Friday, 10 October 2025

Mahbub Malam²

Semalam ada majlis bacaan Yasin di ofis Walid sempena ulangtahun ke-50 penubuhan syarikat. Lunch pack disediakan iaitu nasi briyani lauk ayam dari Restoran Mahbub Bangsar. 

Tapi semalamkan LRT tergendala, makanya lewatlah sampai di rumah.  


Keluar ofis lepas Maghrib, masih sesak orang menunggu train sampai. Hampir Isyak baru reda sikit. 

Sampai di rumah pukul ±9.30 mlm. Makanya marilah kita pakat makan nasi briyani Mahbub ni... Nasi ni disimpan dalam peti ais semasa di ofis, jadi masih elok. Kuah pun dibungkus asing. Cuma acar timun kami tak makanlah. Takut sakit perut sebab dah bergaul segala bahan. 

Ayam besar, lembut dan juicy.
Ummi sampai sekarang tak pandai goreng ayam bagi lembut ber-juicy 😌 


14 comments:

  1. Alhamdulillah. Lepas jugalah dari kesesakan. Dapat makan nasi briyani Mahbub.

    ReplyDelete
  2. Betul tu..semalam ada solat hajat dan bacaan yassin .GCEO baru ni sangat2 islamic..apa je mesti buat solat hajat...tp sygnya semalam SA x dpt join sebab sibuk dengan submission...sape yg dpt join je semalam...itupun makanan banyak berlebih..tp xde plak diagihkan..hehehe

    ReplyDelete
  3. Berapa bungkus nasi dapat? Alhamdulillah masih sedap dimakan walaupun dah lama disimpan dalam peti sejuk.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah sedap tu.panaskan pakai kukus ke kalau nasi macam tu? kadang pakai rice cooker berkerak la pula

    ReplyDelete
  5. Bila train problem ramai la terkandas. Kena cari alternatif kalau tak melangut la menunggu.

    ReplyDelete
  6. Mahbub ni memang famous dan dah lama restoran ni ada kat Bangsar.

    ReplyDelete
  7. Banyakkan sabar bila ada ujian ya..

    ReplyDelete
  8. saya suka beriyani kambing muda hehe..

    ReplyDelete
  9. Masya-Allah, sedapnya, nasi briyani ayam. πŸ˜‹ Alhamdulillah, rejeki.

    ReplyDelete
  10. Mahbub mmg sedapp..Jalan Bukit pantai nak ke bangsar..dulu sllu lalu ctu nk anta ank ke taska

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah nasi biryani free hehe

    ReplyDelete
  12. Samaaa kak. Makanya saya jarang masak sendiri ayam goreng. Tak pandai buat supaya tetap juicy .

    ReplyDelete
  13. sedapnya biryani! alhamdulillah, rezeki tu

    ReplyDelete
  14. Walid teringat kat ummi dan anak-anak lah tu ya.. itu yang dibawa balik tak makan sendiri dengan kawan-kawan.

    ReplyDelete