gambar :D 

SABTU Selesai Perkampungan Ilmu PSRA, murid² dapat sorang satu set stationery tajaan Yayasan Pelajaran MARA. Rezeki Kakak dan kawan² alhamdulillah. 

AHAD Sepatutnya melawat Angah tapi sebab Kakak demam dan Walid nak ke Kluang, Ummi kirim nasi je. Kesian, ternanti² Ummi datang melawat :) 

ISNIN Hari pertama PSRA 2025

SELASA Walid rasmikan kuota Budi95 dia. Isi minyak di Johor utk balik ke Gombak. 

# Untuk Recap Week 38, ada yang salah faham. Yang meninggal tu ibu jiran kami, CZ. Lepas ibunya meninggal, CZ pula kena minor stroke. For info, ibu Ummi ie Tok dah 5 tahun meninggal dan ibu mertua iaitu Tok Umi alhamdulillah masih sihat. Apapun terima kasih atas DOA utk CZ dan ibunya. 


27 comments:

  1. Banyak acaranya ni, PH. Kita dah rasmikan jugak Budi, ni esok kena isi lagi.

    ReplyDelete
  2. Rajin petik daun pucuk ubi ya. Hehe saya tidak terpetik daun pucuk ubi depan rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambil trim pokoknya, kita ambillah pucuk buat ulam :)

      Delete
  3. sedapnya pucuk ubi....cicah sambal belacan...kalau ada selambak pucuk ubi tepi2 jalan tu boleh ke agaknya kita ambil pucuk dia erk...geram je tengok..

    ReplyDelete
  4. sedap jugak pucuk ubi makan dgn ikan goreng tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun dah cukup utk buat Akk kenyang Mazni :)

      Delete
  5. Lama tak buat ulam pucuk ubi ni padehal ada je ubi kerinting yang kami tanam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ubi kerinting tu katanya lagi sedapkan kalau buat masak lemak. Betul ke? Tekak Sy ni semua sedap je 😆

      Delete
  6. Saya tak pernah makan pucuk ubi. Nampak sibuk minggu PH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh makan ke Nur? Ada org sakit² badan kalau makan pucuk ubi, angin..

      Delete
  7. ammi kalau pucuk ubi tak pernahlah rebus dan makan cicah sambal belacan. selalunya buat masak lemak cili api je terus. kita kan malas masak...kalau boleh 3 in 1 punya lauk sekali jalan ahaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb ada 2-3 tangkai je Ammi, tak berbaloi nak buat masak lemak pun 🤭

      Delete
  8. Pucuk ubi celur cicah sambal, yummm.

    ReplyDelete
  9. Banyak aktifitas seminggu ya kak. Lihat pucuk ubI, saya langsung terbayang, direbus lalu makan dengan sambal belacan pedas 🤤🤤🤤. Tambah tahu goreng, dah cukup lah 😄👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya bisa juga dimakan bersama tahu goreng. Sedap!

      Delete
  10. Akak last Sabtu baru rasmikan Budi Madani. Kalau ulang alik kerja isi RM50 tu boleh untuk 2 minggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dgn saya, RM50 utk 2 minggu guna juga.

      Delete
  11. Busy seminggu ini ya.. Macam-macam aktivitinya..
    sedap tu rebus pucuk ubi cicah sambal belacan..

    ReplyDelete
  12. Suka makan ulam juga ni ya..suri hati agak lama tak ambil ulam ulaman..sedap ja

    ReplyDelete
  13. Pucuk ubi tu kalau buat masak lemak sedap nii

    ReplyDelete