Wednesday, 22 October 2025

Abang ~ Kem Rehlah Minda


Awalnya macam tak berapa setuju juga kem ni dibuat dicelah² kesibukan mengejar masa yang berbaki tak sampai 2 bulan pun untuk SPM. Abang pun mula tu tak nak pergi, malas katanya. Tapi alhamdulillah dia balik kem dengan penuh kegembiraan 😁

Program 2D1N di Kem Nur Laman Bestari, Sungai Tua, Batu Caves. 


Nampak unik binaan surau dalam kem ni. Surau lama...Tapi fasiliti lain banyak dah dinaik taraf. Dorm diorang pun ada aircond

Ada khemah utk glamping πŸ‘πŸ»

Pool ada 2... 
Selain tu boleh mandi sungai juga. Lupa pulak nak snap gambar sungai. Ada chalet dan wakaf di tepi sungai. Hari tu semua fully booked

Antara 3 orang putera yang sampai awal...

Simpan dulu beg dalam dewan, kemudian tolong Pakcik AJK gantung banner :) Program ni dianjurkan oleh KSIB F5, jadi AJK terdiri dari AJK KSIB F5 sendiri. 

Lepas regi, sarapan dulu sementara tunggu kawan² lain sampai. 

Dua beradik ni ukur kawasan :) 

Bila dah nak mula program, kami pun beransur.


Slot motivasi oleh AF Ustaz Mohd Rozie Rejab dan sharing session dengan Ayah Ayyub. 

Minum petang Mee Kari. 
Ada juga bday treat dari Haseena 🎈

Lepas Maghrib Abang diberi tugasan untuk bagi tazkirah/pengisian. Yang berjubah tu Tn Pengetua Cemerlang. 

Lepas dinner (BBQ dinner) depa ada persembahan. Halaqah Abang bergabung dengan halaqah Ustaz Ruzaini buat persembahan Dikir Barat lagu Cek Cek Cek bunyi cicok πŸ˜‚ Tapi lirik ubah bagi Islamik dan ada kata² motivasi. 

Alhamdulillah dapat tempat ke-3. 

Besar hamper ni, bikin teringin haha ...
Selain tu dapat juga hamper utk setiap halaqah. Hari balik asrama usunglah hamper ni naik ke bilik pulak :) 

Alhamdulillah tahniah dan terima kasih kpd semua asatizah, pentadbir, PIBG dan KSIB F5 yang terlibat. Anak² semua happy alhamdulillah. Release tension sekejap dapat beraktiviti bersama, mandi sungai, makan² dll. 
Kembali ke asrama dengan penuh semangat In Sha Allah. 


18 comments:

  1. Bagus jugak kem macam ni dapat menambakan semangat sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi diorang happy sikit, asyik mengadap buku je kan

      Delete
  2. Seronok tu ada aktiviti mandi sungai dll. Hilanglah stress sedikit dan pasti lebih bersemangat untuk kembali ke kelas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Kak... Enjoy dengan kawan², lainlah vibe -nya tu

      Delete
  3. Bagus pogram macam ni buat rilis tensen

    ReplyDelete
  4. Hahahah.. kita baru nak Komen yg sama macam wak WP. Tapi tak menahan baca spelling wak, hihi.

    ReplyDelete
  5. kem ni kira mcm take a break jap lah lps ni sambung pulun revision

    ReplyDelete
  6. Bila kem macam ni macam recharge juga kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ezna. Penat juga hari² ngadap buku dari awal pagi hingga malam. Bagilah diorg rehat kejap :)

      Delete
  7. Alhamndulillah.. Usaha untuk menaikkan semangat sebelum menempuh cabaran SPM.. Chayook!! Chayook!! Buat semua calon SPM 2025..

    ReplyDelete
  8. Bagus ada kem pendek macam ni sebelum SPM, bagi anak2 release stress dan take five sekejap dari mengulangkaji pelajaran dengan aktiviti2 berfaedah

    ReplyDelete
  9. Syukurlah ternyata memang menarik dan buat anak2 happy ya kak. Bagus juga utk refresh mereka sebelum menghadapi ujian nanti

    ReplyDelete
  10. Give them some space. Kyra balij cuti Deepavali haritu pun ammi macam “u do what u need to do Kakak”. So takdelah ammi book apa2 online classes for her mcm selalu

    ReplyDelete