Semalam ada majlis bacaan Yasin di ofis Walid sempena ulangtahun ke-50 penubuhan syarikat. Lunch pack disediakan iaitu nasi briyani lauk ayam dari Restoran Mahbub Bangsar.
Tapi semalamkan LRT tergendala, makanya lewatlah sampai di rumah.
Sampai di rumah pukul ±9.30 mlm. Makanya marilah kita pakat makan nasi briyani Mahbub ni... Nasi ni disimpan dalam peti ais semasa di ofis, jadi masih elok. Kuah pun dibungkus asing. Cuma acar timun kami tak makanlah. Takut sakit perut sebab dah bergaul segala bahan.
Ummi sampai sekarang tak pandai goreng ayam bagi lembut ber-juicy π
Alhamdulillah. Lepas jugalah dari kesesakan. Dapat makan nasi briyani Mahbub.
ReplyDeleteBetul tu..semalam ada solat hajat dan bacaan yassin .GCEO baru ni sangat2 islamic..apa je mesti buat solat hajat...tp sygnya semalam SA x dpt join sebab sibuk dengan submission...sape yg dpt join je semalam...itupun makanan banyak berlebih..tp xde plak diagihkan..hehehe
ReplyDeleteBerapa bungkus nasi dapat? Alhamdulillah masih sedap dimakan walaupun dah lama disimpan dalam peti sejuk.
ReplyDeletealhamdulillah sedap tu.panaskan pakai kukus ke kalau nasi macam tu? kadang pakai rice cooker berkerak la pula
ReplyDeleteBila train problem ramai la terkandas. Kena cari alternatif kalau tak melangut la menunggu.
ReplyDeleteMahbub ni memang famous dan dah lama restoran ni ada kat Bangsar.
ReplyDeleteBanyakkan sabar bila ada ujian ya..
ReplyDeletesaya suka beriyani kambing muda hehe..
ReplyDeleteMasya-Allah, sedapnya, nasi briyani ayam. π Alhamdulillah, rejeki.
ReplyDeleteMahbub mmg sedapp..Jalan Bukit pantai nak ke bangsar..dulu sllu lalu ctu nk anta ank ke taska
ReplyDeletealhamdulillah nasi biryani free hehe
ReplyDeleteSamaaa kak. Makanya saya jarang masak sendiri ayam goreng. Tak pandai buat supaya tetap juicy .
ReplyDeletesedapnya biryani! alhamdulillah, rezeki tu
ReplyDeleteWalid teringat kat ummi dan anak-anak lah tu ya.. itu yang dibawa balik tak makan sendiri dengan kawan-kawan.
ReplyDelete